Setelah membeli apa yang patut, kami pun meninggalkan Suria Sabah Shopping Mall. Keluar dari kereta, terhidu aroma yang sangat menggoda selera! Bau masakan berempah yang lembut tapi semerbak menerpa lubang hidung. Di sebelah kiri tempat letak kereta dan berada di bahagian bawah Zara's Boutique Hotel, terpampang papan tanda Nasi Lemak Rendang Oma dan Tuk Tuk Tomyam. Haa... pasti aroma itu datangnya dari Restoran Nasi Lemak Rendang Oma.Wah, sudah hampir pukul 9 malam, masih ada nasi lemak lauk rendangkah?
Jom kita terjah masuk.
Encik Suami pun seperti berminat untuk 'sambung' makan di sini. Jadi kami memesan Nasi Lemak Sambal Kerang dan Nasi Himpit Rendang Daging. Encik Suami ajak makan di bahagian luar restoran tapi Amie tak mahu. Takut ada nyamuk.... ahaks. Maklumlah tempat makan di bahagian luar agak gelap sedikit. Lebih baik duduk di dalam restoran saja.
Firdaus tak mahu memesan apa-apa makanan. Katanya: Daus mengantuk.
|
Nasi Lemak Sambal Kerang RM12.90 Nasi Himpit Rendang Daging RM14.90 Sirap Bandung RM4.50 Sirap Limau RM4.50 Chinese Tea Panas RM1.00
|
Nampaknya Firdaus berusaha untuk membuka matanya.
Matanya nampak semakin layu.
Akhirnya budak ini tertidur!
Kami sangat berpuas hati dengan hidangan Nasi Lemak Sambal Kerang dan Nasi Himpit Rendang Daging. Apabila terhidu aroma rendang daging seolah-olah sedang menikmatinya di rumah sendiri. Rasa seperti menyambut hari raya pun ada.
Keesokan paginya kami bersarapan di sini saja. Amie beritahu Encik Suami supaya datang seawal pukul 8 pagi sebaik sahaja restoran dibuka. Bukan apa, malas nak beratur menanti giliran dan kemudian duduk bersesak dengan pelanggan lain. Amie lihat pada waktu malam ramai bahagian luar restoran penuh dengan pelanggan.
Sebaik sahaja keluar dari Zara's Boutique Hotel kami berjalan beberapa meter dan masuk ikut pintu belakang restoran.
Restoran Nasi Lemak Rendang Oma turut menyediakan pelbagai hidangan lain yang sudah tentunya sedap-sedap juga.
Amie ingin makan di dalam restoran sahaja tetapi Encik Suami ajak makan di bahagian luar. Oleh kerana pada sebelah malamnya sudah makan di dalam restoran, jadi Amie pun turutilah kehendaknya untuk makan di luar pula.
Keadaan restoran yang masih lengang.
Tidak lama kemudian ramailah pelanggan datang ke sini untuk bersarapan.
Wokey!
Jom kita makan di bahagian hadapan restoran.
Oh ya, restoran ini berkonsepkan layan diri. Jadi kena buat pesaan di kaunter dan tunggu hidangan datang ke meja.
Restoran ini terletak di tepi jalan raya.
Sekali lagi Encik Suami nak makan nasi lemak.
Wah, malam nasi lemak, pagi pun nasi lemak juga!
Kali ini Nasi Lemak Paru Goreng.
Firdaus pun nak makan nasi lemak juga.
Firdaus minta peha ayam goreng.
Kita nak makan kuih-muih.
Comel-comel saiz kuihnya. Seketul RM1.50. Jadi 4 ketul RM6.00.
Nampaknya kuih-muih tradisi Melayu sudah naik sahamnya bila berada di tengah kota raya!
|
Kuih-muih tradisonal Melayu. |
- Kuih Lenggang @ Kuih Ketayap
- Bingka Ubi
- Seri Muka
- Kuih Lapis
Selain kuih-muih Amie sarapan set kelupis dengan rendang ayam.
Saiz rendang ayam pun besar. Encik Suami tolong habiskan, makan dengan nasi lemak. Kita pula meratah paru goreng.
Inilah rupa kelupis.
