Bismillahirrahamanirrahim.
Beberapa hari lepas, terbaca dalam group WhatsAap kelas Firdaus, hari guru di sekolahnya akan disambut pada hari Sabtu ini 21 Mei 2022. Pada masa yang sama di sekolah kita pun akan sambut hari guru juga sekaligus dengan sambutan Aidilfitri dan Pesta Kaamatan. Kira 3 in 1. Tidak menang tanganlah masing-masing guru dan murid membuat persiapan untuk ketiga-tiga sambutan tersebut!
Kebetulannya setelah aktiviti sukantara pada minggu lepas, minggu ini sibuk dengan mesyuarat agung kokurikulum untuk semua kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform. Minggu hadapan pula mula sibuk dengan ujian setara. Kita pun terlupa tentang sambutan hari guru di sekolah Firdaus.
Pagi tadi, kita teringat semula hari guru di sekolah Firdaus. Macam tak sempat sediakan hadiah. Ketika itu terbayang Kedai Amora, milik Sue. Kita pun tanya Sue, boleh tak tempah jambangan bunga kecil untuk dijadikan hadiah hari guru? Sue kata, banyak tempahan diterima dan takut pula pekerja di kedainya tidak sempat gubah. Bincang-bincang sekejap, akhirnya dapatlah kita buat 11 tempahan gubahan bunga kecil diselit coklat dan kad ucapan yang comel.
11 jambangan bunga untuk guru-guru Kelas 3 Efektif. |
Petang tadi Encik Suami ambil tempahan jambangan bunga tersebut. Gembiranya Firdaus tidak terkira. Tidak sabar dia hendak serahkan kepada guru-gurunya.
Setiap kad, Amie lekatkan nama guru yang akan menerimanya.
Terima kasih buat guru-guru SK. St. Dominic.
Jasamu sentiasa dikenang.
Jasamu sentiasa dikenang.
Untung jadi guru, bila hari guru dapat hadiah
BalasPadamWak jadi petani, bila hari pekerja tak dapat hadiah langsung
Wak dapat hadiah dengan rezeki Allah yang berlimpah, tanaman yang subur dan hasil yang lumayan.
Padamhaha. terhibur baca komen WP. selamat hari guru kak Amie
PadamHahahaaa... kelakar kan Wak Petani Warisan.
Padambetul laa seronok jd cikgu kan hehee... meriah hari guru
BalasPadamMudah-mudahan betul seronok heheheee.
PadamCantik gubahannya. Mesti cikgu-cikgu Firdaus gembira nanti. :)
BalasPadamSelamat hari guru juga, untuk Amie.
Ya, moga guru-gurunya happy.
PadamTerima kasih Nur.
Selamat hari guru kak amie...banyaknya dpt hadiah...seronok kan..
BalasPadamcantiknya..berseni nya tangan..berapa tu sis?
BalasPadam