Pages

Khamis, 10 Mac 2022

Sedapnya Takoyaki!

Pertama kali makan takoyaki berisi sotong kurita, kita terus jatuh cinta. Takoyaki yang kita beli itu, takoyaki yang ditempah daripada seorang suri rumah. Sosnya sangat sedap, dan taburan katsuobushi (parutan ikan tongkol kering) macam tak puas kita makan.... ahaks! Walaupun selepas itu kita beli inti udang dan juta ketam, tetapi inti sotong kurita itu juga rasanya yang paling lazat!

Oleh kerana suka makan takoyaki, jadi kalau ke mana-mana seperti di Sushi King, di pasar malam, kalau terjumpa takoyaki memang terus beli. Sayangnya rasanya berbeza-beza, dan belum terjumpa yang selazat takoyaki pertama kali kita beli. Ada sekali Amie beli takoyaki di pasaraya Kota Kinabalu. Memang sedap sungguhlah, ditambah pula dengan sedikit  wasabe! Adeeehhhh... terus menyengat ke lubang hidung! 

Petang tadi sempat minta abang angkat Abang Farid (Foodpanda) hantarkan takoyaki ke rumah. Amie beli tiga jenis inti iaitu sotong kurita, udang dan ketam.

Takoyaki 




Kita beli tiga bekas. Dalam setiap bekas ada 6 biji takoyaki. Semuanya Amie minta rasa pedas. Firdaus hanya makan dua biji sahaja. Selebihnya, 4 biji lagi Amie bahagi dua dengan Encik Suami. Jadi, makanlah seorang 8 biji. 
Sudah lama berangan hendak makan takoyaki air tangan sendiri. Sayangnya setakat berangan macamanalah takoyaki nak bergolek masuk pinggan!
Ada yang suka snek Jepun dan Korea Selatan ini?


16 ulasan:

  1. Saya! Saya! Syukurlah di taman perumahan saya ni ada takoyaki yang sedap sangat. Saya rasa ia adalah takoyaki tersedap saya pernah makan, cuma RM10 dapat 15 biji, berbaloi!

    BalasPadam
  2. sekarang takoyaki dah jadi street food kat mana2.. senang nak dapat. Cuma rasa memang berbeza2lah.

    BalasPadam
  3. nampak menyelerakan tako ni kak.... nyamm2

    BalasPadam
  4. Suka jugak takoyaki... memang sedap kalau kuahnya sedap dan banyak..

    BalasPadam
  5. memang selalu abg angkat anta..lol

    BalasPadam
  6. Ada beli takoyaki mold bila anak-anak suka..Adah order set bahan takoyaki dari shopee..Tapi sampai la ni masih dalm kotak🤣
    Kepingan ikan tuna tu saya selalu sebut "bonito".
    Kelakar bila pernah baca ada yang panggil "kulit bawang merah"🤣🤣
    Tapi bila dilihat memang ada iras kulit bawang kan

    BalasPadam
  7. Ank.sulong dan kedua suka.sgt ni
    Rajin depa beli jga
    tp ciknur tak makan he hee

    BalasPadam
  8. suka takoyaki...skarang ramai juga gerai2 yg jual....

    BalasPadam
  9. TAKOYAKI KEGEMARAN ORG LA NI KAN

    BalasPadam
  10. Takoyaki ni Fav Dania ni...kalau pi pasar malam memang selalu beli

    BalasPadam
  11. syu suka jgk takoyaki. teringat mkn masa di jepun dulu..

    dkt mne takoyaki sedap yg kak amie beli di kk? nak pegi cari lah..haha

    BalasPadam
  12. Saya suka! Selalu beli di Aeon. Yup.. Paling best inti sotong kurita

    BalasPadam
  13. Sedap tapi itulah sama tidak puas makan lagi. Kena cari yang sedap.

    BalasPadam
  14. Kegemaran saya ni, kak. Pantang jumpa takoyaki mesti nak beli hehehe

    BalasPadam
  15. kalau isinya besar sedap layan kak, dana biasa beli dekat 1 kedai ni dulu mula-mula beli selalu isinya besar dah makin maju eh isinya makin kecik, kadang ada yg kosong tanpa inti... sedih betul

    BalasPadam
  16. Dapat jumpa yang sedap memang tak cari yang lain. Tapi itulah kalau teringin makan beli tempat lain rasa berbeza beza. Kadang tu tepung je semata-mata. Ada jugak kembung isi angin. Takoyaki ni sekali habis je boleh habis.

    BalasPadam