Pages

Isnin, 30 Mei 2022

Menjamu Selera di Makkah Restaurant - Arab Food

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan cari makan masakan timur tengah di Makkah Restaurant yang terletak di Lot 40, Ground floor, Taman Nassalim, Phase 7A, JIN. Lintas Utara, 90000 90000 Sandakan, Sabah.


Banyak menu masakan Arab yang disediakan di sini. Amie pun sudah terlupa apa nama masakan ini. Maklumlah entri tertunggak! 

Hiasan dalamannya sudah tentulah bertemakan ala-ala padang pasir. 



Ketika kami sampai, tidak banyak pelanggan di situ. 
Jadi, rasa lebih santai ketika menikmati hidangan.





Makanan yang sudah siap akan diletakkan di sini sebelum dihantar ke meja pelanggan.



Kami memesan teh arab. Firdaus pula menunggu minuman sejuk.

Firdaus sudah tentulah mencari kentang goreng, lengkap dengan ayam goreng, sosej dan roti.



Set hidangan nasi Encik Suami. Tak ingat apa namanya.


Amie sudah tentu mencari set nasi yang ada kambing! Juga terlupa nama set hidangan ini. Amie pun bukan pakar masakan Arab, jadi taku tersalah tulis pula.... ahaks!


Selak sikit pembalut kambing! Ya...tudia kambing idaman yang menggoda!



Setelah minuman sejuknya sampai, Firdaus terus mengetuai bacaan doa makan.


Bismillah.

Kambingnya sangat lembut dan berjus!


Selepas makan, kami minum teh arab yang masih panas.
Selesai makan, kami kembali semula ke Sabah Hotel.

11 ulasan:

  1. Tergoda wak tenguk menu kambing tu

    BalasPadam
  2. Bagus Firdaus ketuai baca doa makan.

    BalasPadam
  3. wah.....deco restoren ini memnag padu...makan pun boleh berselera

    BalasPadam
  4. nak nangis tengok lamb shank tu... nmpk mcm juicy je... dapnye

    BalasPadam
  5. sedapnya nmpk lamb shank dia yg besar tu.

    BalasPadam
  6. Unik teko dan cawan teh arab tu.

    BalasPadam
  7. Tudiaaa..lamb shank tu menggoda kolbu sungguh..
    Kambing ...tek pernah jemu menikmatinya

    BalasPadam
  8. NASI ARAB DGN DAGING KAMBING SEDAP TU

    BalasPadam
  9. Waduhhhh makanannya semua nampak sedap2 kak...

    BalasPadam
  10. Macam panjang jer doa tu Daus, mommy dah lapar sangat tuuu.. hahaha.

    BalasPadam
  11. Sedapnya la lamb shank tu kak....teruja SA tgok

    BalasPadam