Pages

Isnin, 11 April 2022

Government Travel Snack Box AirAsia

Lama tak terbang dengan AirAsia. Kali terakhir (itu pun tak sempat naik) pembatalan hangus tiga penerbangan: 
  • Kuala Lumpur - Kuala Terengganu (18 Mac 2020)
  • Kuala Terengganu - Kuala Lumpur (20 Mac 2020)
  • Kuala Lumpur - Tawau (21 Mac 2021)
Maklumlah 18 Mac 2020 itu tarikh keramat penguatkuasaan PKP 1.0. Sebelum itu pada 17 Mac 2020 baru saja mendarat di KLIA dari Bangkok. Kami usahakan untuk tarik tarikh 21 Mac 2020 ke 18 Mac 2020 supaya boleh terbang balik ke Tawau, tetapi  AirAsia meminta bayaran tambahan lebih RM700! Dengan pertolongan Abang Farid pada malam 17 Mac 2020, beberapa minit sebelum menjelang 12 tengahmalam, dia uruskan pembelian tiket MAS, akhirnya kami dapat tiket MAS dengan harga RM600++ Bussiness Class!

Entah bila lagi boleh terbang bersama AirAsia!

Minggu terakhir bulan Mac 2022, naik pesawat ke Kota Kinabalu tetapi dengan menaiki MASWings. Maklumlah tiada perkhidmatan AirAsia di Lahad Datu. Kawan-kawan kita yang datang dari Sandakan dan Tawau naik AirAsia.

Seronok pula apabila melihat kawan kita, Nora tunjukkan Goverment Travel Snack Box AirAsia. Rupanya ada pilihan makanan untuk penjawat awam yang menggunakan waran udara. Oleh kerana Nora masih kenyang makan sarapan sebelum menaiki pesawat, jadi Nora bawa snack box bersamanya sewaktu turun di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Government Travel Snack Box AirAsia


Antara isinya:
  • Paket makanan ringan.
  • Dua jenis minuman
  • Bukhara Chicken Biryani

Lumayan jugalah Travel Snack Box ini.

Bukhara Chicken Biryani

Tiba-tiba kita teringat Nasi Lemak Pak Nassier yang sangat sedap itu. Sudah tentulah fokus kesedapan sambalnya!

16 ulasan:

  1. wah untung nya org gomen naik AA... :)

    BalasPadam
  2. Owh..bestnya..Ni untuk yang ada waran saja ka?
    Kalau semua govement dapat syok la..
    Saya dulu selalu juga seludup makanan ringan.Tapi seludup makanan yang sama dengan Air Asia jual la...macam cadburry & chips tu supaya masa nak makand

    n dlm flight kan๐Ÿคญ

    BalasPadam
  3. baru tau ada gomen ada travel pack bila naik flight. nanti boleh try guna :)

    BalasPadam
  4. ingatkan akak yg balik beraya ke selangor td guna waran.. selalunya kalau fly guna waran udara br dpt snack box ni dan pilihan semestinya nasik lemak pak nasser... kalau sy mmg awal bagitau PT order nasik lemak... hehehe

    BalasPadam
  5. Nice.. comel je..all in red..hehe

    BalasPadam
  6. Oh..ada rupanya ya. Untung juga siapa yang naik guna waran.

    Saya baru makan nasi lemak pak nasser sebelum puasa, tapi bukan sebab terbang, cuma makan di outlet Santan, NU Sentral. Bolehlah buat lepas teringin.

    BalasPadam
  7. rezeki orang gomen. saya pun dah lama tak naik flight. dapat pergi dalam negeri pun cukuplah

    BalasPadam
  8. Rindu nasi lemak Pak Nasser laaa....bila la nak travel ni

    BalasPadam
  9. Nampak sedap, nasi Bukhara Chicken Biryani. Saya tak pernah makan nasi lemak Pak Nassier.

    BalasPadam
  10. Untung orang gomen dapat yang istimewa sikit :)
    Tak pernah naik AA dan tak pernah merasa nasi lemak Pak Nassier yang dicanang sedapnya tu.

    BalasPadam
  11. aaaaa... rindunya nasi lemak Pak Nasser, kat Setia City Mall ada Restoren Santan tapi takde pulak teringin nak makan nasi lemak pak Nasser kat situ.. kena naik Air Asia juga baru ada feeling.

    BalasPadam
  12. wahhh untung arr org gomen dpt mcm ni best best๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘kalau menyamar org gomen agk2 dpt x kak?๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    BalasPadam
  13. Wow sedap Tu nasi Bukhara Dan box Tu mcm2 ada

    BalasPadam
  14. syu slalu guna warrant ticket time musim raya. mmg akan dpt govt travel snack box ni.
    naik Airasia senang sebab ada direct flight KK-Penang..

    BalasPadam