Pages

Isnin, 27 Jun 2022

Aru Suites Tanjung Aru

Bismillahirrahmanrrahim.
Setelah terpegun seketika melalui pengalaman ARU SUITES - AUTOMATED PARKING SYSTEM (SISTEM LETAK KERETA AUTOMATIK), kami terus masuk lift dengan sentuhan kad kunci untuk naik ke bilik kami. 
Terima kasih Abang Farid kerana tempahkan Aru Suites untuk kami. Pada mulanya Amie minta Abang Farid tempahkan Berjaya Palace Hotel, tetapi sudah penuh. Oleh kerana Abang Farid rajin baca ulasan di sesebuah hotel yang hendak ditempah, jadi kami serahkan kepadanya untuk memilih.


Sebaik sahaja kami masuk, sekali lagi rasa terpegun melihat suasana bilik penginapan kami pada malam tersebut. Hiasan dalamannya nampak ringkas tetapi kemas, bersih dan sedap mata memandang!

Berdasarkan keterangan yang Amie baca, semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan penyaman udara, meja, TV skrin rata, bilik mandi peribadi, linen katil serta tuala dan patio dengan pemandangan laut. Almari pakaian dan cerek turut disediakan.

Namun begitu, nampaknya 'lebih' dari apa yang disediakan!


Warna-warna lembut dipilih untuk menyempurnakan ruang rehat.


Belum pun sempat melabuhkan punggung, sudah terasa betapa selesanya duduk santai-santai di sini sambil menonton televisyen!

TV Skrin Rata



Nun di hujung sana, sebuah katil dengan 4 biji bantal. Di bahagian luarnya pula ada anjung tetapi Amie terlupa untuk mengambil gambar pemandangan di situ.

Firdaus dengan bantal busuknya berpisah tiada!





Rasa hendak rebahkan diri sahaja di sini tetapi perut pula sudah berteriak minta diisi!
Maklumlah bersarapan pagi di Labuan, makan tengahari belum lagi. Ketika ini sudah pukul 4 petang.



Firdaus tak boleh tidur dulu ya. Kita kena turun bawah, cari makan!


Bilik nampak luas,
Kalau bawa toto, boleh tidur sekeluarga!



Firdaus sempat tonton Upin Ipin.


Apa benda yang terletak menyandar di dinding tu eh?

 Oh, rupanya sterika wap berdiri.


Antara kemudahan yang disediakan termasuklah dapur elektrik, oven serta peralatan memasak seperti periuk, kuali dan kelengkapan menghidang makanan.


Kalau rajin bolehlah masak. Di ruang simpan bersebelahan memang sudah disediakan beberapa jenis makanan segera termasuk mi segera. Kami boleh ambil dan masak dengan jumlah harga RM15. Kalau melebihi RM15, kami perlu bayar sewaktu daftar keluar.


Peralatan memasak dan menghidang makanan tersusun di dalam almari kabinet.

Ruang simpan makanan dan keperluan untuk minum.


Selain cerek untuk memasak air, ada mesin pembuat kopi / teh.



Menggoda sungguh coffee maker ini tau! Sudahlah disediakan sekali dengan Aristo Coffee Capsule!
Pada mulanya kami tak berani usik sebab tidak pernah gunakan. Setakat ini kalau minum kopi di hotel pun hanya perlu tekan mesin pembuat kopi dan tadah cawan sahaja!


Boleh pilih hendak Spaghetti Aglio Olio with Chicken atau Spaghetti Mushroom Cream Sauce.



Ada Mister Potato dan mi segera. Firdaus awal-awal lagi sudah minta Mister Potato, mi segera dan minuman tin. Cukuplah gunakan peruntukan RM15.


Cawan dan gelas minuman.

Minuman tin dan coklat.




Ruang simpan di pintu masuk.


Ada selinder pemadam kebakaran.

Baju Lepas Mandi

Tuala dan pengering rambut ( dalam beg hitam).




Toiletries.



Di tempat mandi pancuran turut dilengkapi dengan botol-botol berisi bath gel, shampoo dan conditioner.



Selepas makan tengahari merangkap makan malam di Restoran Mashawi, kami naik ke tingkat 12. Ada kolam renang di situ. Firdaus ingin mandi tetapi kami pujuk, nanti mandi di tempat lain. Rasa gayat pula melihat swimming pool terletak di atas bumbung hotel!


Pemandangan dari kolam renang.



Kolam renang di atas bumbung hotel.


Sempat juga mengintai bilik kecergasan. Firdaus jugalah yang bersungguh-sungguh hendak masuk! Dia hendak mencuba treadmill. Macamlah banyak sangat lemaknya yang hendak dibakar.


Apabila kami masuk, semua lampu secara automatik mengeluarkan cahaya dan kipas berpusing.


Budak ini sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat apabila melihat sesuatu yang baru baginya.

Belanja video Firdaus angkat berat.



Muka monyong sewaktu naik treadmill sebab keseorang tanpa Izzuddin!


Anak dan bapak santai-santai minum petang. Anak minum vitamin, bapa minum kopi.


Oh, cerita tentang kopi pula!


Setelah bertanya dalam group kaki jalan, akhirnya kami beranikan diri menggunakan coffee maker ini. Maka berbaristalah kami... ahaks! Aroma kopi yang semerbak memenuhi ruang! Keesokan harinya kami dikenakan bayaran tambahan untuk dua capsul kopi sebanyak RM11. Kami sangka dua kapsul kopi itu percuma sebab sudah diletakkan di mesin kopi!

Video orang kampung berbarista 1.


Video orang kampung berbarista 2.


Aru Suites terletak 2 kilometer perjalanan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Untuk ke pantai Tanjung Aru, boleh berjalan kaki sahaja dengan jarak 1 kilometer. Bolehlah keluarkan peluh. Nanti sampai di pantai, sambil melihat suasana matahari terbenam, sambil-sambil kunyah jagung rebus atau kacang tanah rebus. 

Jika hendak santai-santai dan agak jauh sedikit dari kesibukan bandaraya, bolehlah menjadi tetamu di Aru Suites, penginapan empat bintang yang terletak di Jalan Tanjung Aru, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.



8 ulasan:

  1. Ya Allah, sy rasa macam nak beli tiket kapalterbang sekarang jugak ni, Kak Amie!!!

    BalasPadam
  2. wah bilik nya mmg nampak luas!! hahhaha sama mcm kak seri.. kita pun rasa nk terbang skrg ke sana :D

    BalasPadam
  3. WAHH cantik dan molek je hotel ni.,. tanjung aru mmg wak penah lepak sblm flight balik ke KK ;p

    BalasPadam
  4. perghhhh menarik lah hotelnya. Sikit punya luas bilik dia. satu famili pun boleh masyuk ni

    BalasPadam
  5. Ada kawan saya peminat kopi siap beli coffee maker supaya boleh layan hari-hari. Tapi capsule dia tu mahal. Kalau habis stok cari kat shopee

    BalasPadam
  6. Serba serbi lengkap. Siap ada microwave, coffee maker. Kapsul kopi tu sengaja diletak untuk memancing 😄. Tapi takpe juga, dapat ambil pengalaman guna coffee maker. Saya pun tak pernah guna.

    BalasPadam
  7. Bilik memang cantik, luas dan hiasan modern kontemporari la Kak Amie..kalau SA kan...memang terus lepak tido x nak keluar- keluar tapi kena pastikan makanan semua ada la...

    BalasPadam
  8. saya pun tak pandai guna mesin kopi macam tu. hehe. memang mewah dan eksklusif. ala, kalau saya suka berenang di pool rooftop sambil layan view

    BalasPadam