Dalam tempoh sebulan ini kita jadi burung hantu. Malam berjaga hingga ke pagi. Tidur waktu siang. Mata pun dah tak ada rupa mata orang lagi. Dapur maya pun sudah tidak berasap. In syaa Allah, menjelang hari raya nanti, keadaan kembali normal. Mudah-mudahan dapat sediakan juadah di pagi raya.
Apa yang penting, sempat tulis entri supaya kebiasaan itu masih berjalan seperti biasa walaupun pengisiannya ringkas sahaja. Dan sudah tentunya agak tonggang terbalik sebab tidak ikut kronologi waktu.
Masih lagi cerita bersama Nora dan kawan-kawan di Kota Kinabalu. Mesyuarat kami berakhir pada 27 Mac 2022 (Ahad) dan dijadualkan terbang pulang pada 28 Mac 2022. Sepanjang berada di Kota Kinabalu, hati teringin sangat berjumpa Fairuz. Sayangnya masing-masing sibuk dengan tugas. Pada petang Ahad, Nora berjanji bertemu dengan kakaknya dan Amie berjanji bertemu dengan Fairuz pada sebelah petang. Kebetulan pula dari pagi Fairuz sibuk mengurus bekalan ikan ke beberapa buah pasaraya di sekitar Kota Kinabalu. Amie ingin makan sushi bersama Fairuz. Setelah Amie bersiap, telefon berbunyi. Amie sangka Fairuz sudah sampai ke Suria Mall, rupanya ada kesesakan lalu lintas pula. Begitu begini, kata Fairuz setelah membantu pekerja menutup kedai, paling lewat pukul 9 malam barulah boleh berjumpa. Pukul 9 malam kita ada google meet, kelas puisi.
Rasa hampa tak boleh nak kata, tapi kita cuba memahaminya. Kebetulan pula abang sepupunya sibuk membuka kedai cawangan di Papar. Menurut Fairuz, mereka masih mencari beberapa orang pekerja untuk menguruskan perniagaan ikan.
Kita pun keluar seorang diri dari bilik hotel. Nora sudah keluar lebih awal. Kita jalan-jalan di Sushi King. Nampak banyak orang beratur di situ. Kita pun batalkan hasrat untuk makan di situ. Petang Ahad itu banyak sungguhlah orang datang ke Suria Mall. Tempat makan pun penuh. Kononnya hendak singgah subway, tapi melihat pelanggan berbaris rasa malaslah pula untuk menunggu giliran. Lagi pun kelmarin sudah beli sandwich di situ bersama Nora.
Akhirnya kita singgah di Pezzo Pizza. Beberapa kali sebelum ini kami hendak beli tapi asyik tak jadi beli sebab apabila melintas di hadapannya, perut sudah kenyang makan benda lain.
Durian Cheese Tart |
Oreo Cheese Tart |
Sambil bergoogle meet, sambil menulis nota. |
kalau lalu berhampiran stall Hokkaido Cheese Tart memang harum je bau. dapat makan seketul dua lagilah puas.
BalasPadamSA pun suka Hokkaido Cheese Tart...best...eh Sabtu ni nak beli la kat Mid Valley
BalasPadamSemakin sibuklah Fairuz sekarang. Mujur jugak ada kedai makan dekat-dekat. Lahh..dua dua beli cheese tart. saling ingat mengingati..Okaylah dapat makan lebih :)
BalasPadamSaya pernah nampak Hokkaido Baked Cheese Tart di Aeon, tapi tak pernah masuk beli. Wah, perasa durian pun ada, ye. Pizza nampak sedap, ada udang.
BalasPadamkebetulan pulak, dua-dua beli tart yang sama. dah lama tak makan hokaido cheese tart ni. semoga raya nanti dapat jumpa Fairuz
BalasPadamTak pernah jumpa lagi ni....
BalasPadamsedapnya durian cheese tart boleh buat hidangan raya nani
BalasPadamSemakin lapar perut tengok pezzo dan kfc, hihi.
BalasPadampedro ni nampak sedap tp lebih kurang mcm pizza dan hokkaido cheese tart
BalasPadamAduh.. Tiba-tiba rasa macam bak cari juga Hokkaido tart tu.. hehehe
BalasPadam