Beberapa bulan yang lalu, kawan-kawan kaki jalan kita mendaki Bukit Balacon. Amie pun lupa entah kenapa Amie tak ikut serta. Yang Amie ingat mereka sempat singgah sarapan pagi di warung Simpang Jeroco. Pesan kawan-kawan Amie, kalau lalu Simpang Jeroco, jangan lupa cuba makan bakso di situ. Menurut mereka bakso di situ sedap!
Jadi, ketika kereta melepasi Simpang Batu 32 Sandakan, Amie pun ingatkan Encik Suami agar berhenti seketika untuk minum petang di Simpang Jeroco. Sampai di Simpang Jeroco, agak peninglah juga mencari warung bakso yang dimaksudkan kawan-kawan itu. Kebanyakwarung menjual sayap ayam dan tokeng ayam panggang serta pulut panggang. Ada juga gerai yang menjual buras serta ayam palekko' dan tidak kurang juga gerai yang menjual goreng-gorengan seperti pisang goreng.
Ketika berulang-alik melaui gerai-gerai makan di tepi jalan terdengar satu suara wanita dari gerai buras dan ayam palekko bertanya: Mau cari apa? Kami jawab: Warung bakso.
Oooo, pergilah ke seberang jalan. Warung bakso ada di hujung.
Kami menuju ke warung yang dimaksudkan. Tuan warung nampak peramah. Kalau tak silap ada nama warung itu iaitu Warung Handal. Ejaan Handal dijarakkan dengan huruf n di hujungnya. Mungkin ejaannya bermaksud Handalan tetapi tercabut atau hilang huruf a.
"Ada bakso. Ada coto. Marilah masuk sini. Boleh pilih apa yang mau dimakan," pelawa tuan warung tadi.
Oleh kerana terdengar ada coto, Amie pun tidak jadi nak makan bakso. Amie minta coto. Encik Suami dan Firdaus minta bakso.
Coto Makassar |
Coto Makassar & Bakso |
Kuah Coto Makassar kelihatan berwarna putih. Biasanya kalau kuah warna putih, kacang tanah yang digunakan sudah dibuang kulit. Kalau dikisar bersama kulitnya, warna kuah lebih gelap. Isi coto pula banyak, campuran perut dan daging. Apabila hirup kuahnya, rasa sangat sedap. Jadi kita pun ambil buras dan makan bersama coto tadi.
Buras |
Coto Makassar |
Ooh begini rupa coto makassar.
BalasPadamBuras, serupa burasak bugis ya? Nasi.
Buras tu ada yang sebut burasak juga, makanan tradisi masyarakat Bugis.
PadamTerliur pulak tengok Coto Makassar petang2 begini. Memang nyata berbeza coto dan soto ya.
BalasPadamCoto & soto memang berbeza.
Padamalahai kecur liur tengok coto, baru ini balik tak sempat pergi makan coto.
BalasPadamJarang-jarang dah orang jual coto. Nak makan pun puas mencari tempat orang jual.
PadamBelum pernah makan coto tapi dari gambar ni nampak enak betul.
BalasPadamKalau betul cara olahannya memang sedap PH.
PadamHaah memang murah.
BalasPadamAla belum pernah makan coto. Hehe patut Puan Amie rasa sedikit bakso suami untuk tahu sedap atau tidak.
Kan... tapi waktu itu sibuk hirup coto heheheee.
PadamDengar coto makassar terus lupa tujuan sebenar nak makan soto. Hihi..Nampaknya bukan bakso je sedap, coto pun sedap kat gerai tu. Tak rugi singgah, dapat merasa makan coto sedap.
BalasPadamCoto Makassar tu rasanya lebih kuat berbanding bihun sup. Ditambah sambal dan perahan jus limau kasturi....pergghhh! Sudahlah kuah panas, memang meleleh heheheee.
PadamMoga ada rezeki makan di sini lagi. Kalau jauh tak dapatlah pergi selalu
BalasPadamJauh juga Sal. Tapi kalau nak juga jauh pun redah saja.
Padammurah gila harganya kak... dahla isi coto nya banyak
BalasPadamCoto tu nampak macam lontong lah pulak sebab kuah lemak. Tapi isi dalam lain dari lontong. mesti sedap ni
BalasPadammurahnya harga dia. kalau di kk semangkuk bakso rm8 paling kurang.
BalasPadam