Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hari terakhir cuti umum sempena Pesta Kaamatan di negeri Sabah dan Labuan. Esok mula masuk kerja semula.
Nampaknya sepanjang Syawal kali ini meriah sungguh dengan jemputan rumah terbuka dan jemputan kahwin. Hari ini Encik Suami ajak kami menghadiri rumah terbuka raya di rumah rakannya. Jadi, tidak perlulah masak untuk tengahari ini. Inilah masanya untuk menikmati hidangan rasa di saat-saat penghujung Syawal terutamanya ketupat, rendang dan kuah kacang!
Untuk entri pagi ini Amie kongsikan resipi Ikan Bawal Emas Kukus Chinese Style, lauk makan tengahari kami kelmarin. Oleh kerana Amie sukakan bawang putih goreng, jadi Amie sediakan lebih. Separuh siram dengan minyak goreng ya sekali di atas ikan yang dikukus, dan separuh lagi bubuh atas ikan setelah diangkat dari pengukus. Rasa rangup bawang goreng itulah yang jadi rebutan!
Ikan Bawal Emas Kukus Chinese Style |
Amie kongsikan resipinya di bawah ini. Kalau tak suka bawang putih, boleh kurangkan jumlahnya.
Ikan Bawal Emas Kukus Chinese Style
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan bawal emas seberat 500 gram - bersihkan - bilas dan tos
- 3 cm halia - kupas kulit - hiris halus seperti batang mancis
- 1 labu bawang putih - kupas kulit - cincang
- 7 tangkai cili padi - hiris
- daun bawang secukupnya - hiris
- batang bawang secukupnya - potong 2 cm
- 2 sudu besar minyak untuk menggoreng bawang putih cincang
- 1 sudu besar minyak bijan
Bahan-bahan sos:
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar seasoning / sos perasa Habhals Cap Kipas Udang
- 1sudu besar kicap cair / masin
Cara memasak:
- Letakkan ikan di atas dulang pengukus. Susun hirisan halia dan batang bawang di atasnya.
- Kukus selama 7 minit.
- Sementara itu goreng bawang putih cincang sehingga kuning keemasan.
- Buka penutup pengukus dan tuangkan bahan-bahan sos diikuti dengan separuh bawang putih goreng bersama minyaknya.
- Taburkan sedikit hirisan cili padi.
- Tutup periuk pengukus dan kukus lagi selama 5 minit atau sehingga ikan bawal emas masak sepenuhnya.
- Keluarkan dulang berisi ikan kukus.
- Taburkan lebihan bawang putih goreng, daun bawang hiris dan cili padi.
- Akhir sekali renjiskan minyak bijan.
- Hidangkan panas bersama nasi putih.
Ikan Bawal Emas Kukus Chinese Style |
Lauk sihat ni. Lama dah saya tak beli ikan bawal. Sedapnya tengok dalam gambar. :)
BalasPadamSedap nampak. Pinggan pun cantik hehe
BalasPadamTak pernah tak terliur tengok masakan cikgu...Semua mengiurkan...
BalasPadamIkan bawal Emas ni mak saya panggil ikan angsa..tak tau celah mana datang nama angsaš¤
Lama tak makan segala jenis bawal lebih2 lagi yg dimasak kukus. Ni boleh jadi lauk utk diet, hehehe.
BalasPadamKalau masak chinese style mesti wajib ada minyak bijan kan. Wangi je bau.. Boleh masak juga ni nanti..
BalasPadamsedapnya...manis isi ikan bawal..
BalasPadamSedapnyaaaa.....ini kalau SA makan ni confirm tinggal sampai tulang ni
BalasPadam