Pages

Selasa, 8 Mac 2022

Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat

Kita lupa-lupa ingat dari mana asal mulanya kita menyertai projek Antologi Puisi & Keindahan Setempat (Negeri Sabah) ini. Namun begitu kita ucapkan jutaan terima kasih kepada penyelenggara Pn. Fauziah Hj. Moksin yang sentiasa melayan peserta termasuk kita dengan penuh budi bahasa. Alhamdulillah, akhirnya selesai juga sajak dan pantun yang kita kerjakan untuk terbitan KISMy. (Komuniti Menulis Malaysia)


Para peserta dikehendaki mematuhi syarat penyertaan dengan menghantar karya:
  • Dua buah sajak.
  • Salah sebuah sajak perlu diterjemahkan dalam loghat / dialek  mengikut negeri masing-masing.
  • 4 rangkap pantun.
Untuk sajak terjemahan ke loghat / dialek tempatan, Amie pilih terjemahan ke bahasa Melayu Cocos. 


Kami menghadiri taklimat secara maya untuk mendapat pendedahan Bimbingan Penulisan Mega Antologi Puisi Keindahan dan Keistimewaan Setempat (Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan). Kami dimaklumkan, setakat ini hanya antologi puisi dari zon Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan sahaja yang masih dalam proses pencetakan. Buku-buku dari zon lain sudah siap dicetak dan ada yang sudah sampai ke tangan penulis.

Sementara menanti kerja-kerja pencetakan untuk zon kami siap, marilah kita melihat-lihat dahulu buku-buku antologi negeri-negeri lain. Khabarnya ada 14 buah antologi untuk terbitan kali ini.

Terengganu : Iman Mengguyur Selaut Syukur


Kelantan : Serambi Budaya Berkolek Warisan

Johor : Citra Nuansa Tanah Jauhar

Perlis: Permata Utara Tinta Kayangan

Negeri Sembilan : Lubuk Akal Lautan Budi

Perak : Gangga Negara Bumi Lestari

Melaka: Haruman Budaya Ujana Warisan

Pahang: Serodong Warisan Makmur

Pulau Pinang : Kilau Aorora Pulau Mutiara

Kedah : Mengakat Tradisi di Hamparan Budi

Wilayah Persekutuan : Coretan Pelabuhan ke Nukilan Urban

Sarawak: Ufuk Damai di Bumi Kenyalang

Sabah : Suara Bayu di Puncak Biru

Seumur hidup kita hanya dua buah sajak sahaja yang pernah kita hasilkan iaitu:
Harga Sebuah Puisi tersiar dalam Barita Harian.
Cerita Ombak Kepada Pantai tersiar dalam Daily Ekspress.
Dengan menyertai antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat, bertambahlah dua buah puisi lagi. Penghasilan puisi kita ini mengalahkan siput mengesot. Sempat mati beberapa keturunan siput....  ahaks!

10 ulasan:

  1. KAK JOIN ANTOLOGI PUISI SELANGOR PUAS RUJUK GOOGLE BUKU N KAWAN2 CARI LORAT MELAYU SELANGOR

    BalasPadam
  2. SA ada kawan yang minat sanagt puisi....jiwanya mmg dengan puisi..kalau ada event dia mesti akan join

    BalasPadam
  3. Semoga akak terus maju dalam penulisan puisi...

    BalasPadam
  4. Bagus juga ada penghasilan puisi setiap negeri. Semoga kak Amie terus berkarya dan hasilkan puisi puisi hebat.

    BalasPadam
  5. Makin tajam bakat Kak Amie ni, tak semua insan ada bakat berpuisi dan bersajak.

    BalasPadam
  6. Warna dan ilustrasi setiap buku memang menarik. Alahai tidak siap lagi percetakan buku Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

    BalasPadam
  7. Seronoknya andai dapat kumpul semua cukup satu set.
    Semoga Kak Amie terus bersemangat dan punya inspirasi untuk berkarya!

    BalasPadam