Pages

Sabtu, 12 Februari 2022

Singgah Makan di Q Baik

Setelah selesai shopping dan Encik Suami hantar barang ke kereta, kita berdua dengan Firdaus mencari tempat makan. Kebetulan laluan kami melintasi Q Baik, restoran makanan timur tengah yang ada onion rings kesukaan Firaus. Masuk sahajalah ke situ. Sebenarnya perut kita masih terasa kenyang makan tengahari  di Tuk Tuk Tomyam.

Selain onion rings, Firdaus minta set ayam goreng 3 ketul. Bukan 2 ketul, tapi 3 ketul. Habis tak dia makan nanti ni? Bukan setakat ayam goreng sahaja tetapi didatangkan bersama sebiji roti, kentang goreng dan salad serta minuman coke.

3 PC Q Baik Chicken Set


Nampak macam sedap sangat budak ini makan onion rings. Hairan sungguh! Tak jemukah makan onion rings selalu?

Simpan video makan onion rings di sini untuk kenangannya.



Habis satu bekas onion rings, dia makan ayam goreng pula.


Kita yang tengok dia makan pun dah rasa kenyang!

Cara Firdaus makan memang menggoda selera yang melihatnya!


Eh, asyik tengok Firdaus makan sampai terlupa hidangan di depan mata!
Seperti biasa, malam itu kami minum Dam Chai Tea, dan diberikan pula segelas Suleimani Tea. Walaupun ada minuman coca cola dalam set ayam gorengnya tetapi Firdaus minta minuman mango peach.



Bukan hanya segelas besar kami dihidangkan Suleimani Tea, tapi kemudian dihantar lagi dua gelas kecil di atas meja. Apa tidak penuh perut, sudah minum Dam Chai Tea, sambung Suleimani Tea pulak!


Kita makan Basbousa, sejenis kek semolina.



Encik Suami pula makan Nasi Aran Lamb Umami.


Besar saiz lamb umami.



Encik Suami tak habis makan Umami Rich Lamb Curry, jadi kita tolonglah makan sedikit.

10 ulasan:

  1. onion ring nya besar dan menggiurkan kak amie...

    mbul ingin icip nasi berbulir panjang khas negara timur tengah...yummy ! ☺😍

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaaaaa.....tengok Daus makan terus rasa lapar perut ni ha...dari pagi tadi cramp perut...hehehehe

    BalasPadam
  3. Tudiaaaa..tengok Daus makan memang menggoda sungguh.Rasa nak minta sikit onion ring tu..hihihi

    Pasti sedap kombonasi basbousa cake vs Suleimani tea tu...mmmm kita suka kek tu

    BalasPadam
  4. alamak.... menggoda lah ayam goreng tu!

    BalasPadam
  5. Tapi memang onion rings tuh tak pernah bosan nak makan 😄👍. Sayapun bisa habis banyak kalo dah makan onion ring kak Amie.

    Sungguh menggoda laaah ayam goreng firdaus 😍😍. Tapi lamb pesanan akak pun sama terlihat sedap 🤤

    BalasPadam
  6. Suka betul Firdaus makan onion ring tanpa jemu. Favourite sungguh tu. Makan ayam goreng pun berselera tengok. Yelah Kak Amie, tengok dia makan pun kita yang rasa kenyang. Hihi..banyak portion nasi tu. Kalau dah minum air dulu bertambah kenyang jadinya.

    BalasPadam
  7. Melayan firdau makan. Nampak sedap onion ring tu patut dia suka

    BalasPadam
  8. Aduh Daus onion ring, ayam goreng pulak ya.... pastu kambing kari tu aduh menggodanya kak oi

    BalasPadam
  9. Kalau sudah menjadi kegemaran makan selalu pun tetap nak lagi. rasa lapar lah pulak tenguk daus makan

    BalasPadam
  10. besar-besar jgk saiz ayam goreng dia..

    BalasPadam