Pages

Selasa, 8 Mac 2022

Asam Pedas Ikan Pari

Rindu rasanya hendak bersilat di dapur. Hendak sediakan sarapan pagi, masuk dapur sudah tersedia bungkusan makanan. Menjelang tengahari, kita rajin minta tolong abang angkat Abang Farid (Foodpanda) hantar makanan. Akhirnya dapur semakin sepi. Hari ini kita teringin nak makan asam pedas ikan. Telefon Encik Suami kalau-kalau balik kerja nanti boleh singgah beli ikan. Kalau boleh belilah ikan pari. Kita pesan lagi, belilah sekali kacang bendi. 

Encik Suami bawa pulang ikan pari dan ikan bolu. Kita terus masak Asam Pedas Ikan Pari. Oleh kerana tidak ada bunga kantan dan daun kesum, kita gunakan saja serai dan daun limau purut.

Ikan pari yang dibeli jenis yang tidak berbau, dan isinya sangat lembut. Kita bubuh kacang bendi banyak-banyak, jadi sekali harunglah namanya masakan ikan dengan sayur! Kacang bendinya pun saiz kecil comel!

Asam Pedas Ikan Pari


Bahan-bahan:

  • 500 gram ikan pari - potong ikut saiz yang disukai - cuci bersih - toskan
  • 15 biji kacang bendi - cuci dan toskan hingga kering - buang tampuk dan ekor
  • 2 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun limau purut - buang tulang belakang
  • 2 keping asam gelugur
  • 4 cawan air
  • 4 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil gula Melaka
  • garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  2. Masukkan gula melaka, asam gelugur dan air.
  3. Biarkan kuah mendidih.
  4. Masukkan ikan dan kacang bendi.
  5. Setelah ikan masak, masukkan daun limau purut serta perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Kacau sekali dua, biarkan seketika dan kemudian padamkan api dapur.
Asam Pedas Ikan Pari

Kita sengaja tumis rencah asam pedas dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Waktu itu aromanya pun semerbak satu ruang dapur. Puas hati sebab sampai terbersin beberapa kali!

24 ulasan:

  1. Baru hari tu pekena asam pedas claypot di Kota Laksamana, Melaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, sedapnya asam pedas claypot! Saya pernah makan di Sungai Sembilang, Jeram, Selangor.

      Padam
  2. Nampak menyelerakan asam pedas akak.. saya jugak tak masih belum berjaya utk hasilkan asam pedas yang sedap..😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tu Syikin. Kadang-kadang kita rasa tak sedap sebab air tangan sendiri, tapi biasanya orang lain yang makan, terasa sedapnya.

      Padam
  3. Pekat kuahnasam pedas menyalut ikan...pasti nikmat makan air tangan sendiri..Silat cekak ke silat kuntau cikgu?🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiga kali terbit minyak, tambah air lagi barulah masukkan ikan. Ikut style permaisuri agung punya masakan asam pedas hahahaaa.
      Silat periuk belanga mama Cella.

      Padam
  4. Sy suka bendi tu
    kalau mak asam pedas letak byk2
    nmpk sungguh menyelerakan skali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan asam pedas bubuh kaang bendi banyak-banyak. Masak sekali harung, tak payah masak sayur lagi dah.

      Padam
  5. my fav ni..dapnye. suka bendi banyak2 jugaks...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asam pedas memang tak boleh tolak tepi hihihiii.

      Padam
  6. Sedapnya asam pedas ikan pari...SA susah nak jumpa ikan pari yang segar, klau ada mesti ada bau lain dan rasa dia macam hancing...tapi kalau makan kat kedai ok plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada jenis-jenis ikan pari. Ada yang bau hancing dan ada yang tak berbau.

      Padam
  7. ASAM PEDAS IKAN PARI MESTI XTOLAK TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak PI.
      Kalau makan di kedai pun, nampak asam pedas ikan pari mesti nak ambil seketul!

      Padam
  8. Pandai en suami akak pilih ikan pari, kalau dana suruh edy musti ikan pari yg keras dan berbau yg dapat huhuhu... sdpnya asam pds pari,lama tak makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di LD memang jarang di pasar jual ikan pari yang berbau Dana. Mungkin ada jenis yang berbau. Banyak kali beli memang tak berbau terutama yang macam bau hancing tu. Penjual ikan akan beritahu nama ikan pari, contohnya ikan pari ayam memang tidak berbau.

      Padam
  9. Kuah asam pedas kak Amie letop betul. Ada depan mata ni tak sabar nak cuba rasa. Sedap letak kacang bendi. Suka jugak ratah kacang bendi macam makan ulam.

    BalasPadam
  10. Mengancam asam pedas kak Amie..

    BalasPadam
  11. sedapnya. lama tak buat di rumah

    BalasPadam
  12. Nampak menyelerakan betul asam pedas ikan pari ni . Memang salah satu favourite ccl

    BalasPadam
  13. Aduhhh.. pagi2 nampak asam pedas. Sy suka bendi 😍

    BalasPadam
  14. Asal jadi asam pedas. Suka juga asam pedas letak daun limau purut.

    BalasPadam
  15. Ya Allah... terliur tengok asam pedas Kak Amie

    BalasPadam
  16. lama tak mkn asam pedas ikan pari. sedapnya nampak...

    BalasPadam