Pages

Selasa, 15 Februari 2022

Bundu, Bambangan, Dabai & Durian

Dalam perjalanan dari Ranau ke Lahad Datu, kami singgah di gerai buah-buahan. Banyak sungguh longgokan durian, dan harganya pun murah pula. Encik Suami sudah beberapa kali keluarkan amaran, bonet kereta sudah penuh. Sayanglah pula sudah nampak durian runtuh di depan mata tapi tak beli. Akhirnya Encik Suami setuju untuk bawa isi durian sahaja. jadi, kami beli tujuh biji dan minta penjual durian buka kulit durian, masukkan isinya ke dalam bekas polisterin. 

Itu cerita durian. Sekarang kita cerita buah bundu pula. Buah bundu atau buah belunu atau buah binjai ini rasanya berbeza dengan rasa buah binjai di tempat kita. Tak sempat nak buat sambal, habis buah binjai Amie kerjakan, makan begitu saja seperti makan buah mangga. Manis!

Buah bundu @ Belunu @ Binjai

Buah Bambangan

Ini bukan buah binjai tau. Ini buah bambangan. Bambangan ini dikenali juga dengan nama mangga hutan. Kulitnya tebal. Rasanya masam. Sesuai dibuat jeruk atau sambal.

Buah Bambangan


Ini pula buah dabai. Biasanya kami dapat buah dabai dari Sarawak, bentuknya lebih kurus dan lonjong. Kali ini kami dapat dari pokok yang ditanam di Ranau. Ketika kami membeli buah dabai ini, penjual buah menunjukkan pokok dabai tanaman ayahnya di seberang jalan raya. Buahnya agak gemuk sedikit. Buah dabai ini disebut juga dengan nama buah kembayau.


Jom makan durian.


Dalam perjalanan pulang, terdengar rungutan Encik Suami. Katanya: Mabuk kita dengan macam-macam bau dalam kereta!
Apa tidaknya. Ada kombinasi 3 aroma yang kuat iaitu binjai, bambangan dan durian!
Agaknya bau buah apakah yang paling kuat?

17 ulasan:

  1. Bambangan ni memang ada kat sabah aje ke? Konpm bau durian la paling kuat kan hehehhe

    BalasPadam
  2. mcm2 jenis nama buah..yg tau buah durian je dlm gmbr tu

    BalasPadam
  3. Kecuali durian, dua buah lagi saya tak kenal :(
    Macam suami sy juga. pantang bau-bau menyengat ni dalam kereta hihi...

    BalasPadam
  4. Tentulah bau durian, sebab ia king, hehehe. Hari tu, masa Kak Amie cerita buah bambangan, kita ingatkan ia sama dengan binjai. Buah dabai tu kita pernah makan, ada yang panggil buah kristal. Mula pelik, tak macam kristal pun. Rupanya, isinya yang jernih macam kristal.

    BalasPadam
  5. macam2 buah kat sana ya tapi durian juga tersedap heh heh...

    BalasPadam
  6. Teringin juga nak cuba jeruk bambangan. Selalu tengok kawan buat jeruk bambangan jual.. buah dabai tu pun sama.. teringin nak cuba.

    BalasPadam
  7. Terus rasa nak makan durian la pulakkk.. alhamdulilah semua kita dah rasa masa gi Sabah dulu..

    BalasPadam
  8. Antara bundu, bambangan dan dabai... saya hanya kenal dabai sahaja,kak. Dahulu ada orang ajar makan dengan kicap :)

    BalasPadam
  9. Mengalah jugaklah suami kak Amie. Hehe. So sweet. Rasanya bau bambangan kot paling kuat?

    BalasPadam
  10. Kena buka tingkap kereta. Haha kombinasi 3 bahan jenis buah.

    BalasPadam
  11. Dulu pernah makan buah binjai..tp x dapat yang manis...mak buat sambal belacan...sedap gak...

    BalasPadam
  12. Satu buah, bermacam macam nama panggilannya. Buah Buah bundu @ Belunu @ Binjai lebih kurang rupanya macam buah bambangan. Kalau tak tahu ni boleh silap beli. Dah jumpa buah buahan rare, rugilah kalau tak membeli kan Kak Amie. Buah ape ek yang kuat baunya. Durian kot? Dia kan king! Ke salah?

    BalasPadam
  13. semua buah yang diceritakan ini ada juga di Sarawak..

    memang layan la kalau makan buah dabai dengan buah durian

    BalasPadam
  14. wahhh bestnya kak ada durian... rugi kalau tak beli kan... kat sana binjai manis ye kak? kt sini aduh masam

    BalasPadam
  15. wah durian peberet dah sudah semestinya bau dia paling king

    BalasPadam
  16. dapat buah binjai yang manis sedapnya kalau yang masam buat sambal belacan.kecur je

    BalasPadam
  17. smua buah2 yg kak amie beli tu bau dia sangat kuat. rasanya buah durian la jgk paling kuat bau kot.

    BalasPadam