Pages

Sabtu, 5 Februari 2022

Hasil Karyaku : Antologi Travelogue Kembara Hikmah

Setelah sekian lama tidak menghasilkan sebarang karya, di dalam Antologi Travelogue Kembara Hikmah inilah bermulanya kembali hasil karya kita setelah berhibernasi bertahun-tahun lamanya. Kita ikut serta Siri Bengkel Timba Ilmu  (SBTI April 2021) anjuran AID Conference : Bengkel Penulisan Buku Travelogue di bawah bimbingan Encik Ruzain Syukur Mansur.

Waktu itu terbukalah sedikit hijab kita tentang gaya penulisan travelogue. Ada macam-macam cara penulisan dan gaya penyampaiannya. Untuk permulaan, kita hantar sebuah catatan perjalanan di Nepal. Cara penulisannya pula, setiap satu tajuk, hanya perlu ada satu kisah sahaja dan sudah tentulah disulami dengan nilai dan pengajaran. Oleh kerana Amie sertai antologi, jadi Amie hanya hantar sebuah catatan sahaja sebagai percubaan. Alhamdulillah, karya yang dihantar  melepasi piawaian yang ditetapkan.

Antologi Travelogue Kembara Hikmah


Permulaan menyertai antologi travelogue ini telah membawa kepada siri penghasilan pelbagai karya yang seterusnya termasuklah cerpen kanak-kanak, cerpen dewasa dan anekdot. Sesungguhnya memulakan sesuatu itu ada sedikit kepayahannya tetapi jika kita terus istiqamah, in syaa Allah ada jalannya dan yakinlah bahawa setiap usaha kita yang bersungguh-sungguh akan dipermudahkan oleh-Nya.

Amie memilih salah satu peristiwa yang berlaku ketika kembara ke Nepal 2019. Pelbagai kisah suka dan duka kami tempuhi sepanjang berada di negera tersebut. Yang sukanya sudah tentulah sebab naik helikopter menuju ke Banjaran Himalaya walaupun tidak sampai ke puncak Gunung Everest!

Waktu pagi berlatarbelakangkan Pergunungan Himalaya.

Di Macchapucchree  Base Camp

Bermain salji sampai tak ingat nak balik!


Yang menyentuh perasaan apabila melawat ke sekolah di kaki banjaran Himalaya.



Travelogue yang Amie tulis bertajuk : Dari Kathmandu ke Pokhara : Mengintai Kehidupan Dari Balik Jendela Bas. Kisah tersebut Amie ambil dari sini : KATHMANDU - POKHARA : MENGINTAI KEHIDUPAN DI BALIK TABIR BAS

Cerita berkisar perjalanan menaiki bas yang mendebarkan melalui jalan sempit dan bergaung dalam. Amie ambil satu peristiwa kejadian kecurian beg berisi wang sebanyak 5,000 Euro milik seorang pelancong dari United Kingdom. Kejadian berlaku ketika bas kami berhenti di R&R Naubise. Bayangkan hilang duit di negara orang ditambah pula dengan hilang passport perjalanan! Pencuri hangkut satu beg! 

SK Dari Tanah Jauhar tanya, ceritanya sampai di sini sajakah? 


Ya SK. Cerita berakhir di situ saja : "Jom kita tengok, ada atau tidak passport kita di dalam beg. Inilah nyawa kita kalau berada di luar negara," ujar Kamsiah.

Kita meminta pembaca menilai dan memikirkan apakah iktibar dan pengajaran di sebalik kisah yang dipaparkan. Maknanya, benda paling penting yang merupakan nyawa ketika berada di negara asing sudah tentulah passport perjalanan. Pelancong dari United Kingdom itu tidak dapat meneruskan perjalanan bersama kami kerana terpaksa patah balik ke Kathmandu untuk menyelesaikan masalahnya.

Inilah watak Kamsiah yang duduk di sebelah Amie sepanjang perjalanan dalam kisah itu.
                        
Kembara Hikmah

Untuk mengetahui lebih lanjut kembara kita ke Nepal, bolehlah klik di sini: SELAMAT PAGI PERGUNUNGAN HIMALAYA!

14 ulasan:

  1. Betul, pasport di negara orang ibarat nyawa. Tak sanggup membayangkan susahnya jika kehilangan pasport, ada pasport pun banyak prosedurnya, apa lagi jika tak ada.

    Satu lagi yang penting bila berada di negara orang ialah kesihatan, kan Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kalau travel dalam tempoh yang panjang memang kesihatan paling diutamakan.

      Padam
  2. Wah.. Menariknya.. Sha jarang baca travelog tapi sesekali layan memang best.. Penulis rupanya Amie ya.. Tahniah Amie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulis tenggelam timbul Sha.
      Baru nak mula balik setelah sekian lama tidur.

      Padam
  3. Balasan
    1. Alaaa ... sangkalah Uncle.
      Hihiii terima kasih.

      Padam
  4. Belum habis lagi membaca buku ni Kak Amie. Cerita travelogue memang menarik. Baru baru ni anak buah pergi Kathmandu jugak. Belum balik Malaysia lagi. Mencabar nak hiking tu. talian internet pun tak ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hiking ke anak buah?
      Nepal memang penuh cabaran, tapi memberikan pengalaman yang tak ternilai harganya.

      Padam
  5. bestnya kak Amie dah sampai ke Nepal. hilang passport dan jatuh sakit adalah 2 perkara paling menakutkan bila di negara asing kan. suka baca travelogue. selalu berangan nak bukukan kisah pengembaraan tapi tulah travel pun tempat biasa-biasa je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sal. Takut sangat mengingat dua benda tu.
      Kak Amie tak mampu lagi nak tulis satu buku travelogue, jadi tumpang-tumpang karya dalam antologi sajalah.

      Padam
  6. Belum sempat mentelaah lagi tapi dah membaca catatan trevelog cikgu dalam blog ni..Seronok mengikuti pengalaman cikgu ke merata cerul dunia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siri kembara terhenti sejak Covid-19 melanda dunia, jadi hanya mampu tulis sahajalah kenang-kenangan itu hehehee.

      Padam
  7. wah tahniah. Bukan mudah nak hasilkan satu buku travelog. Apapun alhamdulillah akhirnya terhasil juga nukilan amie. Bangga sih. Nepal juga wish list saya tapi tak tahu lah ada rezeki atau tidak. Apa pun berangan je dulu

    BalasPadam
  8. Pasport dan kesihatan adalah yang paling penting apabila di tempat orang. Semuga Allah kurniakan rezeki kesihatan yang baik walau dimana saje di muka bumi ini semasa bermusafir. Aamiin

    BalasPadam