Pages

Rabu, 23 Februari 2022

Begini Caranya Masak Sayur Bunga Betik Tumis Belacan Yang Sedap!

Jumpa lagi.
Kali ini Amie nak cerita tentang bunga betik atau dalam bahasa sebelah Encik Suami disebut kembang kates. Boleh bayangkan tak rasa bunga betik? Sebelum kahwin dengan Encik Suami Amie tak pernah makan sayur bunga petik. Suatu hari mak mentua masak sayur lodeh (masakan lodeh versi Cocos), pucuk ubi, jantung pisang dan pucuk betik serta bunga betik. Kita cuba makan dan rasanya memang sedap, tidak ada rasa pahit. Sewaktu kenduri, ibu-ibu di dapur gotong-royong buat kerabu bunga betik dengan jantung pisang pula! Akhirnya Amie pun pandai makan pucuk dan bunga betik. Selain masak lodeh gaya Cocos, bunga betik boleh ditumis dan dimasak dengan pelbagai cara.

Sayur Bunga Betik Tumis Belacan

 

Kelmarin Encik Suami bawa pulang pucuk dan bunga betik. Amie masak tumis sahaja, tambahkan cili padi, belacan dan juga udang kering. Oleh sebab kami sudah biasa makan masakan begini, jadi memang habis licin kami kerjakan! Encik Suami pula awal-awal sudah pesan, biarlah bunga betik rasa pahit, tak perlu rebus dengan asam keping untuk kurangkan pahitnya. Maklumlah usia sudah beranjak ke senja ini, gemarlah pula makan yang pahit-pahit. Orang kata, yang pahit itulah ubat... ahaks!

Bunga Betik

Pucuk dan Bunga Petik

Di bawah ini Amie senaraikan beberapa resipi masakan sayur bunga betik dari dapur ini. Rindu pula rasanya hendak makan nasi lauk sayur lodeh begini di kampung. Sewaktu hayat MIL masih ada, MIL akan masak sayur lodeh pucuk ubi campur jantung pisang, pucuk dan bunga betik sebelanga besar! MIL akan hulur ke rumah jiran dan bahagikan untuk anak menantu. Istimewanya sayur lodeh versi Cocos ini ialah adanya penggunaan rempah ketumbar dalam masakan.









Bunga Betik Tumis Belacan


Resipi yang Amie kongsikan hari ini ialah Sayur Bunga Betik Tumis Belacan. Bagi mereka yang tidak biasa menjamah masakan begini tentu bunga betik itu terasa sangat pahit. Bagi Amie dan Encik Suami, rasa pahit itulah sebenarnya rasa yang sedap!

Bahan-bahan:
1/2 kilogram bunga betik yang sudah dilurutkan bunganya dan buang tangkainya.
30 biji cili padi kampung
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 cawan udang kering - rendam hingga kembang dan toskan airnya
1 sudu besar belacan
minyak
garam / gula / perasa pilihan

Cara:
1. Celur bunga betik sehingga lembut. Toskan.
2. Tumbuk kasar cili padi bersama bawang putih, bawang merah, belacan dan udang kering.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
4. Masukkan bunga betik dan gaul rata.
5. Tambahkan gula / garam / perasa pilihan.
6. Kacau beberapa kali dan tutup api dapur dan sedia untuk dihidangkan.

14 ulasan:

  1. nampak sedapnya kak, pelbagai masakan akak dah buat dengan bunga betik ni. Mak dana tak pernah masak gini, dia selalu celur kejap je pastu buat ulam

    BalasPadam
  2. Adh, terasa2 pahitnya bunga betik tu, padahal, sy tak pernah makan pun. Baca ayat suami Kak Amie suka nak pahit2 tu la, jadi terasa pahit di lidah, sedapnya. Masa makan di Rompin hari tu, di tepi meja kami ada beberapa pokok betik. Melambai2 bunganya, sy teringat kisah MIL Kak Amie masak bunga betik.

    BalasPadam
  3. Tadi dah singgah sini belum ada hidangan bunga betik ni..Patah balik sekali lagi..eh,dah ada menu bunga betik...Dalam banyak-banyak tu lodeh cocos tu menggamit perasaan ingin cuba.Bunga betiknya halus2 dan cantiknya

    BalasPadam
  4. Alamak...SA x terdaya nak makan bunga betik sebab pahit..apatah lagi pucuknya..tapi ada orang pandai masak sampai bungat tu x terasa pahit langsung kan...

    BalasPadam
  5. Menarik sungguh olahan hidangan bunga betik yang Kak Amie sediakan. Suatu hari kena cuba buat juga ni 😊

    BalasPadam
  6. Besok bolehlah petik bunga betik di luar pagar tu :)
    Sy pernah buat kerabu je, tapi teringin pula nak rasa versi tumis belacan ni.
    Tq Kak Amie kongsikan resepinya.

    BalasPadam
  7. Belum pernah cuba lagi makan masakan bunga betik

    BalasPadam
  8. pucuk betik pernah makan, buat ulam...bunga betik tak pernah lagi..menarik semua masakannya..

    BalasPadam
  9. boley try ni.. biasa makan pucuk betik je.

    BalasPadam
  10. Hehe saya pun dah suka makanan ada pahit-pahit tapi ketika makan berkerut seribu. Menyesal ketika itu tapi lepas itu lupa balik dan makan.
    Sayang jarang dapat makan bunga betik.

    BalasPadam
  11. Pernah sekali je masak bunga betik ni, masa arwah Mak ada, sebab petik belakang rumah je, now Mak dah takde, takde geng nak makan..

    BalasPadam
  12. Dah terbayangkan kepahitan kelat kelat getah tu. hihi..biasa dengar juga yang pahit tu lah ubat. Lauk rare susah dapat ni sekali dapat memang habis kak Amie. Kalau saya makan kena rebus dululah kot dengan asam keping bagi hilang pahit :)

    BalasPadam
  13. saya tak pernah makan. agaknya tahap manalah pahitnya. kalau setakat macam peria, boleh telan lagi.

    BalasPadam
  14. tak pernah mkn bunga betik.
    rupanya bleh msk mcm2 ye

    BalasPadam