Dalam perjalanan dari LD ke Tawau, Amie minta Abang Farid buat tempahan di Hotel LA tetapi katanya semua penuh. Abang Farid cuba cari di hotel lain, dan kami dapat dua bilik di Shervinton Executive Boutique Hotel.
Selepas makan tengahari di Restoran Sri Titingan kami terus daftar masuk ke hotel.
Oleh kerana family room sudah habis, jadi kami terima sahajalah pilihan yang ada.
Yang penting kita rasa selesa di dalam bilik sebab pada sebelah malamnya kita hendak menyiapkan tugasan.
Sebenarnya kami pernah menginap di sini beberapa kali. Kali pertama sewaktu menghadiri majlis persandingan anak buah kami, lebih sepuluh tahun lalu. Seterusnya sewaktu bercuti bersama anak-anak. Waktu itu Abang Farid masih bersekolah menengah. Dan terakhir sewaktu Firdaus dalam perut. Maknanya, hampir 9 tahun jugalah tidak ke sini.
Ada teh dan kopi disediakan untuk minum-minum.
Tunggu sahajalah tukang bancuh air masak air panas.
Yang bestnya sebab ada dua biji bantal extra dalam almari!
Bilik air pun luas.
Sudah tentulah Firdaus yang suka berlama-lama duduk dalam bilik air!
Selepas solat dan berehat seketika, kami hendak ke Pasar Tanjung beli oleh-oleh untuk Abang Farid bawa balik ke Malaya. Sementara menunggu semua bersiap, Firdaus berkunjung ke bilik Abang Farid.
Nampak selesa kan.
Kita suka melihat corak batik pada dinding hotel.
Corak batik ini bukan sahaja terdapat pada ruangan menunggu lift, tetapi juga di sepanjang dinding tangga.
Dan di lobby hotel juga.
Jom Firdaus, kita jalan-jalan ke pasar. Selepas jalan-jalan ke pasar, kami cari sate pula. Kemudian singgah McD.
Sekarang kami sudah berada di hotel semula.
Abang Farid sempat belikan makanan di McD. Bolehlah Amie makan sambil siapkan kerja.
Tidak lama kemudian Firdaus ketuk pintu bilik. Budak kecil ini asyik mencari kakak Aseeyah, dan hampir pukul 10 malam barulah masuk semula ke bilik kami. Abang Farid hantar.
Kita belum sempat makan sebab sibuk menaip. Abang Farid dan Firdaus kata perutnya lapar. Bolehkah kami makan makanan mommy?
Makan sajalah apa yang ada, kata kita.
Amie hanya hirup teh sahaja. Apabila Abang Farid kembali ke biliknya dan Firdaus tidur, kita pun buka kotak. Hilang semua isinya. Burger atas piring pun lesap! Yang tinggal hanyalah Kek Pandan Gula Melaka dan Apple Pie!
Kek Pandan Gula Melaka |
Kita pun makan sajalah kek dan apple pie. Bolehlah buat alas perut sebab sambung siapkan kerja sehingga pukul 2:30 pagi.
Nun di hujung sana, King Park Hotel tempat penginapan Amie bersama kawan-kawan setiap hujung tahun. Barisan hadapannya ialah Hotel Istana.
Di sebelah Hotel Istana itulah Hotel Shervinton.
Shervinton Executive Boutique Hotel |
Berhadapan tempat penginapan kami ialah Prince Hotel.
Sebelah Prince Hotel ialah Heritage Hotel dan hujung sekali Monaco Hotel. Dua blok bangunan di sini memang hotel belaka.
Wahhhhh sepanjang jalan tu macam-macam hotel ada ye kak, cantik dalam bilik dan deco nya
BalasPadamHaaa'aa kebetulan dua blog berdepan ni hotel saja. Ada juga hotel sebuah-sebuah bangunan tapi di tempat lainlah pula.
PadamMudah nak cari hotel kalau ad yg penuh boleh teruz ke sebelah-sebelah kak.
PadamFirdaus ni memang tak dapat dipisahkan dengan kak ipar nya ya kak.... syg betul kat kakak ipar baru nya tu. Sampai pukul 2 lebih akak nyiapkan tugas kalau dana tak tahan mata
BalasPadamMemang sayang sangat dia dengan kakak iparnya tu.
PadamInilah akibatnya astik jalan sana-sini hihiii... akhirnya kerja tak siap. Terpaksalah usung sana sini juga. Esok paginya sepanjang jalan dari lapangan terbang Tawau ke LD, memang terlenalah kita di sebelah driver.
Mujur jauh kalau dekat mesti selalu la Daus ajak kakak ipar datang rumah, sudah semalaman berjaga sampai kul2 kene la ganti tidur kak... kalau tak, tak best nak jenjalan
PadamNasib baik tinggal kek onde2, kalau tidak mahu bertembung dengan uncle gedek depan batu belah batu bertangkup, hihihi.
BalasPadamKami setiap kali ke hotel, Iman la yg kena bancuh air panas, hehehe.
Kah kahkaaahhhh! Itulah pasal... tak jumpa alamat batu belah batu bertangkupnya SK. Tak berdaftar dengan waze lah tu.
Padamsuka tengok cermin bulat tu
BalasPadamJarang ada cerin bulat di hotel kan Syaz.
PadamBila tak ada hotel lain, terpaksalah menginap mana yang available. Asalkan ada tempat untuk bermalam. Biliknya okay kemas, cantik dan selesa. Rapat betul firdaus dengan kakak Aseeyah. Tak puas bermanja lah tu. Macam biasa makanan mommy dihabiskan. Mujur ada kek sedap :)
BalasPadamHotel dekat dekat je situ.
Ha... luculah anak-anak ni. Kata dah kenyang tapi bila nampak makanan kita dirembatnya juga. Ye, dua blok bangunan di sini memang kebetulan dijadikan hotel.
Padamcantik semua hotel2
BalasPadamdalam pun
Ya, cantik luar dan dalam.
PadamNampak selesa biliknya..
BalasPadamRapat-rapat kedudukan hotelnya ye Amie..
Ya, di kawasan ini kedudukan hotel rapat-rapat begitu. Senang nak pilih.
Padamoh..ni hotel yang kak Amie bagi cloth bag tu ye. cantik dan simple.
BalasPadamBukan Sal. Ini Hotel Shervinton di Tawau. Cloth bag tu Hotel Stanton di Kota Kinabalu.
Padambanyak jgk hotel kawasan situ ya..
BalasPadamBanyak Syu hotelnya. Senang nak menginap. Hotel lain dari sini pun banyak.
Padam