Pages

Jumaat, 4 Februari 2022

Makan Tengahari di Restoran Sri Titingan Tawau

Abang Farid sudah tentu akan mencari makanan laut kalau balik bercuti di LD. Sayangnya restoran kegemarannya tutup pula. Harap-harap dapatlah menjamu seleranya di Tawau pula. Kami bercadang untuk menginap satu malam di Tawau sebelum keesokan paginya hantar Abang Farid dan Aseeyah ke lapangan terbang.  Ini cerita lama, 8 Januari bergerak ke Tawau, dan 9 Januari mereka terbang ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, tengahari Sabtu itu kami dapat menjamu selera di Restoran Sri Titingan yang terletak di Bandar Fajar Baru, Tawau.

Udang Goreng Butter Kering, menu kesukaan Abang Farid.


Kami memesan satu jug jus mangga.
Sedap, lemak manis!


Sebelum hidangan sampai, Firdaus sempat habiskan semangkuk kecil aiskrim.

Ikan Kukus Halia

Taufoo Telur

Udang Goreng Butter Kering

Ketam Masak Kam Heong
 
Tom Yam Seafood

 
Alhamdulillah. 
Sebelum terbang dapat makan makanan laut.

17 ulasan:

  1. Terbeliak mata Daus belakang jug jug mangga.

    Alhamdulillah, dapat Abang Farid dan Kak Aseeyah menjamu selera makanan laut sebelum terbang ke Malaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap betul jus mangga tu SK. Tu pasal matanya jadi begitu kihkihkihhhh!

      Padam
  2. Alhamdulillah daoat juga makan makanan laut walaupun bukan di restoran favourite

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di LD, Abang Farid suka makan di Restoran Aman Santai. Kalau di Tawau, inilah restoran yang kami selalu singgah.

      Padam
  3. Daus memang tak boleh dipisahkan dengan kakak Aseeyah nya ya... makan pun di duduk tengah. aduh sedapnya semua menu seafood tu kak oi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Dana, di mana ada Aseeyah di situlah Firdaus menyelit. Memang sayang sungguh dia.

      Padam
    2. Mesti dia yang paling sedih bila kakak Aseeyah nya kene balik semenanjung kN

      Padam
    3. Selepas Abang Farid check in, saya suruh cepat-cepat masuk di bilik menunggu dengan Aseeyah. Waktu itu Firdaus dah mula banjir, tapi sebab mereka dah masuk dalam kami pun terus keluar dan balik LD. Tak sempatlah nak berdrama air mata hihihiii.

      Padam
  4. Waduh...tergoda sungguh butter prawn tu..
    Jus mangga...🥭🥭🥭
    Daus ni makan boleh tahan juga tapi mantain slim...Ilmu dari aunty SK ke..makan makan kurus🤣

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki Abang Farid dapat makan seafood sebelum balik Malaya. Kenapa Firdaus jegil mata tu kak Amie. hihi..

    Sedap udang goreng butter kering tu. Suka makan telur goreng halus halus tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saja jew tu buat mata begitu hihihiii.
      Betul tu Fizah, makan telur goreng halus dengan nasi pun sedap!

      Padam
  6. Air mangga itu sangat menggoda selain ketam yang merah.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sedap betul jus mangga tu. Habis satu jug kami kerjakan.

      Padam