Selain makan dengan rendang, kelupis enak dinikmati dengan kuah kacang dan lauk-pauk lain.
|
Kelupis & Rendang Ayam Oma RM12.90 Nasi Lemak Hati Buyah (Paru Goreng) RM12.90 Nasi Lemak Paha Ayam Goreng RM12.90 Lemon Panas Kosong Tanpa Gula RM3.70 Sirap Bandung Laici RM5.30 Chinese Tea Panas RM1 Kuih Mix (4 biji ) RM6.00 |
Setelah kenyang menikmati sarapan pagi dan minum kopi, kami kembali semula ke bilik. Hendak keluar sambung shopping pun masih terlalu awal sebab belum ada mall yang dibuka.
Masuk ke restoran ikut pintu belakang, makan di luar pintu depan. Nak keluar ikut pintu belakang semula sebab cepat nak sampai ke hotel.
Selepas melewati kawasan tandas, jumpalah pintu keluar dari belakang.
Restoran Nasi Lemak Rendang Oma terletak di:
Lot 7-1, Block D, Ground Floor, Harbour City, Sembulan 88100
Aduh.. sampai tertidur, Daus. Nasib baik paginya sarapan di situ juga, dapatlah Daus makan Nasi Lemak dengan Peha Ayam Goreng.
BalasPadamPak Inche pun suka betul makan di luar restoran, kadang sampai merajuk, hihi.
Di luar tempat duduk dekat jalan raya, rasa tak selesa pula kalau ada kenderaan lalu lintas di situ, macam telan asap dan habuk pula hihihiii.
PadamMahal juga sekeping kuih.
BalasPadamTerliur saya dengan nasi lemak bersama parut goreng.
Ya, harga kayangan pula kan NA.
PadamSedap saya ratah paru goreng, minta dari pinggan Encik Suami.
comel je Daus sampai tertidur 😂
BalasPadammenu semua nampak sedap sebab mmg selera saya semua menu tu. lama tak makan kelupis lak, suka makan dgn kuah kacang. fuh yummy!
Sedap kan makan kelupis dengan kuah kacang.
PadamNampak menarik hidangan nasi lemaknya.
BalasPadamMahal kuih2 comel tu.
Agaknya nilai kecomelannya tu yang membuatkannya jadi mahal hehehee.
PadamWahhh harga kuoh 1.50 sen
BalasPadamsedapp.tak? kalau.sedapp berbaloi jga
Biasa saja rasanya Cik Nur.
PadamBoleh juga ni nanti test2 lawat sana
BalasPadamSilakan Calrase Patrick.
Padamuih... kuih kayangan tu
BalasPadamHaaa...iya, kuih biasa saja, harga kayangan.
Padammmg nmpk sedap nasik lemak tu... pelik juga restoren ni masuk ikut pintu belakang.. hehehe.. tp bagus jugaklah boleh usha² dapur jugak
BalasPadamAda pintu depan. Restoran ni di tepi jalan raya dan berpagar pula, kalau nak masuk kena melalui ruang hadapan restoran lain. Tu pasal senang masuk dan keluar ikut pintu belakang.
PadamOma tu 'emak' barangkali?
BalasPadamIyo laa tu Uncle.
PadamSedapnya nasi lemak. Oaru dipoyong besar macam.tu sedap dimakan. Kesiannfirdaus ngantuk sgt fia
BalasPadamYa, paru dipotong besar, lembut pula tu. sedap dikunyah.
PadamBesar Restorannya dan menarik jugak dekorasi. Nama kedai yang buat orang rasa nak mencuba jugak. Rendang tu bukan senang senang nak dapat makan kan. Harga boleh tahan jugak. Lagi lagi harga kuih. Nasi lemak tu buat orang tergoda betul nak cuba.
BalasPadamMemang proses merendang bukan mudah, dengan penyediaan bahannya semua. Tapi hasilnya memang berbaloi. Dapat hidu aromanya saja dah terasa seolah kembali ke kampung laman sewaktu hari raya.
Padamtak pernah try mkn sini lg. tp tuk2 tomyam tu selalu mkn.
BalasPadambiasanya order dkt grabfood je. sedap mknn di situ..
Confirm sedap lah tu kalau makan sampai 2 kali. Memang convenient ada restoran dekat dengan hotel
BalasPadamSedapnya nasi impit dan kelupis tu.Teringin nak buat kelupis bila nampak daun lerek kat tepi pondok jaga perumahan saya tapi nak berguru dengan siapa?huhuhu
BalasPadamCantik la decoration tempat ni....tenang ja
Telan- telan air liur SA tengok entry ni kak...ya allah sedapnya
BalasPadamsedap betul tu ye kak, dah makan malam esok paginya datang lagi untuk sarapan situ.
BalasPadamMemacam tengok lauk yang ada tu