Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar rakan-rakan maya?
Nampak macam masih meriah berhari raya. Maklumlah dua tahun lamanya tidak meraikannya.
Amie pun seronok beraya bersama sanak saudara dan rakan taulan sampai terlupa untuk menyiarkan sebarang entri.
Amie pun seronok beraya bersama sanak saudara dan rakan taulan sampai terlupa untuk menyiarkan sebarang entri.
Kali ini Amie paparkan hasil karya yang belum sempat dijadikan entri iaitu Siri Antologi Anekdot Pilihan Hati edisi Nasi Campur Kegemaranku terbitan SYFE.
Antologi Nasi Campur Kegemaranku. |
Seramai 22 orang penulis mencoretkan pengalaman di dalam antologi Nasi Campur Kegemaranku ini. Macam-macamlah kisah menarik yang dikongsikan. Walalupun tajuknya berkaitan nasi campur tetapi tidak semestinya penulis menghasilkan karya tentang nasi campur sahaja.
22 orang pengkarya yang terlibat menghasilkan antologi Nasi Campur Kegemaranku. |
Amie menyumbangkan dua buah cerita di bawah judul Aku, Nasi dan Kenangan.
Cerita pertama bertajuk : Nasi Goreng Abang Mat. Kisah ini merupakan coretan kenangan sewaktu belajar di Universiti Malaya. Waktu itu kena belajar berjimat cermat. Makan pun sekadar kenyang sahaja. Kalau duit habis sebelum wang biasiswa masuk ke akaun, malu pula hendak minta dengan keluarga. Maklumlah, sebagai anak penoreh getah, berapa sangatlah pendapatan keluarga.
Nasi goreng Abang Mat murah sahaja, hanya seringgit sebungkus. Kalau nak tambah telur mata, kena tambah 30 sen lagi. Walaupun harga seringgit tetapi kami sangat berpuas hati kerana Abang Mat tambahkan hirisan daging ke dalam nasi goreng. Kuat betul perasa ajinomoto yang Abang Mat bubuh. Tapi itu sahajalah pilihan nasi goreng paling murah ketika itu berbanding di warung lain. Satu lagi, kami petik cili padi yang tumbuh di tepi longkang asrama kami. Siap pesan lagi dengan pekerja pembersihan supaya jangan cabut pokok tersebut sebab kami nak jadikan ulam untuk makan dengan nasi goreng!
Kini semuanya tinggal kenangan.
Namun begitu, kenangan itu bertambah indah apabila dapat dinukilkan menjadi sebuah anekdot!
Al-Fatihah buat pensyarahku: Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Taib Osman. Moga rohnya tenang di sana, dan dikumpulkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Ampunkan saya kerana pernah berbuat nakal sewaktu menjadi anak murid tuan.
Tahniah Kak AMie!
BalasPadamTerima kasih Syaz.
Padamselamat atas karyanya kak...terbayang kelezatan nasi goreng abang mat yang cocok untuk harga mahasiswa....mbul juga sangat suka nasi goreng kak..membayangkan malam nasi goreng pedas..uh terliur rasa hari nak pengen menggoyang wajan hihihi
BalasPadamNasi goreng pedas memang sedakan Mbul.
PadamDah ada karya dlm buku pulak ni, congrats kak amie !
BalasPadamTerima kasih Fatima.
PadamAlhamdulillah tahniah Kak Amie.
BalasPadamKarya yang ke berapa ni? Teringin sy nak memilikinya..
Yang ke bels-belas ni PH heheheee...
PadamKalau turun ke KL, cuba cari di Pesta Buku Antarabangsa 3-12 Jun 2022 di KL.
Padamalhamdulillah, hebatnya! tahniah kak amie! suka pula saya baca kenangan macam ni..
BalasPadamTerima kasih Sunah Sakura. Kisah-kisah kenangan memang mencuit hati bila membacanya.
PadamTentu besar ikan talapia tu sampai Kak Amie terlewat 10 minit, hihihi.
BalasPadamJarak kafetaria dengan dewan kuliah tu jauh dan kena ambil masa untuk berjalan. Perut dah kekenyangan, terkedek-kedeklah menapak ke dewan hihihiii.
PadamWah! Uncle tumpang bangga! Cover pun cantik!
BalasPadamTerima kasih banyak Uncle.
PadamTahniah Kak Amie...
BalasPadamTahniah amie...kenangan zaman belajar memang banyak kan kalau di nukil kan memang tidak terkira. Pengalaman dan kenangan indah yang akan di kenang.
BalasPadam