Pages

Khamis, 30 Jun 2022

Nexus Resort & Spa Karambunai

Bismillahirrahamanirrahim.
Rabu, 08 Jun 2022.
Mas sudah bertolak dari Tang Dynasty Plaza ke Kota Belud.
Gang Bas Sekolah, Kam sekeluarga dan Amie sekeluarga sudah berjanji untuk bermalam di Tuaran. Dari satu daerah ke satu daerah kami terjah. Di mana ada penginapan yang terdekat, di situlah kami bermalam.

Kami daftar masuk di Nexus Resort & Spa Karambunai, tetapi pada waktu yang berbeza. Jadi, sehingga lewat petang ketika matahari hampir tenggelam barulah dapat bersua muka kembali setelah terpisah di Terminal Feri Menumbok.


Selamat Datang ke Nexud Resort & Spa Karambunai.


Setelah daftar masuk, Encik Suami dikehendaki alihkan kereta ke tempat letak kereta tetamu resort khas di blok penginapan kami. Seorang pekerja resort merangkap pemandu kereta, membawa beg-beg kami ke dalam kereta yang disediakan dan kemudian bergerak ke tempat penginapan. Ini bermakna, kami boleh memanggil pemandu resort untuk mengambil kami bersama beg-beg untuk daftar keluar di kaunter pada keesokan harinya. Hendak berjalan kaki pun boleh juga, tetapi berpeluh-peluhlah... ahaks!


Sempat tangkap gambar di kiri kanan jalan masuk ke resort.



Di sana sini penuh dengan kehijauan!


Pohon-pohon tumbuh rendang di sepanjang jalan!



Dan inilah blok penginapan kami pada malam itu.
Bilik kami di tingkat atas.


Ketika kaki melangkah masuk ke bilik, lampu katil dan penyaman udara sudah terpasang.


Rasa sejuk jew!


Ada sebuah meja bulat dan dua buah kerusi di serambi bilik.


Apabila berada di serambi, toleh sebelah kanan ada tasik dipenuhi pokok teratai yang sedai berbunga serta pancuran air. Apabila pandang ke hadapan, nun di sana ada kolam renang. Toleh ke kiri, akan terlihat pantai berpasir putih.


Berehatlah seketika, bersihkan diri dan solat.


Budak ini memang akan menjadi perasmi cemar katil...hiks!


Kali ini warna hiasan dalamannya banyak warna hitam pula!


Almari kecil ini berisi mini peti sejuk.


Di sinilah Encik Suami letakkan BLUEBERRY CREPE CAKE yang tertinggal itu.


Ruang lepak Encik Suami dan Firdaus.


Kemudahan  lain seperti penyangkut baju, sterika, iron board, peti keselamatan dan pengering rambut turut disediakan. Kalau hotel sediakan pengering rambut, kita selalu minta tolong Firdaus keringkan rambut kita... hiks!



Pintu masuk ke bilik, dan pintu ke tandas.




Ada tab mandi.


Ada tempat mandi pancuran.



Sebagaimana kebiasaan hotel klasik, di sini masih wujud interkom / telefon di bilik air.













Firdaus hendak mandi di swimming pool, tetapi kami pujuk supaya mandi sahaja di dalam bathtub.



Anak bapak!


Lepas mandi Encik Suami suruh Firdaus pakai semula baju yang sama sebab kami hendak jalan-jalan di sekitar resort dan turun ke pandang.


Jom temankan Firdaus yang sudah tidak sabar untuk ke pantai!
Nanti sambung cerita ya.



28 ulasan:

  1. Cantik bilik dia k.amie..happy jjln firdaus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klasik kan Zila. Firdaus kalau dibawa jalan memang tak pernah tolak.

      Padam
  2. Macam-macam hotel Puan Amie cuba.
    Nampak besar bilik hotelnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, dari satu daerah ke satu daerah kami berjalan. Senang nak shopping kalau tempat penginapan tu dekat.

      Padam
  3. femes juga nama resort ni. selalu baca orang review, kata best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu pasal kami sepakat ramai-ramai 14 orang tempah bilik di sini. Dah sampai sini masing-masing berpecah ikut hal sendiri-sendiri ikut kegemaran tempat masing-masing.

      Padam
  4. cantiknya kak resort tu, tenang je nengok. Lepas tu dalam bilik tu pun aduhai nampak mewah dan selesa betul, memang kerasan lah kata orang jawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kerasan Dana. Suka binaan kayunya tu, nampak klasik dan sejuk mata memandang.

      Padam
  5. tempat wajib kami stay klu ke KK hehhee... suka view kat situ tp since dah tkr management, harap masih ok la fasiliti n keramahan staff2 kat situ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puas mata memandang, hijau sana sini, kemas dan bersih.

      Padam
  6. Suka hotel resort macam ni.. cool je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... bilik luas, persekitaran pun kemas dan bersih. Tak serabut mata memandang.

      Padam
  7. seronokkan dpt jalan² check in mcm² hotel.. mau 300 semlm rate hotel tu kak.. mewah je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami dapat 424 satu malam, itu pun kira harga sudah diskaun.

      Padam
  8. selalu singgah santai2 di pantai dia saja, suka cantik, luas dan bersih. menginap di hotelnya belum pernah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ramai pengunjung pantainya di waktu petang.

      Padam
  9. Seronok betul kalau dapat jadi Daus🤭
    Selalu dibawa jalan sana sini..

    Baca 1st komen daripada WP..
    beristeri rehat katanya..
    Kalau bersuami rwhat macamana agaknya🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... biasanya Wak memang suka eja beristeri rehat.

      Padam
  10. Seronoknya dpt bercuti dengan suasana hotel macam ni , dengan keindahan alam hijau ..tenang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Sayangnya sekejap cuma... satu malam sahaja hehehehe.

      Padam
  11. bestnya resort ni...penuh kehijauan...bilik hotel pun menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh sedikit dari bandaraya Kota Kinabalu. Tapi berbaloi bila dapat suasana begini, tenang dan damai.

      Padam
  12. Seronoknya jalan banyak tempat walaupun penat, terubat jugak sambil cuci mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya SK. Berehat-rehat di bilik sambilcuci mata tengok pantai dari kejauhan.

      Padam
  13. Menarik sangat resort ni kak Amie. Puas hati kalau menginap di sini. Rasa nak bermalasan dalam bilik atau lepak di balkoni menikmati permandangan luar penuh kehijauan. Rasa damai je.

    BalasPadam
  14. Menarik sangat resort ni kak Amie. Puas hati kalau menginap di sini. Rasa nak bermalasan dalam bilik atau lepak di balkoni menikmati permandangan luar penuh kehijauan. Rasa damai je.

    BalasPadam