Bismillahirrahamanirrahim.
Alhamdulillah. Akhirnya dapat mendakap Antologi Cerpen Kanak-Kanak berjudul Dunia Keriangan Kanak-Kanak terbitan SHE dengan kerjasama Akademik Sanggar Nurimas.. Gembira tidak terkata kerana dapat 'lolos' menulis untuk bacaan kanak-kanak di bawah bimbingan Tuan Haji Nurimas SN. Menukang cerpen mengikut rentak kanak-kanak memang agak mencabar kerana kita sudah terbiasa dengan gaya penulisan peringkat dewasa. Jadi, kenalah timba ilmu sedikit-sebanyak untuk disesuaikan dengan situasi kanak-kanak pula.
Antologi Cerpen Dunia Keriangan Kanak-Kanak. |
Naskhah cerpen ini sudah sampai ke LD pada April lalu tetapi hari ini baru sempat dijadikan entri.
Antara catatan dari ruangan Kata Pengantar. |
Hasil tukangan penulis yang menyertai kursus penulisan cerpen kanak-kanak di bawah bimbingan Tuan Nurimas SN. Kandungan cerpen dikategorikan kepada empat bahagian iaitu:
- Dunia Aktiviti Kanak-Kanak
- Dunia Pendidikan dan Sahsiah Kanak-Kanak
- Dunia Fantasi dan Pengembaraan
- Dunia Kehidupan dan Sains
Cerpen berjudul Nasi Linopot, karya kita. Kalau ingin tahu lebih lanjut tentang Nasi Linopot, bolehlah klik di bawah ini:
Barisan penglipur lara penghibur duka anak-anak kesayangan! |
Dalam kami bergembira meraikan kelahiran Antologi Cerpen Dunia Keriangan Kanak-Kanak, kami rasa terkilan juga kerana telah kehilangan salah seorang rakan penulis iaitu Moktar Mohd. Nuri dari Semporna. Moga rohnya tenang di sana, dan tergolong dalam kalangan hambanya yang beriman. Amie masih ingat, sewaktu kami mengikuti kursus penulisan novel, arwah seringkali mengatakan dirinya kurang sihat dan beberapa minggu kemudian kami mendengar khabar pemergiannya untuk selama-lamanya. Arwah tidak sempat menatap hasil karyanya yang bertajuk Ana Beatriz di dalam Antologi Dunia Keriangan Kanak-Kanak. Al-Fatihah.
Tahniah Puan Amie. Baguslah ada kategori cerpen. Ia menambah pengetahuan.
BalasPadamAl-Fatihah untuk arwah Moktar Mohd Nuri. Moga hasil nukilannya memberi manfaat dan pahala untuk arwah. Amin.
Tahniah Cikgu Amie. Semoga terus berkarya.
BalasPadamTahniah amie. Semuga semakin banyak karya amie. Al fatihah juga buat Arwah Moktar
BalasPadam