Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, sebaik sahaja Firdaus tamat mengikuti aktiviti perjumpaan kokurikulum, kami terus menuju ke Elopura (Sandakan). Oleh kerana tempat penginapan idaman banyak yang sudah penuh, kami pun bermalam sahaja di The Pavilion Hotel. Tak sedar pula, Pesta Kaamatan sedang diraikan! Patutlah sana sini hotel sudah penuh ditempah! Terfikir pula kesesakan jalan raya di tengah bandar, sebab kelmarin pun lebih 2 kilometer panjangnya kenderaan bersusun untuk keluar dari arah Sandakan ke simpang Batu 32.
Jadi, kami hanya menginap satu malam sahaja di Pavilion Hotel yang terletak di Batu 7, belum sampai ke bandar Sandakan. Selepas daftar keluar kami shopping buah-buahan dan terus balik ke Lahad Datu.
Tak sanggup rasanya berlama-lama di jalan raya, baiklah berehat sahaja di rumah sambil menonton televisyen atau membaca buku kegemaran. Isnin dan Selasa cuti perayaan. Dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di Simpang Jeroco. Oleh kerana Firdaus nyenyak tidur, kami batalkan hasrat untuk makan coto makassar di warung. Kami beli bungkus sahaja untuk dibawa pulang. Encik Suami beli pisang goreng. Makanlah kami berdua di dalam kereta.
Coto Makassar |
Banyak warung peniaga kecil di kiri kanan jalan di Simpang Jeroco. Kebanyaknnya menjual pulut panggang, goreng-gorengan, sayap ayam panggang, ayam masak palekko dan sebagainya. Kami beli:
- Coto Makassar
- Buras
- Pulut Panggang
- Ayam Masak Palekko
- Tongkeng Ayam Panggang
Coto Makassar |
Sampai rumah sudah tentulah rasa letih. Tak payah masak, panaskan sahaja coto makassar. Firdaus pula sudah ada satu family set sushi yang dibeli di IJM Bandar Sandakan. Kenyanglah budak kecil itu makan sushi.
Semangkuk coto makassar lengkap dengan buras untuk dinikmati. |
Teringin betul nak rasa coto makassar ni.
BalasPadamBetul balik rumah makan sahaja makanan dibeli.
BalasPadamcili padi bagi pedas sikit...hihi..
BalasPadamBila tengok kalendar baru nampak cuti am Harvest Festival disambut 2 hari. Selamat beristirahat Kak Amie.
BalasPadamnampak sedap coto makassar ni.
BalasPadamselamat bercuti untuk kak Amie dan famili. menjelang perayaan memang jalan sesak
BalasPadamYe, hari cuti je, jalan akan sesak. Nampak menyelerakan, coto makassar tu. Saya suka pulut panggang. :)
BalasPadam