Biasanya kami akan singgah di Tagal Sungai Moroli untuk duduk-dudk santai di tebing sungai sambil taburkan makanan ikan. Ikan pun datang gigit-gigit kaki kita. Dengan kata lain itulah cara ikan urut kaki kita. Masa yang diberikan sangat terhad kerana jumlah pengunjung yang sangat ramai. Lebih kurang 10 atau 15 minit sahaja boleh berada di situ. Pernah sekali kami singgah di Sungai Marakau pula. Tiada had masa ditetapkan untuk berada di situ. Boleh baca entri berkaitan fish massage atau spa fish di bawah ini:
- SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU, RANAU
- JALAN-JALAN TENGOK IKAN DI TAGAL SUNGAI MOROLI, RANAU.
- FISH SPA : BOMBON KAMPUNG MARAKAU, RANAU, SABAH.
Inilah saat yang dinanti-nantikan Firdaus!
Mandi sungai sambil bermain dengan ikan pelian @ ikan kelah yang jinak-jinak merpati. Dihulur makanan dia datang dekat, hendak ditangkap dia lari.
Simpan video kenang-kenangan Firdaus di sini.
Kali ini kami berkunjung pula ke Tagal Kampung Nalapak. Di sini tiada had masa untuk mandi-manda dan bermain-main dengan ikan. Hendak bermalam pun boleh. Khemah dan tempat BBQ turut disediakan. Dan menurut pekerja di situ tagal ini baru sahaja tiga bulan dibuka. Nampak agak lengang dan pengunjung pun tidak ramai. Mungkin ramai yang belum mengetahui adanya tempat rekreasi di sini.
Beli tiket di pintu masuk.
Jalan menuju ke sungai dari jalan besar agak curam.
Firdaus tak sabar nak bagi makan ikan.
Jinak sungguh ikan di sini.
Simpan lagi video kenangan di sini.
Pencinta alam sekitar sudah tentu rasa bahagia melihat kehijauan hutan dan jernihnya air sungai yang mengalir. Kita pun teirngin berlama-lama di sini. Harap suatu hari nanti ada kesempatan untuk bersantai sambil berBBQ di sini.
Melihat ikan berenang di air jernih, terasa ingin berenang bersama-sama!
Tapi biarlah Firdaus menjadi ikannya, kita rakam gambar sahaja. Kalau kita ikut masuk sungai siapa yang hendak tangkap gambar pula.
Di belakang Firdaus itu banyak ikan pelian @ kelah berenang-renang.
Entah berapa bungkus Encik Suami belikan makanan ikan.
Apabila makanan ikan sudah habis, Firdaus cuba tangkap ikan gunakan tangannya pula.
Satu lagi video diselitkan di sini.
Ini Firdaus ketika berumur 1 tahun.
Elok saja kakinya atas badan ikan!
Elok saja kakinya atas badan ikan!
Ini Firdaus ketika berumur 4 tahun.
Takut-takut nak masuk air. Oleh kerana masa yang diberikan sangat singkat, jadi ketika dibuat pengumuman supaya naik ke darat, Firdaus tak mahu. Dia baru merasa seronok masuk air sungai.
Melolong-lolonglah budak kecil ini di dalam kereta sepanjang jalan!
Itu cerita lama tetapi hari ini Firdaus boleh mandi dan bermain dengan ikan sepuas-puasnya.
Jernihnya air sungai, sejuk mata memandang. Duduk sini seharian pun tak sedar masa berlalu. Anak-anak Yaya pun dah berzikir tu nak mandi sungai.
BalasPadamTeruja Firdaus mandi sungai, bukan biasa-biasa tu, berenang dengan ikan-ikan, jinak pula.. Memang menarik tempatnya..
BalasPadamrasa kita pula geli kaki macam kaki kita pula terpijak ikan tu..kalau ikut serta mau kita pun join Daus ni...hahahau
BalasPadamBestnya dapat main dengan ikan macam tu
BalasPadamDaus suka sangatlah
kalau boleh tak mau balik agaknya
Alahai bestnya tempat ni pun cantik
BalasPadamExcited Firdaus main dengan ikan. Ikan pun seronok dapat makanan dari Firdaus. Firdaus yang dulu bukanlah Firdaus yang sekarang. Sekarang berani tangkap ikan guna tangan lagi.
BalasPadamSeronoknyaaa....bila la nak rasa pengalaman macam ni ha....
BalasPadam