Pages

Rabu, 2 Mac 2022

Menjamu Selera di Mama H Kitchen (Dari Dapur Memey)

Hujan masih turun renyai-renyai. Kami redah juga sebab perut sudah lama bergendang. Maklumlah belum menjamah makan tengahari. Dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Tawau, kami sempat makan roti dan minum air mineral di dalam kereta.


Alhamdulillah, Encik Suami tak perlu berpusing-pusing mencari tempat letak kereta. Kami singgah makan di Mama H Kitchen.


Kami tidak menunggu lama untuk menikmati hidangan yang dipesan.


Firdaus memilih Nasi Ayam Goreng Sambal Ijo.
Ada ulam timun, sayur lodeh, sambal ijo dan ayam goreng bahagian peha.


Coto Ayam

Apabila ternampak menu coto, kita tak fikir dua kali untuk memesan. Encik Suami memesan coto ayam. Bukannya soto ayam ya. Soto ayam kuahnya agak jernih, tetapi kuah coto lebih pekat disebabkan adanya kacang tanah kisar. Warna kuah  pun berbeza dengan warna kuah soto biasa. Bila kita cicip sedikit kuahnya, sedapnya ya ampun! Tapi itu Coto Ayam Encik Suami. Kita tunggu coto kita pula.

Coto Makassar

Inilah coto kita, Coto Makassar campuran perut dan daging. Nampak 'sunyi sepi ' saja coto kita ni..... ahaks! Mari kita ambil sudu dan  tengok apa isi di dalamnya.



Naaaa..... ini dia Coto Makassar kita! Penuh dengan perut, daging dan lontong. Meriah kan isinya?

Coto Makassar

Untuk rasa yang lebih lazat, jangan lupa perahkan jus limau kasturi dan tambahkan sambal cili padi di atasnya.


Nampak tu? Kita makan habis hingga ke titisan kuah terakhir!


Kita akan terus simpan Madam H Kitchen dalam ingatan.
Kalau ada kesempatan datang ke Tawau, kita akan singgah lagi makan coto di sini.

Coto Makassar.

11 ulasan:

  1. Kalau ada makanan favourite memang tak sempat nak fikir banyak kali Kak Amie. Banyak isinya semangkuk. Tudiaaa licin mangkuk!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni susah sikit nak cari Coto Makassar macam dulu yang cukup rasa dan banyak isinya. Bila dah jumpa tempat yang sedap begini, memang terus masuk dalam list akan repeat lagi.

      Padam
  2. Ingatkan tersalah eja nama menu. Rupanya betul nama Coto.Eh uniknya nama menu kat Sabah ni yea..Uiii nampak sedap sungguh tu. Licin. haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coto dan soto dua nama yang beza. Soto kuah jernih, coto kuah pekat.

      Padam
  3. Betul lah walau dimana berada jika makanan peberet ada....hah memang order tu je lah. Meriah isi dalam mangkuk amie tu.

    BalasPadam
  4. Nasi ayam firdaus memang ada lodeh ya. emmm ganti sup ke apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang style hidangan di situ kot, ada sayur lodeh.

      Padam
  5. Nampak sangat menarik dan mengancam.. Kalau dekat, mahu gi terjah nie.. Teringin nak rasa Coto Makassar tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time rasa coto makassar macam pelik sikit sebab beza rasa dengan soto biasa. Lama-lama jadi menu kegemaran pula.

      Padam
  6. coto makassar akak tu dari jauh nampak alim, sekali kita cedok fuhhhh penuh isi nya

    BalasPadam