Pages

Jumaat, 4 Februari 2022

Oleh-Oleh Dari Selatan

Kelmarin, lebih kurang pukul 12 tengahari ketika kami sedang dalam perjalanan di Telupid menuju ke Lahad Datu,  dapat panggilan telefon daripada staff J&T. Katanya, ada bungusan untuk kita dan sudah ada di depan pagar rumah. Amie mohon jasa baiknya supaya serahkan kepada jiran sebelah.

Alhamdulillah. Terima kasih buat jiran yang baik hati kerana sering membantu kami terima bungkusan pos ketika kami berpergian. Jom kita buka bungkusan Oleh-Oleh Dari Selatan ini. Siapa agaknya insan yang membuat kiriman kejutan ini.... ahaks!

Oleh-Oleh Dari Selatan


Taraaaa... I
Ini dia oleh-oleh dari selatan tanahair.
Cuba teka, siapakah pengirimnya?

Seronok sangat dapat kiriman dari seseorang. Tak kiralah apa yang dikirim sebab yang penting sudah tentulah perasaan teruja dan gembira apabila menerima kiriman tersebut. Rasa terharu sangat sebab kita salah seorang yang sentiasa dalam ingatannya.... kah! Perasan lebih-lebih sudah ni.

Jom lihat apa yang dikirmkannya?

Rempah Mee Bandung Mak Pon
Rempah Soto Mak Pon

Terima kasih daun keladi buat pengirimnya yang sangat baik hati. Kita terima:

  • 2 bungkus Rempah Mee Bandung Mak Pon 400g
  • 2 bungkus Rempah Soto Mak Pon 250g
  • 1 bungkus mee siput

Teruja sungguh dapat keropok  mee siput. Buat pertama kali melihat dan menggoreng keropok mee siput. Pada mulanya Firdaus tegur, katanya itu mee kering. Kita cuba goreng. Eh, mengembang macam keropoklah! Keropoklah tu kan. Amie makan cecah sambal belacan. Firdaus makan cecah sos cili Thai. Apabila tanya Pak Google, rupanya sedap dimakan dengan sambal tumis. Tak apa, masih banyak lagi bakinya yang belum digoreng. Nanti boleh buat sambal tumis pula untuk cecah dengan keropok mee siput.


Pagi-pagi lagi sudah menunggu di dapur untuk sarapan pagi. Haaa... kali ini kita sarapan pagi dengan keropok mee siput ye dik.


Sudah dapat teka siapa pengirimnya?
Sudah tentulah datangnya daripada blogger yang tidak kering idea dengan hasil coretannya yang selalu menggeletek kalbu! Kalau berkunjung ke rumahnya, mesti penuh poket hati kita dengan hasil kutipan gelak ketawa, sebab tulisannya yang bersahaja itu sentiasa mengusik rasa.
 
Mari Amie perkenalkan, tak lain tak bukan tuan punya tanah Alam Sari di Tanah Jauhar. Aduhai Seri Kandi Tanah Jauhar, terharu sangatlah orang Lahad Datu terima kiriman yang tak disangka-sangka ini. Mudah-mudahan tambah rezeki SK sekeluarga, dan semoga tambah erat ukhuwah di antara kita walaupun hanya di alam maya, dan terpisah jauh oleh Laut China Selatan.

Nanti Kak Amie buat soto dan mee bandung gunakan rempah kiriman SK itu ya. Tak sabar nak merasa hasil masakan rempah dari selatan!

22 ulasan:

  1. Alhamdulillah..rezeki dari Selatan...dah lama x makan mee siput..

    BalasPadam
  2. hhahaha suka juga makan mi siput cicah sambal... selalunya mi siput ni dia dah sesiap bagi sos sekali...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. syukur3. Seronok tengok Firdaus makan mee siput dan tak sabar tengok masakan dari selatan berada di dapur orang Lahad Datu 😍😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pagi tadi dah goreng, habis dia makan dengan babanya. Petang tadi minta goreng lagi.
      Tunggu ya, kumpul aksesori dulu nak bagi lengkap hidangan dari selatan.

      Padam
  4. Memang makanan Johor sungguh semuanya.
    Saya kalau buat mi bandung memang akan guna jenama mak pon. Kena dengan selera. Mudah pulak nak sediakannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, kalau begitu bunyinya tak sabar rasanya nak masak guna rempah mak pon ni.

      Padam
  5. Bestnya kam dapat ole-ole dari semenanjung, mee siput goreng sedap cicah dengan sambal merah... tak sedar bila dah mengunyah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Esok nak goreng lagi, nak buat sambalnya.

      Padam
  6. Alhamdulillah...
    Wah,senyap2 ek dia pos..tak ajakkkk 🤭
    Lepas ni tunggu mee kari versi LD..

    Saya ingatkan keropok Indonesia..Rupanya mee siput yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulanya saya pun ingat keropok Indonesia, tapi bila rujuk Pak Google, katanya keropok mee siput buatan Muar.

      Padam
  7. Dah dapat agak kalau katanya dari Selatan. Betul tekaan saya kak SK. Alhamdulillah..semoga bertambah tambah rezeki kak SK. Aaaminn...
    Rezeki kak Amie juga dapat merasa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus makan keropok tak tengok kiri kanan dah tu. Sedap nampak Firdaus makan.

      Padam
    2. First time merasa keropok mee siput tu Fizah. Alhamdulillah, orang memberi kita merasa. Firdaus pun suka makan keropok tu.

      Padam
  8. Alhamdulillah.. meriah isi bungkusannya.. mee siput tu lama betul tak makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puaslah Firdaus makan keropok mee siput tu.

      Padam
  9. Balasan
    1. Samalah dengan Kak Amie Syu.
      Firdaus sangka mee kering, bila google rupanya mee siput.

      Padam
  10. wah ni dari muo ni. Mee siput femes dari muo dan sedap di makan dengan sambal tumis. Tapi kalau rangup makan gitu pun sodap.

    BalasPadam
  11. Pes mee bandong mak pon juga femes dari muo. Ada juga pes mee bandong maharani. Pes asam pedas pun ado. Ada gerai asam pedas mak pon kat area kedai makan kat parit jawa.

    BalasPadam
  12. Mee siput tu kalau ranggup makan gitu je. Aruah bapa saya suka buat bubur chacha campur dengan mee siput yang telah di hancurkan. Ada juga mee siput tu di rendam supaya lembut dan di goreng tapi saya tak pernah cuba. Selalunya habis bila di goreng je. Layan dengan sambal tumis atau sambal kicap.

    BalasPadam