Pages

Ahad, 6 Februari 2022

Beef Tuhau & Bambangan Chicken

Hampir pukul 4 petang barulah kami dapat melabuhan punggung di Sabah Tea Restaurant. Jadinya, kami terus makan tengahari merangkap makan malam. Sabah Tea Restaurant akan tutup pada pukul 7 malam. Kalau selepas waktu itu hendak makan terpaksalah keluar dari kawasan Sabah Tea Garden. 

Makan tengahari merangkap makan malam di Sabah Tea Restaurant.
Lauk-pauk semua bersaiz S.

                    

Kami memesan makanan berhidang. Encik Suami kata dia tak mahu lauk berkuah seperti kari, tomyam dan yang sewaktu dengannya sebab perutnya tak berapa sedap. Amie ingat hendak makan Lamb Curry tapi demi menghormati selera Encik Suami kita pilih Tuhau Beef saja.


Selain Tuhau Beef, nak rasa juga Bambangan Chicken. Selama ini hanya tahu makan sambal bambangan dan jeruk bambangan sahaja. Jadi kali kita makan bambangan yang dimasak bersama ayam pula.


Sayurnya pula kita pilih Sayur Bukit.

Fried Prawn Fritters

Fish with Sambal Sauce

Tuhau Beef

Banyak kali juga Amie kongsikan resepi tuhau :TUHAU TUMIS DENGAN IKAN MASIN Buat pertama kalinya kami makan daging masak dengan tuhau di sini. Selain hirisan tuhau, Amie dapati ada tambahan bunga kantan dalam masakan Beef Tuhau ini.

Bambangan Chicken
Buah Bambangan

Pertama kali juga kami merasa masakan ayam dicampur buah bambangan. Untuk yang tidak pernah kenal buah bambangan, Amie kongsikan gambarnya di atas. Sekarang ini musim bambangan. Sana-sana gerai buah-buahan dipenuhi dengan buah bambangan selain buah durian, cempedak, manggis dan rambutan.
Buah bambangan ini selain dibuat sambal dan jeruk, boleh juga dibuat jus. Kami pernah minum jus buah bambangan di D'Place Kinabalu.

Sayur Bukit

Sayur Bukit ini sayur kegemaran Encik Suami. Biasanya kalau kami singgah Kundasang memang kamiakan beli sayur ini. Sayur Bukit diolah bersama campuran sayur lokio @ losun, kelopak bunga kantan dan cili putih.


Sebelum hidangan sampai, Firdaus terlebih dahulu menghabiskan semangkuk Sabah Tea Ice Cream.


Budak kecil ini tak mahu makan nasi!
Dia minta Chicken Chop sebab nampak ada kentang goreng!

Fried Chicken Chop


Tak cukup makan Fried Chicken Chop, tangannya menyeberang nak meratah Fried Prawn Fritters. Oleh kerana pada mulanya kami pesan 3 pinggan nasi, jadi disebabkan Firdaus tidak makan nasi kami minta bungkus. Lauk pun masih berbaki. Memikirkan pukul 7 malam restoran tutup dan bimbang Firdaus lapar pada sebelah malam, jadi eloklah bawa bekalan masuk kotej. Kalau hendak keluar dari Sabah Tea Garden mencari makanan di pekan Ranau, memang jauhlah perjalanannya.

Seperti yang dijangka, memang Firdaus mencari makanan apabila sampai ke kotej! Jadi makanlah nasi yang dibungkus. Setakat makan Fried Chicken Chop manalah nak kenyang!


17 ulasan:

  1. beztt musim buah dah skrg ni ye
    bambangan pertama kali dengar dan tgk. macam buah bacang ker k. Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bambangan ini spesies mangga liar. Kulitnya tebal, rasanya masam.

      Padam
  2. di sana dah musim buahan ya sedapnya bambangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Kak PI. Sepanjang jalan ada saja gerai buah-buahan.

      Padam
  3. nampak menarik beef tuhau dia. biasa mkn tuhau mcm tu je.
    syu suka tuhau kering. klau yg basah tu kurang sikit. hehe.

    kan, kalau dah msuk situ, mmg xkeluar dah kecuali nak check out. sbb jln msuk dia berbatu-batu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam susah nak cari kedai makan dekat-dekat situ kan Syu. Mungkin tak biasa di situ.

      Padam
  4. geram tengok fried prawn tu. harga pun okaylah... utk makan ramai2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa udang goreng itulah dulu yang habis heheheee.

      Padam
  5. Buah bambangan tu macam buah binjai. Taip binjai ni pun terus sy terasa masam, hahaha. Tengok masakannya tu, agak menarik dan unik. Sayur tu pun tak pernah ditemui. Kami di sini balik2 makan kangkung dan kailan, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah bambangan memang ada rasa masam, tapi binjai Sabah manislah pulak SK, tak macam binai Malaya. Saya beli di Kundasang ingat nak buat sambal, habis dah saya makan sorang.

      Padam
    2. Tak sempat nak buat sambal binjai.

      Padam
  6. Menu menu rare kat sini. Kalau saya tak tahu nak makan apa. Mujur jugaklah tapau makanan, boleh jugak Firdaus makan. Jauh kalau nak keluar semula tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak pilihan menu biasa Fizah. Yang rare tu tak banyak jenis.

      Padam
    2. Banyak pilihan tu yang tak tahu nak makan apa. hehe..

      Padam
  7. Nasib baik Mommynya fikir jauh ke hadapan. Kalau lapar malam-malam naya lah. Macam itu rupanya buah Bambangan

    BalasPadam
  8. boleh tahan harga menu nya ya kak, sayur pun sampai belas-belas ringgit...

    ada sayur lokio kegemaran dana tu... kat sana memang banyak ya orang tanam kak.
    nampak sedap semua menu yang akak amik, saiz s tapi nampak macam besar jugak tu

    BalasPadam
  9. Kenapa nampaknsedap sgt menumya kak.. size z nampak byk juga tu

    BalasPadam