Jumpa lagi rakan-rakan maya.
Siapa suka jeruk buah?
Zaman kanak-kanak dahulu, kalau pergi beraya sudah tentu suka makan jeruk atau halwa buah. Amie paling suka makan jeruk mangga dan halwa kolang-kaling. Haaa, kolang-kaling itu bahasa Jawa. Kolang-kaling ini sebenarnya isi buah nipah muda. Jeruk dengan halwa memang berbeza. Jeruk rasanya masam-masam, tapi halwa memang manis bergula.
Ini kisah orang tamak apabila terjumpa jeruk buah di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu. Lima malam menginap di Hotel Grandis yang terletak di bangunan sama dengan mall sudah tentulah setiap hari kami teroka semua tempat di sini terutamanya tempat makan!
Ini kisah orang tamak apabila terjumpa jeruk buah di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu. Lima malam menginap di Hotel Grandis yang terletak di bangunan sama dengan mall sudah tentulah setiap hari kami teroka semua tempat di sini terutamanya tempat makan!
Pelbagai jenis jeruk buah di Suria Sabah Shopping Mall |
Sebelum daftar keluar hotel, dan sebelum berangkat ke lapangan terbang, Amie bersama Nora membeli apa yang patut untuk di bawa pulang termasuk jeruk buah-buahan. Separuh untuk kawan-kawan di tempat kerja dan separuh lagi untuk sendiri. Hampir 3 kilogram jugalah kita memborong segala jeruk buah itu.
Kami bersama-sama ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Amie terbang ke Lahad Datu, Nora terbang ke Tawau.
Kami bersama-sama ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Amie terbang ke Lahad Datu, Nora terbang ke Tawau.
Jeruk buah pala. |
Boleh tambah serbuk pencecah buah. Macam-macam perasa ada. Ala-ala serbuk colek ala Thai begitulah.
Boleh beli serbuk colek dalam bekas yang berasingan.
Melihat jeruk betik, teringat Encik Suami suka sangat meratah!
Setiap 100 gram jeruk buah berharga RM4.80 sen. Kita ambil sendiri dan masukkan dalam bekas:
- Jeruk Mangga
- Jeruk Sengkuang
- Jeruk Bawang Putih
- Jeruk Salak
- Jeruk Anggur
- Jeruk Pala
- Jeruk Kedondong
- Jeruk Ceri
- Halwa Kolang-Kaling
Halwa Kolang-Kaling |
Jeruk Mangga |
Jeruk Ceri |
Jeruk Salak |
Jeruk Mangga |
Jeruk Kedondong |
Sampai LD, gigi pula meragam. Memang pantang makan masam dan manis! Tak dapatlah nak meratah setiap malam (bulan puasa). Encik Suami kata, jeruk buah hampir habis sebab dia makan setiap malam. Kita kata, eloklah habis daripada terbiar. Apabila sakit gigi, semua yang sedap jadi tak sedap!
Hujung tahun lepas ke utara.. Ada beli jeruk jugak. Sudah diagih-agihkan, tapi ada beberapa lagi masih tersimpan di dalam peti ais..
BalasPadamRupanya ada jugak ya port jeruk di sanun. Yang hantu jeruk kat sini, Pak Inche. Sy kalau tekak berlobang, baru carik, hihi.
BalasPadamsedap jeruk, adoii memang kan zaman sek hantu la.jeruk2 ni terutama mangga , bulan puasa Halwa kolang kaling wajib ada. Biasa msk bln ramadhan siap2 beli ciknur suka letak dlm air sirap he hew
BalasPadamMak aiiiii...banyaknya jeruk...memang SA akui jeruk adalah antara jajan kegemaran SA..tapi masa muda mudi dulu la...skrg jarang SA makan...x tau kenapa yg suka makan dulu automatik jadi tak suka...
BalasPadamSedap jeruk, berbagai jenis ada, biasa beli Jeruk Madu Pak Ali. Kecur air liur hehe..
BalasPadamwow macam2 jeruk n halwa masam manis
BalasPadamkecur lah nampak jeruk2 ni di siang hari hehehe
BalasPadamkalau akk belanja sy, sy pilih kedondong dgn mangga hahahaa
BalasPadamMeriah betul jeruknya, pelbagai pilihan & warna!
BalasPadamKalau pasal halwa, saya cuma tahu halwa kundur & halwa betik :)
suka jeruk buah salak & mangga
BalasPadamUncle herot berot muka bila makan jeruk ni...
BalasPadamTudiaaaaa...Banyaknya cikgu borong.
BalasPadamSemua nampak menarik...
Jeruk betik tu bila pandang..ada satu perasan di kalbu..Terkenang dulu2 banyak dijual jeruk betik @ stesen bas
banyak kak amie borong jeruk di situ ya..
BalasPadamkat penang famous dgn jeruk pak ali..
Telan air lio nengok
BalasPadamSedap ratah jeruk betik tu.. Tambah dia potong nipis macma tu..
BalasPadamAllah.. Semoga diberikan kesembuhan buat kak Ammi..
orang yang membeli pula tak makan ye. saya pun suka jugak buah nipah tu. kalau jeruk suka mangga dan kelubi
BalasPadamSaya kalau makan jeruk, esoknya susah nak berus gigi, sebab masam. Gigi ngilu sangat. Tapi suka jeruk mangga. :)
BalasPadamRugi tak makan jeruk. hihi...Suka jugak makan halwa. Suka halwa betik. Kalau raya suka pergi rumah makcik ni, halwa dia buat memang sedap. Masa raya mesti ada. Pertama kali dengar kolang-kaling, kampung saya panggil buah beluluk. Dulu kecik kecik abah selalu cari dalam hutan. Kita tukang tolong kupas dan buang mata buah tu.
BalasPadamNgences tgk kak. Saya dulu mmg gemar sgt jeruk2 ni
BalasPadam