Pages

Sabtu, 5 Februari 2022

Jalan-Jalan Cari Makan di Tawau

Dalam perjalanan ke Tawau, Firdaus asyik mengingatkan kami  singgah di McDonald. Di LD belum ada McDonald. Dengar ceritanya sudah ada tapak, tapi belum nampak  ada apa-apa perkembangan. Jadi kalau jalan-jalan ke Tawau atau Semporna, barulah boleh jumpa McDonald. Kita pula nak makan Satay Cocos Haji Ali. Jadinya, kita cadangkan pergi dahulu ke restoran Satay Cocos Haji Ali, dan kemudian singgah di McDonald.

Kita sudah terbayang-bayang keenakan sate kambing!

Sampai di restoran, sate kambing sudah habis!
Jadi, pesan sajalah sate ayam dan sate daging.


Suasana di dalam restoran.


Menarik juga hiasan dalamannya.


Sate pun sampai.
Jom makan.


Kita makan soto ayam.
Encik Suami nak makan gogos, tapi tak ada pula. Maklumlah kami datang waktu malam, mungkin sudah habis.


Makan sate ayam, sate daging dan nasi himpit.


Abang Farid kata, tak kenyang makan sate.


Tambah lagi 10 cucuk sate ayam.
Selepas itu kami singgah pula di McDonald.


Paling teruja sudah tentulah budak kecil itu.


Kita ajak Aseeyah makan kek.
Aseeyah pilih Apple Crumble Cheesecake.
Kita pilih Pandan Gula Melaka Cake.

Apple Crumble Cheesecake

Pandan Gula Melaka Cake


Abang Farid sudah kekenyangan makan sate. Firdaus pula sempat meratah ayam goreng.


Sekian, coretan di pagi Sabtu.

16 ulasan:

  1. Apa beza satay cocos ngan sate lain ye? Kot la ada perbezaan hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beza nama saja. Rasanya sama saja dengan sate yang lain. Sate Cocos yang buat / jual orang Cocos.

      Padam
  2. Gogos tu apa pulak, Kak Amie?

    Hari tu, Iman pun beli Apple Crumbles CC di McD. Selalu nampak Onde2 Cake tu tapi tak pernah try yg McD.

    Wah.. tengok perut Abg Farid dah ke depan tu 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gogos tu macam pulut panggang tapi saiz besar. Orang Cocos sebut gogos.
      Hahaaa... ada kemajuan nampaknya Abang Farid ye.

      Padam
  3. Nampak sedap satay dia...
    Cocos tu orang ye.. Ingatkan something.. Banyak betul belajar benda baru kat blog Kak Amie..

    BalasPadam
  4. Uish.. sedihnya tak dapat satay kambing.. sha pun suka satay kambing..
    Kek pandan mcdonald tu okaylah.. Apple crumble tu tak pernah cuba lagi..

    BalasPadam
  5. skrg ni wak suka layan video youutuber tawau ustaz vitaminbae ituu., ;p suka tgk dia tolong org2 susah di tawau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Wak. Jiwa sukarelawan rupanya Wak ni.

      Padam
  6. Makan sate kalau makan sikit tak kenyang rasa. Dapat jugak Firdaus makan McD. Nanti dah ada kat LD tak payah pergi jauh jauh ke Tawau. Teringin pulak makan kek pandan gula melaka tu. Yang apple crumble tu tak pernah rasa lagi. Dapat kopi McD pun sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Fiza, perut dah biasa terima karbohidrat apabila masuk protein sahaja memang tak kenyang. Apple crumble tu sedap Fizah.

      Padam
  7. nyum..Firdaus nampak berselera dapat makan McD. Semoga nanti cepat-cepat bukak di LD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Sal... ada McD di LD tak perlulah tunggu nak rentas daerah sampai ke Semporna atau ke Tawau.

      Padam
  8. Baca nama makanan yang En Majid nak makan tapi tak ada tu....terus Google "gogos"...
    Yang keluarnya,kumpulan rock🤣🤣🤣
    Tukar keyword"makanan-gogos"..ok,now dah tahu..gogos tu pulut panggang🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gogos tu besar-besar saiznya Mama Cella. Dua tiga kali ganda saiz pulut panggang.

      Padam