Pages

Rabu, 20 April 2022

Burger King's Hokkaido Salmon Mentaiko Burger

Sewaktu mesyuarat di Kota Kinabalu, tiba-tiba sakit gigi pula! Selera makan ada tetapi rasa sakit itulah yang membantutkan selera. Tak boleh pula dibiarkan perut kosong. Tenaga sangat perlu untuk menyiapkan tugasa yang diberi. Setelah tamat mesyuarat pada petang itu, Nora cadangkan makan yang lembut-lembut saja! Nora temankan kita masuk Burger King di Suria Mall.

Bagus beli burger ikan, kata Nora. Kita pun pilih Hokkaido Salmon Mentaiko Burger. Kita bawa masuk hotel, hendak makan ubat dan berehat. Nora pula, shopping dengan Zaiton dan Suan.


Hokkaido Salmon Mentaiko Burger


Pemandangan dari tingkap Grandis Hotel, Kota Kinabalu.


Selepas makan burger, kita telan ubat. Kemudian baring di atas katil, dan tertidur. Apabila kita terjaga, Nora belum sampai ke bilik. Selepas kita solat maghrib, Nora masuk ke bilik bersama hasil 'shopping' di mall. Harap esok gigi tak sakit lagi. Jadi sebelah petang selepas habis mesyuarat bolehlah meronda mall membeli apa yang patut!

11 ulasan:

  1. Moga cepat sembuh sis, betul tu makan yang lembut-lembut dulu. Sedap nampak burger ikan..

    BalasPadam
  2. adoiii sakit gigi memang rasa sakit yang amat!!!
    Semoga arini bertambah baik ye kak...

    BalasPadam
  3. Semoga gigi Amie tak sakit dah. Sedap nampak burger salmon.

    BalasPadam
  4. burger ikan mmg sedap sakit gigi makan pelan2 amie

    BalasPadam
  5. Memang kacau la tetiba sakit gigi kan...kalau SA confirm merudum mood lepas tu

    BalasPadam
  6. aduh! Sakit gigi memang takleh nak tolerate. Kadang nak tidur pun payah. Semoga cepat baik gigi kak Amie. Aamiin...

    BalasPadam
  7. saya pernah makan burger ni. agak tak menepati citarasa. tapi memang lembutlah, sesuai untuk orang sakit gigi

    BalasPadam
  8. Apesal nampak sedap sgt burger Tu kak Amie

    BalasPadam
  9. memang kacau betul kalau gigi sakit. bestnya shopping raya. lama xmakan burger king

    BalasPadam
  10. I wanted to thank you for this great information!! I definitely enjoyed every little bit of it and also bookmarked to check out new information in your post. You may also look for Assignment Help online to receive guidance from educators.

    BalasPadam
  11. Semalam dah berangan nak ke Berger king tapi mengenangkan ramainya orang, terus cancel.. kikiki..

    BalasPadam