Jumpa lagi di hari ketujuh kita berpuasa. Semoga dipermudahkan segalan urusan ibadat kita di bulan nan mulia ini.
Sewaktu jam menunjukkan angka 10 malam, kita suruh Firdaus telefon di mana keberadaan Encik Suami. Maklumlah, setiap malam selepas berterawih, tidaklah pernah pulang melebihi pukul 9 malam. Bukan apa. Dah usia menginjak keemasan ini, risau pula kalau-kalau ada sesuatu yang tak diingini berlaku. Lega rasanya apabila telefon bersambut, terdengar Firdaus sedang berbual dengan Encik Suami.
Kita pula godek-godek tepung nak buatkan Firdaus cucur udang campur jagung. Walaupun sudah malam, tiba-tiba terasa ingin makan cucur pula budak satu itu! Setelah angkat cucur udang campur jagung, gorengan terakhir dari kuali, sampailah Encik Suami ke rumah. Katanya, selepas solat terawih, kawan-kawan ajak minum di restoran kerana ada di antara mereka bawa ketupat untuk dibahagi-bahagikan.
Ketupat Jantung isi beras pulut. |
Rezeki di hari ketujuh berpuasa, kami dapat 10 biji ketupat jantung! Isinya beras pulut, bukannya nasi.
Alhamdulillah..cantik ketupatnya..
BalasPadamCantikkan. Sayangnya saya tak pandai buat.
PadamMacammana agaknya sukatan pulut dimasukkan dalam kelonsong ketupat jantung ni ya, Kak Amie? Mana tau, boleh dicuba nanti oleh kakak Sk (Sk tukang makan, heheh)
BalasPadamAda yang masukkan 1/2 untuk hasil yang lembik sikit, ada yang masukkan 3/4 untuk hasil yang padat.
Padamwahh awalnya dpt ketupat..
BalasPadamItulah.... rezeki kawan Encik Suami bagi.
PadamCantiknya ketupat jantung...
BalasPadamSaya hanya tau anyam ketulat sate,ketupat pasar dan ketulat bawang..Jantung ni mana nak belajar ni..cantik la
Dalam keluarga saya hanya arwah ayah dan adik perempuan saya saja yang pandai buat ketupat jantung. Saya tak pernah lulus!
PadamSaya terlupa ada bentuk jantung.
BalasPadamBaca tajuk ingat ada guna jantung pisang dalam isi ketupat. Hehe.
Hahaaa... jarang kan ada ketupat jantung.
PadamSama dengan di kampung saya. Sobat Amie. Ketupat yang terbuatdari beras ketan itu dibuat pada hari2 tertentu saja. Semisal lebaran, sehari sebelum masuk puasa, dan lain sebagainya. Terima kasih telah berbagi informasi. Selamat berhari minggu.
BalasPadamKalau ikut tradisi kaum suami saya, ada malam ketupat. Ketupat dibahagi-bahagi selepas solat terawih di masjid pada malam ke 15 Ramadan.
PadamKetupat puasa
BalasPadamYa, Wak. ketupat di bulan puasa.
Padamcemburu isteri utk kesejahteraan rumahtangga dan serumpun ketupat.. 😅😅
BalasPadamYa, Wak. Dah tua-tua ni faktor keselamatan diutamakan, sebab dia keluar seorang tanpa anak-anak.
PadamSedapppnya
BalasPadamni baru ketupat he hww kg sy ketupat pulut lemak camni jd juadah raya selain lemang
Memang sedap ketupat pulut kan Cik Nur. Kalau arwah MIL buat kadang-kadang dia bubuh kacang hijau atau udang kering. Makan begitu saja tanpa lauk pun dah sedap.
PadamCantik anyaman ketupatnya..
BalasPadamNampak berseni kan Sha.
PadamSini uncle tak jumpa lagi ketupat!
BalasPadamTak lama lagi Uncle jumpalah ketupat. Tapi kena cukupkan puasa sebulanlah dulu hihihiii.
Padamawal kak Amie dah makan ketupat ye. pukul 9 lebih kami di Malaya sedang terawih lagi
BalasPadamRezeki dapat ketupat awal.
PadamYa, beza masa lebih kurang 1 jam, jadi kami habis awal terawih.
Alhamdulillah rezeki tarawih Ramadan
BalasPadamAlhamdulillah. Jemput Kak PI.
PadamMacam lepat orang Jawa…isinya pulut. Tapi sekarang dah lama sangat tak buat lepat masa raya. Tak ada yang rajin nak membungkus lepat.
BalasPadamCantik la ketupatnya..pandai orang tu anyam...
BalasPadamSaya pun suka ketupat pulut. Bila beraya kampung suami di kelantan, ada ketupat manis, dan ada juga yang dalam isi serunding. Sedap dimakan begitu saja, tak payah rendang.
BalasPadamYe Kak Amie, kalau lewat balik rumah sikit pun dah mula rasa risau. Rupanya sedang berbahagi rezeki untuk bawak balik. Sedapnya dapat ketupat daun. Ketupat jantung, lama tak nampak bentuk ketupat jantung. Layankan juga permintaan Firdaus. Nanti siang puasa teringat ingat pulak dia cucur jagung.
BalasPadambest tu kak ketupat pulut... dah noleh raya niðŸ¤
BalasPadamUdah Raya dah dia
BalasPadam