Pages

Sabtu, 12 Februari 2022

Sarapan Pagi di Holiday Inn Express

Hari Rabu, 2 Februari 2022. Awal pagi lagi kami sudah bersiap untuk sarapan pagi. Kata Encik Suami, selewat-lewatnya pukul 8 pagi sudah bergerak meninggalkan Kota Kinabalu. Lebih kurang pukul 7 pagi kami turun ke bawah, dan kelihatan tempat makan sudah mula dipenuhi orang ramai. Kami pun mencari tempat duduk sampai di bahagian hujung ruang makan.



Kelmarinnya, selepas daftar keluar dari Stanton Hotel kami sempat bervideo call dengan anak-anak. Fuad sempat bergurau, katanya nanti kalau dia akan taja kami menginap di Hotel Hilton Kota Kinabalu. In syaa Allah Fuad. Mudah-mudahan kami sentiasa sihat dan panjang umur sehingga tertunai hasrat Fuad itu. Belajar rajin-rajin. Tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran kerana tahun ini merupakan tahun akhir Fuad belajar di UTHM.

Pemandangan Hotel Hilton dari lobby Holiday Inn Express.

Kebetulan pula, tempat penginapan kami berhadapan dengan Hotel Hilton seperti yang Fuad maksudkan. 

Wokey!
Jom sarapan pagi.


Macam-macam menu yang disediakan di sini. Amie tidaklah boleh penuhkan perut sebab selepas ini akan meneruskan perjalanan. Susahlah kalau perut meragam dan sebagainya. Ambillah sekadar alas perut saja.







Nampaknya Encik Suami makan macam-macam termasuk mi goreng dan nasi lemak.
Tak tahu apa yang Encik Suami pilihkan minuman untuk Firdaus. Nampak macam sedap jew budak ini menyudu ke mulutnya.


Apa yang sedang dikacau tu dik?
Mungkin coco crunch atau cornflakes.




Amie ambilkan Firdaus nasi lemak dengan sosej.
Kita ambil rebusan air longan kering dengan white fungus dan kurma merah.

Longan kering dengan white fungus dan kurma merah.


Sarapan pagi kita, tomato, kentang, kacang panggang, telur hancur dan sosej.


Kita hirup sup jagung yang sedap!

Croissant & pai epal.

Terakhir, kita ambil croissant dan pai epal. Pai epal itu sedap sangat! Encik Suami makan dua ketul. Kenapalah kita makan seketul jew? Ketika menulis entri ini teringat-ingatlah keenakan pai epal itu!

9 ulasan:

  1. Holiday inn expresss Kinabalu nih lebih lengkap lah varian breakfast ya kak. Berbeda dengan holiday inn express di Jakarta yg breakfastnya tak banyak macam. Saya suka liat Apple pie nya, dan white fungus tuh, healthy sangaaat 😍👍

    BalasPadam
  2. Tulah, Kak Amie.. biar menyesal makan banyak dari menyesal tak ambil lebih, hehehehe.

    Hidangan di Holiday Inn tak pernah mengecewakan. Seronok bercuti, tak payah masak, makanan semua disediakan, lepas makan boleh tinggal, hihi.

    BalasPadam
  3. Tengok Daus makan semua nampak menyelerakan...
    Lama tak dengar khabar Fuad.Semoga dimudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan cemerlang dalam pengajian.
    Nanti Fuad sponser boleh makan apple pei yang sedap ye cikgu...Semoga termakbul doanya...amiin

    BalasPadam
  4. Paling suka makan buffet kat hotel...baru ni ada makan gak...Adam belanja...nanti SA update ye kak...hehhe...gambar x banyak...curi- curi je ambil sebab segan...

    BalasPadam
  5. Banyak pilihan makanan breakfast kat hotel ni. Walaupun ramai tak sesak nak ambil makanan. Bila berjalan ni saya pun lebih memilih makanan simple simple je. Perut meragam nayaa nanti.

    BalasPadam
  6. Suka tgk firdaus makan Dan minum nampak sedap

    BalasPadam
  7. Apalah yang di minum Daus tu sampai comot mulutnya... sedap nampaknya tu

    BalasPadam
  8. mksudnya kena dtg menginap di sini lg la kak amie, untuk merasai keenakan pai epal tu lagi. hehe

    BalasPadam