Pages

Sabtu, 5 Februari 2022

Sabah Tea Resort Cottage

Encik Suami tidak mahu makan berat sewaktu kami singgah isi perut di Restoran Saiful di Telupid. Katanya, nanti mengantuk sewaktu memandu. Kami teruskan perjalanan menuju ke Ranau. Oleh kerana perjalanan kami  hanya untuk santai-santai sahaja, jadi tidaklah hendak cepat-cepat sampai ke tempat tujuan. Kereta menghala ke Sabah Tea Garden. Amie sudah tempah tempat bermalam di Sabah Tea Resort Cottage. 

Ketika kami tiba di kotej untuk daftar masuk, hujan mula turun renyai-renyai.Sebahagian awan berwarna kelabu dan sebahagian lagi berwarna putih bersih.

Sabah Tea Resort Cottage


Comel kan kotej berkembar itu?
Ini merupakan kali kedua kami menginap di sini.

Selepas ini bolehlah Firdaus berehat dalam kotej.


Sabah Tea Garden ini letaknya 
di KM 17, Jalan Ranau / Sandakan, Kampung Nalapak, Ranau, Sabah.
Di dalam Sabah Tea Garden ini ada ladang teh, restoran, kotej dan rumah panjang, dan juga kilang memproses teh. Sesiapa yang ingin menikmati suasana penuh kehijauan, dingin dan nyaman serta jauh dari kesibukan bolehlah menginap di sini.

Osa Johnson Cottage

Kotej kami terletak di bahagian bawah berhampiran jalan masuk ke resort iaitu Osa Johnson Cottage.



Selamat datang ke Osa Johnson Cottage!
Jom buka pintu.


Beginilah keadaan di dalam kotej.


Sudut untuk mengeteh.


Sambil mengeteh bolehlah berkenalan dengan Osa Johnson.


Hiasan dalamannya nampak ringkas sahaja tetapi selesa. 
Boleh baring-baring sambil menonton televisyen di sini.


Jom masuk bilik.


Ada dua buah katil disediakan di sini. 


Bilik ini memang sesuailah untuk kami bertiga bermalam.


Malam itu semua tidur lena. Kebetulan pula hujan turun sepanjang malam. Suhu pula sejuk menyamankan! Awal pagi kami terbangun kerana terdengar kokokan ayam. Mungkin ayam dari kampung sekitar. Ketika matahari terbit, nampak pula puncak Gunung Kinabalu yang boleh dilihat dari tingkap.


Bilik air di kotej ini masih mengekalkan gaya lama.


Namun masih selesa digunakan.



Kita tinggalkan bilik air, kita duduk lunjurkan kaki di sofa seketika.


Seperti biasa Encik Suami terus masak air panas.


Kita minum dulu secawan Teh Sabah.


14 ulasan:

  1. cantik jgk kotej dia. setakat ni xpernah lg stay situ. biasa pegi ambil gmbr dan mkn di restoran situ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time menginap di sini tahun 2016, memang nampak cantik sungguh sebab bunga-bunga terpelihara, subur merimbun berbunga. Kali ini banyak yang kering layu seolah-oleh tidak diurus.

      Padam
  2. Damainya suasana dalam kedinginan tu, Kak Amie. Masa ke Kundasang dulu, sy ada singgah ke Sabah Tea, mungkin Sabah Tea ni ada banyak ladangnya kan. Tak perasan pulak jika Sabah Tea yg sy singgah tu ada kotej seumpama ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam Sabah Tea ada kotej, ada rumah panjang & rumah tamu.

      Padam
  3. Cantik luaran cottage ni. Nampak ala garden walaupun dalaman masih mengekalkan dekorasi design lama. Damai suasana kat sini :) Permandangan Gunung Kinabalu yang mahal tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejuk suhu di sini Fizah. Kalau pagi dan petang cuaca cerah memang nampak penuhlah puncak Gunung Kinabalu dari sini.

      Padam
  4. beattt dan. menarikk tmpatnya
    nyaman dpt kena teh ni kan

    BalasPadam
  5. Cantiknya dekorasi kotej ni. Simple tapi sangat selesa.. segarnya udara waktu pagi tempat macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Segar dan nyaman waktu pagi, ditambah dengan bunyi kokokan ayam. Lagilah rasa nak berlama-lama di sini.

      Padam
  6. Sukanya saya tempat macam ni😍
    Dulu zaman sekolah saya sangat minat Gografi & selalu berangan nak tinggal kat New Zealand & tinggal kat little cottage 🤣🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun suka little cottage... zaman sekolah rendah dulu selalu baca cerita-cerita rakyatterjemahan dari luar negara. Dari situlah kenal kotej dan keju.

      Padam
  7. cantik la tempat tu kak, luar nya selesa dalam pun best... siap ada ruang untuk tengok tv.
    pemandangannya pun aduhai kalau dah boleh nampak puncak kinabalu mesti cantik

    BalasPadam