Pages

Ahad, 6 Februari 2022

Mari Petik Daun Teh di Ladang

Hampir pukul 5 petang kami beredar dari Sabah Tea Restaurant, tetapi masih berlegar-legar di sekitar Sabah Tea Garden. Jom tengok gambar pendekar cilik sedang petik daun teh di bawah ini... ahaks!


Waktu itu langit mendung dan hujan mula turun renyai-renyai, tetapi budak kecil itu terus mendesak untuk singgah di pondok di bawah sepasang pokok kayu besar. Dia nak panjat pokok, nak naik jambatan gantung atas pokok! Rasanya setiap kali singgah di sini, itulah salah satu tujuan utamanya, panjat pokok dan menyeberangi jambatan! Kita yang baru lepas makan, perut kekenyangan sudah termengah-mengah nak ikut daki tangga naik pokok!


Aduhai!
Langit gelap, awan kelabu nun di atas sana. Gunung Kinabalu yang megah berdiri di belakang sanun pun sudah dilindungi awan.


Terpaksalah layan juga budak kecil itu naik pokok!
Tiket RM3 sahaja untuk budak sekolah rendah.


Sudah naik pokok, menyeberang jambatan dari pokok ke pokok dan turun dari pokok, kami sewa pula pakaian tradisional untuk masuk ladang teh. Setiap satu set pakaian disewa selama 15 minit dengan bayaran RM10.60 sen.

Pakaian Dusun Tinagas.

Rasa janggal pula pakai topi begini, dan asyik nak jatuh dari kepala. Pakaian pun main sarung saja ke badan. Setiap seorang diberikan bakul 'sikutan' untuk memungut hasil.

Pakaian lelaki Murut dan wanita Dusun Tinagas.

Encik Suami memakai pakaian tradisional masyarakat Murut. Pakaian tersebut diperbuat daripada kulit kayu.


Jom turun ke ladang petik daun teh.


Bukan main seronok Firdaus dapat memegang tombak! 
Pahlawan cilik hendak keluar berburu di hutan!


Tiba-tiba pandai pula dia pasang kuda-kuda.
Memang bertul-betul sudah  bersedia untuk bertarung!


Selipar merahnya itu!
Haaa.... jangan ditegur suruh tukar selipar merahnya dengan kasut.
Selipar merah itu kakak Aseeyah yang belikan di Kota Kinabalu!
Sayang sangat dia dengan seliparnya itu!
Orang lain pakai kasut, dia tetap dengan selipar merah!


Berehat dulu atas tangga tanah.
Cuaca petang itu sekejap panas sekejap mendung, sekejap hujan gerimis, sekejap reda.


Mari dik.
Masa yang diberi sudah tamat.
Kita keluar dari ladang teh.



Tak pasal-pasal Firdaus tunjuk muka kelat. Tak lama kemudian airmatanya meleleh-leleh. Ketika kami hendak pulangkan pakaian, bertambah lebatlah airmatanya mengalir dan dihentakkan kakinya ke tanah berkali-kali. Apabila ditanya, ini jawapannya:

Kenapa cepat sangat nak balik? Bakul Daus belum penuh isi daun teh!

Lailahaillallaaaahhhh!
Rupanya dia sangka kami petik daun teh betul-betul sampai penuh sebakul! Petugas di situ memujuk Firdaus dan menyuruhnya memetik lagi daun teh di situ.


Sambil mengesat air mata, budak kecil ini pun patah balik ke ladang dan mula memetik pucuk daun teh.


Tapi wajahnya masih kelat!




Tunjuk muka tak puas hati.


Okey dik.
Cukuplah petik dua tiga tangkai saja. Ini bukan ladang kita dik!


Macam-macam tingkah kamu ni ye Firdaus!

8 ulasan:

  1. Acik tak dapat tahan sakitnya rahang acik ni menahan ketawa melihat keletahmu, Daus. Lebih2 lagi membaca coretan Kak Amie, terasa bagaikan ada sekali di ladang teh Sabah, hihi.

    BalasPadam
  2. Wah, bestnya. satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. tambah pulak dengan telatah daus hehehe...

    BalasPadam
  3. Bolehlah daus buat karangan BM pasal pengalaman petik daun teh

    BalasPadam
  4. Nasib baik petugas pandai memujuk ya. Gaya tu ada dah. Alamak, nak petih sampai penuh bakul kena berguru dengan tuan punya ladang dulu. Kak Amie pun panjat pokok sekali ke? Hebat

    BalasPadam
  5. hahahhaa gelak besar dan bab yang Daus nangis tu, aduhai rupanya masih tak puas lagi memetik daun teh, yelah tak penuh lagi bakul dan nak ajak balik kan,, mana maunya.

    Bukan main seronok dia masa mula-mula tu ye, tapi lepastu mendung dan hujan lebat pula ye Daus...

    BalasPadam
  6. hahaha...Daus...kutip untuk posing2 aja sayang oii...kalau menangis tu frust sangat la dia

    BalasPadam
  7. Bestnya kak.. kat Sabah mcm2 trmpat menarik ada

    BalasPadam
  8. Bergaya sakan Firdaus dengan pakaian dan tombak tu. Seronok dia datang sini dapat panjat pokok dan lalu jambatan. Aduhaiii kesian pulak dia menangis tak puas bermain. Patut kena ada daun teh tipu tipu letak dalam bakul. Baru feel petik daun teh. hihi..lain kali datang lagi ye Firdaus.

    Comel masing masing bergaya dengan pakaian tradisional :) Punyalah dia sayang kakak Aseeyah dia. sanggup pakai selipar kak Aseeyah bagi dari pakai kasut. Ada ada je Firdaus ni.

    BalasPadam