Pages

Selasa, 19 April 2022

Jalan-Jalan Cari Makan di Thien Thien Restaurant

Masih cerita jalan-jalan cari makan di Kota Kinabalu. Kali ini, sebaik sahaja kami selesai mesyuarat dan meletakkan barang masing-masing di bilik, kami jalan kaki menuju ke Jalan Gaya. Jauh jugalah kami melangkah sampai berpeluh-peluh. Dapatlah melakukan senaman kaki di petang hari. Kali ini Mewah bawa kami ke tempat makan kegemaran suami dan anak bujangnya kalau mereka datang ke Kota Kinabalu. Petang itu kami berempat, Amie, Nora, Mewah dan anak bujang Mewah.

Fish Fillet Soup Noodle

Chinese Tea

Konlo Mee

Konlo Mee Bebola Ikan

Nasi Ayam

Ayam Goreng Bijan

Tauhu Udang Kering


Amie makan Fish Fillet Noodle Soup. Mewah makan mee kolok, anak bujangnya makan nasi ayam. Nora pula hanya pesan minuman saja. Katanya takut kekenyangan sebab kami sudah berjanji akan makan malam bersama Suan dan Zaiton pula. Hmmmm.... selepas makan di situ, patah balik semula ke hotel memang perut lapar balik!

9 ulasan:

  1. Nampak sedap semua tu Kak Amie....mee kolok!!! Rindunya nak makan mee kolok...

    BalasPadam
  2. Tengok gambar makanan di waktu tengahari ni, mengundang sungguh, hahaha.

    BalasPadam
  3. lamanya tak makan mi kolok. memanglah, kalau jarak restoran tu jauh, patah balik tu dah lapar semula. hehe. dinner apa tu?

    BalasPadam
  4. SEDAP SEMUANYA NAMPAK AYAM BIJAN ISTIMEWA

    BalasPadam
  5. Nampak sedap2 semuanya.
    Malamnya mesti makan banyak kan? pasal perut dah lapar. Hehe

    BalasPadam
  6. Masakan ala ala Chinese food macam ni memang sedap. Jenis berkuah cepat penuh perut. Konlo mi tu macam sedap. Suka jenis mi wantan.

    BalasPadam
  7. Chinese food ke ni. Nampak sedap semuanya

    BalasPadam
  8. makanan chinese memikat selera.. lama xmkn

    BalasPadam
  9. sedap dan mengancam semua menunya..

    BalasPadam