Pages

Selasa, 28 Jun 2022

Layan Selera dengan Lamb Stew

Bismillahirrahamanirrahim.
Rezeki kami buat kali kedua dapat menjamu selera di Restoran Mashawi di Tanjung Aru. Turun dari bilik, menapak beberapa langkah, terus masuk ke restoran.

Firdaus hendak makan kentang goreng. Encik Suami memesan Chicken Kebab & Mandi Rice Amie minta lamb stew. Terbayang ada kepingan roti yang baru keluar dari oven mengiringinya!


Lamb Stew & Mandhi Rice Terus hilang bayangan roti dari pandangan mata.... ahaks!


Tak sabar hendak menjamah Lamb Stew!

Nasi Mandhi & Chicken Kebab


Firdaus memang menunggu kentang goreng. Apabila ternampak nasi kita, dia berubah selera pula. Tak berhenti menyudu nasi mandhi ke mulutnya tetapi tidak makan bersama lamb stew. Nasi mandhi itu sendiri sudah ada rasa yang sedap. Oh, nasi mandhi hampir habis masuk ke dalam perut Firdaus! Tak sangka pula budak kecil ini boleh makan begitu banyak. Selepas itu sambung makan kentang goreng semula.

Kita pula rasa tak kenyang!
Kita order mushroom soup dengan roti. Mushroom soup hadir bersama roti yang masih panas! Sambil itu, kita ratah lamb stew juga.


Berisi jugalah perut dengan roti celup sup cendawan!


11 ulasan:

  1. masya Allah..kesedapan hingga ke syurga...

    BalasPadam
  2. lama tk mkn lam stew...menu lamb stew fav husband

    BalasPadam
  3. tak kenyang makan french fries...sedapnya nasi mandy..feveret nih..

    BalasPadam
  4. rasa macam tak pernah makan lamb stew...will the taste be as same as chicken stew?

    BalasPadam
  5. Ngelatlah Daus, tapi tak apa, kuranglah sikit mommy makan nasi mandhi tu, hihi.

    BalasPadam
  6. Sedapnya lamb stew tu.
    Untung juga Daus tolong makan nasi, dapatlah kak Amie order mushroom soup 😁

    BalasPadam
  7. Kena scroll laju- laju la bila part lamb stew tu...geram je tgok..tapi memandangkan tekak pahit ni...memang boleh tengok jer la..

    BalasPadam
  8. hirup kuah lamb stew pun sedap kan amie. hahahaha firdasu sudah kidnap nasi mandhi maknya.

    BalasPadam
  9. Sedapnya lamb stew...musim hujan ni makan panas-panas dengan roti boleh feel musim snow kan😁

    BalasPadam
  10. Porsi nasinya banyak betul Kak Amie. Peminat kambing tengok ni memang terliur dibuatnya. Hehe...

    BalasPadam