Bismillahirrahmanirrahim.
Beberapa minggu kebelakangan ini seringkali terbaca pelbagai iklan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur termasuk iklan dari pelbagai penerbit buku. Antaranya termasuklah penerbit SYFE, dan Amie turut serta menjadi salah seorang penulis buku terbitan syarikat ini.
Menurut Admin, semua tajuk buku terbitan SYFE akan berada di Aras 4, booth sebelah Gempak Starz! Wah, rasa seronok sangat mendengarnya. Namun begitu, sayang sekali Amie tidak dapat menghadiri pesta yang gilang-gemilang itu.
Sebenarnya ada beberapa buah buku terbitan SYFE yang mengandungi hasil karya Amie yang belum sempat dijadikan entri. Setakat ini Amie juga telah menyertai syarikat penerbitan seperti SHE (Syahida Hassan Enterprise), AID Conference, KISMy (Komuniti Menulis Malaysia) dan SNE (Sanggar Nurimas Enterprise). Syarikat penerbitan SHE turut berada di PBAKL bersama hasil terbitan mereka. Buku-buku yang pernah Amie jadikan entri sebelum ini turut berada di PBAKL.
Sumber : SYFE |
Amie lihat beberapa kali lalu-lalang iklan SYFE memaparkan Antologi Anekdot Santuni Persahabatan di bawah judul antologi:
- Kalau Ada Sumur di Ladang
- Boleh Saya Menumpang Mandi
- Kalau Ada Umur Yang Panjang
- Boleh Kita Berjumpa Lagi
Dalam entri kali ini mie hanya paparkan sahaja tajuk-tajuk antologi tersebut. Ada masa nanti Amie akan ulas satu-persatu.
Sumber : SYFE |
Ada slot SYFE bersama-sama dengan Tuan Munsyi Mohamad bin Musip di Ruang Rehat dan Baca, 3 Jun 2022, jam 4-6 petang. Tuan Munsyi Mohamad bin Musip ialah editor kami yang sangat menjaga disiplin tatabahasa dalam setiap karya. Banyaklah kami menimba ilmu tulis-menulis daripada beliau.
Antologi Anekdot Kalau Ada Sumur di Ladang |
Apabila kalian memiliki teman yang membantumu dalam ketaatan, maka genggam erat tangannya. Kerana mendapatkan seorang sahabat itu sukar, sedangkan berpisah daripadanya itu mudah. Imam Syafii |
Antologi Anekdot Boleh Saya Menumpang Mandi |
Persahabatan ialah hal yang tersulit di dunia untuk dijelaskan. Ianya tidak dapat dipelajari di sekolah. Jika kamu tidak memahami erti persahabatan, kamu belum memahami apa-apa pun. Muhammad Ali. |
Antologi Anekdot Kalau Ada Umur yang Panjang |
Sahabat sejati akan selalu ada meski tak menyapa. Tapi selalu ada doa yang mengiringi. Faqihatul Marroh |
Antologi Anekdot Boleh Kita Berjumpa Lagi |
Sababat sejati tidak pernah terpisah. Mungkin berpisah dalam jarak, tapi tidak dalam hati. Hellen Keller. |
Terima kasih sahabat terbaik dunia akhirat! |
Alaaaa...bestnyaaa...SA plak x pi pesta buku tu...rasa nak pergi..tp tu la Dania kerja kan...sape plak nak diajak...bestnya kalau dpt pergi
BalasPadamSy pernah ke Pesta Buku ni dua kali, best la kalau bawa duit banyak, hahaha.
BalasPadampantun yg malar segar...ya, betul..sahabat sejati sentiasa dekat di hati..
BalasPadamTak dapat nak join tahun ni. Masih dalam tempoh pantang..
BalasPadamTahniah
BalasPadamTeruslah berkarya
Wah, banyak dah karya Amie ye. Tahniah, dan semoga terus sukses dalam bidang penulisan.
BalasPadamOoo, waktu cuti sekolah pesta buku ni.
Wah,tahniah Cikgu Amie!
BalasPadamDulu zaman muda selalu juga pi Pesta Buku Antarabangsa ni..
Kali terakhir pi masa Cella sekolah lagiš¤
Untung dapat sahabat sejati.
BalasPadamSemoga saya dapat satu. Amin.