Bismillahirrahmanirrahim.
Mengimbas kembali beraya bersama gang kaki jalan pada hari Sabtu, 14 Mei 2022 di Felda Anjung Teduh. Destinasinya sudah tentulah ke rumah salah seorang gang kaki jalan, iaitu Jusna. Perjalanan memakan masa selama dua jam dari bandar Lahad Datu. Kami singgah di gerai ikan di kawasan Membatu. Tidak banyak ikan yang ada di situ. Dapatlah beli udang dan dua jenis ikan. Selepas beraya di rumah Jusna nanti, kami akan teruskan perjalanan ke Tanjung Labian. Jadi, sempatlah bersihkan ikan dan udang serta perap sayap ayam di rumah Jusna untuk dipanggang pada sebelah malam.
Jarak di antara Lahad Datu ke Felda Anjung Teduh lebih kurang 100 kilometer. Kami bergerak dari Lahad Datu lebih kurang pada pukul 11 pagi dan sampai ke rumah Jusna sekitar pukul 1 tengahari.
Rumah keluarga Jusna. |
Nano memandu keretanya sementara Amie dan Sue jadi penumpang.
Kavvy memandu di belakang kami membawa Sinar, Misa dan Gee.
Puding Karamel |
Macam-macam juadah yang disediakan untuk menjamu kami. Semuanya sedap belaka.
Yang ini tak tahu apa namanya, tapi rasanya sangat sedap dan manis berlemak.
Puding Marble |
Tapai Pulut. |
Tembikai |
Acar timun & nanas. |
Rendang Daging |
Kurma Ayam |
Nassu Liku @ Ayam Masak Lengkuas |
Pegedil Jagung |
Sup Jagung |
Menyantaplah kami sepuas-puasnya dengan pelbagai juadah yang sudah tersedia.
Selain membeli ikan dan udang untuk dibawa ke Tanjung Labian, Sue sempat beli latok. Jadi, bertambah-tambahlah nasi masuk pinggan apabila bertemu latok dan ikan basung goreng!
Kami lepak santai di rumah Jusna.
Selepas kekenyangan, menyandarkan badan di tiang pula. Tuan rumah (Jusna) di sebelah kanan kita.
Sementara menunggu kawan-kawan menunaikan solat dan memerap udang serta ayam, kita jalan-jalan melihat persekitaran. Teruja sangat melihat pokok kantan dengan bunganya yang lebat timbul dari celah-celahnya.
Pokok kantan berbunga lebat. |
Di sekeliling pokok dan di celah batang bahagian dalam dipenuhi dengan bunga kantan!
Pokok lada hitam. |
Amie pun agak lama juga tidak melihat buah lada yang begini lebat! Buah lada ini belum masak. Kalau sudah masak akan berwarna merah. Dulu sewaktu arwah MIL masih ada, Amie selalu bantu MIL petik buah lada yang masak. Setelah direndam dan tanggal kulit lada, MIL akam jemur. Jadilah lada putih. Lada hitam pula daripada pokok yang sama yang sudah matang tetapi belum masak. Ia hanya perlu dijemur dan tidak melalui proses rendaman seperti lada putih.
Kesimpulannya lada hitam dan lada putih berasal dari pokok yang sama.
Leka sekali kita melihat kawasan kediaman keluarga Jusna. Macam-macam tanaman seperti pokok kedondong.
Jusna selalu bawakan kami buah belimbing buluh, bunga kantan dan limau kasturi. Rupanya memang pokok-pokok tersebut ada di sekeliling rumahnya!
Sekarang pokok belimbing buluh sedang mengeluarkan bunga.
Pokok limau purutnya pula lebat berbuah!
Memang subur sangat tanah di Felda Anjung Teduh ini.
Buah limau kasturi tidak terkira banyaknya.
Misa dan Sinar petik untuk dibawa ke Tanjung Labian. Bolehlah dibuat cecahan makan dengan sayap dan udang panggang.
Limau Kasturi. |
Menjelang pukul 3 petang, kami meninggalkan Anjung Teduh dan memandu arah ke Tanjung Labian.
Jalannya cantik, dan kiri kanan dipenuhi kehijauan!
Bestnya.. d area tu ada tempat2 awam yang boleh dilawati tak, Puan?
BalasPadamHilang penat memandu jauh..memacam makanan dapat...pastu memacam hasil tanaman best vetul kak
BalasPadamSeronok tengok tanaman kat rumah orang kan..nak plak bunga kantan tu..tapi pendek2 ye bunganya compare kat sini panjang tinggi
BalasPadamSeronok ni, dapat berjalan jauh, dengan kawan2, makan2 dan dapat buah tangan pulak.
BalasPadamwahh..mcm2 juadah disediakan...pertama kali dgr ulam latok...
BalasPadamBeraya kemudian berjalan-jalan.
BalasPadampermai suasananya menu utk tamu sedap semua
BalasPadamsalam, singgah blogwalking...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMewahnya makanan yg dihidangkan; pelbagai jenis lauk dan kuih-muih.
BalasPadamSeronok tengok persekitaran rumah sahabat akk, penuh dgn tanaman dan kehijauan 💚
semua makanan sedap
BalasPadamCantik pulak nama feldanya, makanan pun nampak sedap semuanya tu, Kak Amie,
BalasPadamCantiknya pemandangan...Meriahnya menu .Lada hitam muda kalau dapat buat ulam sedapnya..berpeluh lepas makan..Selamat hari raya yang dah semakin hujung
BalasPadamAyam masak lengkuas tu nampak sedap..
BalasPadamwahh banyak nya pokok di sekeliling rumah
BalasPadam