Pages

Rabu, 2 Mac 2022

Sedapnya Sayap Ayam Lelek!

Selepas makan di Mama H Kitchen, kami terus meredah hujan menuju ke mall untuk shopping. Dalam perjalanan menuju kembali ke kereta, terpandang dan terhidu aroma yang sangat enak dari pasar. Bayangkan, di kala sejuk ada asap berterbangan... asap dari tempat peniaga sate dan sayap ayam panggang! Kalau ikutkan nafsu memang hendak beli macam-macam termasuk murtabak dan kuih-muih, tapi cukuplah beli 10 cucuk sate ayam dan yang penting dapat beli Sayap Ayam Lelek yang sangat sedap itu!

Sayap Ayam Lelek. 

Sayap Ayam Lelek ini memang sangat terkenal di Tawau. Peniaga asalnya telah meninggal dunia, dan kita lihat sudah bertukar orang. Mungkin dari kalangan keluarganya juga. Namun keenakan Sayap Aya Lelek masih seperti dahulu juga.


Sate Ayam


Sate ayam & Sayap Ayam Lelek

Sate ayamnya pula sangat lembut, dan sudah tentulah bertambah sedap apabila dimakan bersama kuah kacang.


Sayap Ayam Lelek, selain sayap yang sedap sambal kicapnya itulah yang buat kita selalu teringat-ingat.... pergghhhh!

22 ulasan:

  1. sedapnya xterkata tu kan menjilat lidi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI. Firdaus lah yang paling banyak makan sate.

      Padam
  2. Hujan hujan terbau pulak asap masakan, mencabar anak tekak betul. Makanan panas panas pulak tu. Berselera menikmati sayap ayam lelek. Lelek tu maksudnya? Unik jugak tu makan dengan sambal kicap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lelek tu panggilan dalam bahasa Jawa yang bermaksud pakcik, lebih kurang begitulah. Sayap ayam lelek ni dipanggang macam sayap ayam panggang biasa, cumanya yang Kak Amie suka sambal kicap tu sebab terasa jus limau kasturi ya.

      Padam
    2. Ohh pakcik. ingatkan sempena apa. Sambal kicap tuang atas ayam tu ye.

      Padam
  3. Wow teringat ingat
    bahaya ni nk mkn he hee

    BalasPadam
  4. sedapnya, lama tak mkn sayap ayam bakar..

    BalasPadam
  5. Apa maksudnya Lelek tu, Kak Amie. Gemuk2 nampak sayapnya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayap Ayam Lelek tu nama gerai sayap ayam panggang. Lelek tu pakcik. Bahasa Jawa sebut 'Lek. Biasa di sini terus sebut lelek.

      Padam
  6. Uniknya nama sayap ayam Lelek..tengok gambar macam sedap dua-dua menu tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lelek tu nama tuan punya gerai sayap ayam.

      Padam
  7. Alahaiiiiiiii amie....pagi-pagi tenguk satay....huhuhu ngences ni dah lah kat luar sejuk nampak satay ni....emmm memang menggoda sungguh ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adeeeehhh... notie... ni yang buat kita nak pergi semula ke Sipitang. Di sana dari pagi sampai ke malam ada sate, ketupat dan kelupis!

      Padam
  8. sayap ayam lelek tu memang nampak yummy sungguh di cecah dengan sambal kicap waduhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah istimewanya sambal kicap Lelek, cukup rasa...terasa-rasa jus limau kasturinya.

      Padam
  9. besar-besar sate nya.. ayam lelek tu nampak menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Besarkan saiz satenya tu. Rezeki dapat harga RM1 secucuk.

      Padam
  10. bila hujan tu otomatik perut rasa lapar kak, itu yang bau satay dengan sayap tak boleh tahan. nampak besar lah satay tuh kak... sayap tu pun aduhla nampak licin berkilat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beberapa kali beli sate di LD dapat saiz kecil(semakin mengecil walau harga sama), di Tawau dapat saiz besar pula. Sayap Ayam Lelek paling terkenal di Tawau suatu masa dahulu (ketika tuan punya (Lelek) masih hidup.

      Padam
  11. Ya allah dugaan betul ni...sedapnya sayap ayam tu...

    BalasPadam