Petang Khamis 14 April 2022.
Di bawah rintik-rintik hujan dari langit dan hujan air mata sebaik sahaja meletakkan tititpan di rumah Ruhaya SAHABAT TAK AKAN PERGI, kereta terus menghala ke jalan besar. Tiba-tiba terbaca mesej NINJA VAN berada di hadapan rumah menghantar bungkusan. Kita patah balik ke rumah untuk menerimanya. Kita bawa bungkusan yang diterima bawa jalan-jalan mencari buah tembikai untuk dibuat jus pembasah tekak berbuka puasa.
Jom kita buka bungkusan, apa ada di dalamnya dan siapa pengirimnya?
Rehal Kayu Ukir Nama Cikgu Amie. |
Di bahagian luar bungkusan, pengirimnya: GIDEA ENTERPRISE dari Sabak Bernam. Apabila bungkusan di buka, sebuah rehal kayu yang cantik dengan ukiran nama Cikgu Amie. Wah, nak ucap terima kasih kepada siapa ni? Sambil berfikir-fikir mungkin hadiah top komentator, tapi agak lama juga nama kita tenggelam di mana-mana blog sebab sudah agak jarang blogwalking. Tak apalah, kita ambil gambar rehal kayu berukir nama ini dahulu di Taman Firdaus. Mana tahu tiba-tiba dapat jawapan siapa pengirim misteri ini.
Oleh kerana tidak ada sebarang bayang jawapan, akhirnya kita pun bawa masuk rehal ke dalam rumah. Bolehlah baca al-Quran (bertadarus di bulan Ramadan) gunakan rehal kayu ini. Moga mengalir sama pahala bacaan al-Quran ke atas insan misteri pengirim rehal ini.
Keesokan petangnya, tiba-tiba dapat mesej dari seseorang : Assalamualaikum kak. Ada terima parcel tak dari Ninja Van?
Allahu Akbar! Rupanya Puan Faizahanum dari wife to @ jalan rebung yang hantar kiriman itu! Terima kasih daun keladi atas kiriman istimewa itu. Terima kasih yang tak terhingga. Semoga sentiasa dipermudahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tersayang. Harapnya ukhuwah di antara kita terus berpanjangan.
Puan Faizahanum tinggal menetap di sini: wife to @ jalan rebung. Kalau singgah di rumahnya memang macam-macamlah 'hidangan' disediakan termasuklah kisah-kisah keluarga dengan gelagat mereka yang tersendiri. Coretannya santai-santai dan menghiburkan.
In syaa Allah, ada rezeki nanti kita boleh jumpa sebab rumah Puan Faizahanum pun tidaklah jauh sangat dari rumah kita di Bukit Hijau. Setakat ini hanya mengenali di alam maya sahaja. Mana tahu cuti-cuti nanti terserempak di Pasar Malam Bukit Cherakah!
Menarik.. Boleh terus semangat membaca Al-Quran
BalasPadamsubhanallah
BalasPadamcantik rehal
ALHAMDULILLAH REZEKI RAMADAN
BalasPadamcantik rehalnya..kaler lembut..
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamAlhamdulillah, rehal cantik sangat dan ada nama pulak tu, mesti bersemangat nak guna,lebih lebih lagi bulan Ramadhan ni..
Cantik dan berguna sungguh pemberiannya :)
BalasPadamCantiknya rehal tu...SA plak ada chopping board ukir nama SA...
BalasPadamcantiknya. menarik jugak ni buat hadiah. Tahniah kak Amie!
BalasPadamAlhamdulillah..cantik hadiahnya dan sangat bermakna. Exclusive ada ukiran nama sekali. Tahniah Kak Amie :)
BalasPadamcantik sgt rehal kayu ni..
BalasPadamcantik papan rehal tu.. selamat mengaji
BalasPadamAlhamdulillah.. akhirnya tahu juga siapa pengirimnya..
BalasPadamCantik ukiran pada rehal tu..