Pages

Selasa, 17 Mei 2022

Firdaus Melayan Tetamunya di Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga tidak kongsi cerita Firdaus. 
Firdaus mempunyai dua orang rakan baik yang tinggal berhampiran tempat kediaman kami. Sekiranya hari cuti sekolah, mereka akan bermain bersama-sama pada sebelah petang. Pada hari raya kelima, Firdaus minta Amie gorengkan ayam. Katanya hendak menjamu Khalid dan Abu makan ayam goreng. 

Tepat pukul empat petang datanglah Khalid dan Abu ke rumah. Bukan main seronok Firdaus melayan tetamu istimewanya itu!

Firdaus, Khalid (tengah) dan Abu.



Hidangan pilihan Firdaus untuk menjamu rakan-rakan  baiknya.

Khalid dan Abu makan nasi tapi Firdaus hanya meratah ayam goreng.


Selepas makan nasi, mereka makan kuih pula!
Moga ikatan persahabatan di antara mereka terus berpanjangan.

12 ulasan:

  1. Mesti Firdaus seronok kawan-kawan datang ke rumah.

    BalasPadam
  2. Alahai comel je tengok 3 sekawan ni. Moga persahabatan mereka berpanjangan.

    BalasPadam
  3. semoga persahabatan berkekalan...

    BalasPadam
  4. comelnya Firdaus dan rakan-rakan. semoga membesar semuanya jadi anak soleh dan berjasa pada ibu bapa dan negara

    BalasPadam
  5. Comel je tengok budak-budak beraya. :)

    BalasPadam
  6. Wah seronoknya Firdaus kawan2 datang beraya ye...

    BalasPadam
  7. handsome Khalid..
    gambar last tu part yang Firdaus tenung kawannya tu alahaiiii comel je

    BalasPadam
  8. Alahaiiiiii firdaus kalau achik notie nak jadi kawan firdaus boleh tak. Boleh dapat makan sedap dan layanan baik firdaus. hehheehe

    BalasPadam
  9. comel je tgk firdaus melayan tetamu kecil nya.

    BalasPadam