Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini ada masa terluang. Jadi Amie ingin buat entri jalan-jalan ke Sandakan (Sabtu & Ahad). Rupanya ada entri tertunggak jalan-jalan ke Sandakan juga pada bulan Mac lepas. Kalau tak silap, di penghujung Mac lepas Amie mula sibuk menyiapkan tugasan dari KPM sehinggalah penghujung April. Jadi, tidak banyak entri yang disiarkan.
Sabah Hotel Sandakan |
Seingat Amie, selepas kami temankan Firdaus mandi-manda di Indah Jaya Water Park Sandakan, kami terus daftar masuk di Sabah Hotel.
Sabah Hotel terletak 1.5 kilometer untuk ke Istana Sandakan / Pelabuhan Sandakan. Boleh melawat ke Tugu Pembebasan Sandakan yang berjarak 1.9 kilometer. Kalau datang ke Sandakan melalui jalan udara, sambung perjalanan ke sini sejauh 12 kilometer.
Sudah tentulah Encik Suami rasa sangat seronok sebab tempat letak kereta turut disediakan, dan luas pula!
Selamat datang ke Sabah Hotel Sandakan. |
Jom daftar masuk.
Kalau pernah menginap di sini, sudah tentu bersetuju dengan : I Love Sabah Hotel!
Resort ini terletak di puncak bukit, serta dikelilingi dengan hutan hujan tropika Borneo. Ada empat buah restoran. Bolehlah santai-santai menikmati minum petang sambil melihat pemandangan di kolam renang. WiFi pun laju jew.
Plantation Café menghadap kolam renang,menawarkan pilihan mewah daripada hidangan tempatan dan antarabangsa. |
Perkhidmatan di kaunter yang cepat dan cekap. |
Jika ada masa, bolehlah bermain tenis atau squasy atau bersenam di pusat kecergasan. Nak berkaraoke pun boleh.
Jom kita masuk ke bilik hotel empat bintang ini. Ada bilik baru diubahsuai mengikut gaya moden tetapi kami tidak bertuah untuk menempahnya. Yang ditawarkan adalah bilik klasik. Sabah Hotel menjadi pilihan pengunjung kerana suasana dan keselesaan yang ditawarkan. Sempena Pesta Kaamatan, ramai tetamu berkunjung. Encik Suami ingin menginap di sini. Sayangnya, baik bilik moden atau klasik semuanya penuh!
Firdaus dengan bantal busuknya berpisah tiada!
Biliknya agak luas. Boleh santai-santai sambil menonton televisyen atau menyiapkan tugasan yang belum selesai. Amie memang selalu bawa kerja-kerja yang belum siap. Biasanya, sampai balik ke rumah memang tak sempat 'buka' kerja yang dibawa.... ahaks!
Ruangan kegemaran Encik Suami |
Bilik air gaya klasik. Ada tab mandi.
Hotel gaya lama dengan telefon di bilik air.
Firdaus tidak sabar untuk mandi di swimming pool.
Sayangnya ketika itu hujan mula turun.
Terpaksalah naik semula ke bilik. Tidak lama kemudian hujan berhenti. Encik Suami ajak keluar makan pula.
Kata Encik Suami, oleh kerana tempat letak kereta luas, tak kisahlah nak keluar berapa kali!
Selepas makan di Makkah Restaurant, kami terus kembali ke hotel.
Firdaus merengek ingin mandi di swimming pool, tetapi peraturan hotel menetapkan selepas pukul 7 malam, aktiviti mandi-manda tidak dibenarkan.
Kita pujuk Firdaus supaya mandi di bathtub saja. Untuk rasa seronok, tuangkan banyak gel mandian dan suruh dia berendam lama-lama!
Suka sangatlah budak Firdaus bermain buih!
Tapi berkali-kali juga Firdaus mengingatkan supaya esok pagi temaninya mandi di swimming pool! Haaa... tunggulah esok pagi selepas sarapan!
Bestnya
BalasPadamdpt mandi2
Sabah , negeri yg ciknur berangan nk pegi bercuti.
he heww tak.sampai2 lg kesana
Samalah kita Ciknur. Cumanya belum rezeki ke sana :)
PadamMacam Iman masa kecik2 dulu, bila dia merajuk tak dapat mandi di kolam, kita buatkan buih banyak2 dalam bathtub, senyumlah dia, hihi.
BalasPadambudak² baya firdaus ni mmg sukaaa sgt mandi kolam... kolam kt hotel x bukak mmg kena cr hotel yg ada bath tub utk staycation... sbb tu mmg kegembiraan budak²
BalasPadamSeronok dia mandi buih!
BalasPadamCantik dan luas hotelnya.
BalasPadamJangankan budak-budak, saya pun suka berendam lama-lama dalam bathtub. Hehe..
Kita pernah sampai sandakan 2x... Tpi stay dekat Sheraton tu... Tp dengar Kat sheratondah tutup kn sebab covid hari tu.. Sedih pulak saya
BalasPadamSeronoknya dia :)
BalasPadamLuas tempatnya dan banyak di kelilingi pokok jadi hotel nampak teduh.
BalasPadamSeronokla daus
BalasPadamWow.. telefon dalam toilet ek... Eh bestlah mandi buihhh.. Hahhaa.. Lama tak mandi dalam bath tub.. Swimming pool kena jugak jejak lelama.. baru syokkk kan...Firdausss! Huhu
BalasPadamcantik dan besar hotel ni.
BalasPadamsenibina dia klasik dan ringkas. Cantik, sesuai lah dengan environment yang dekat dengan hutan
BalasPadamSandakan...antara tempat yang ingin saya kunjungi kerana dulu arwah ayah pernah bermastautin di situ..Hati berat mengatakan ada darah daging saya di sana walau ayah tak pernah membuka mulut..huhuhu
BalasPadamDausssss...amboiii..seronok berendam ye...
BalasPadamWah..seronok tempatnya..
BalasPadam