Cerita minggu lepas.
Encik Suami ajak makan malam di Shell Out RLD.
Beberapa meter sebelum ke pintu masuk restoran, ada sepasang suami isteri sedang menjual sate. Si isteri mendukung anak kecilnya yang sedang menangis. Barangkali usianya baru mencecah enam bulan. Suaminya pula sibuk membakar sate tetapi dengan wajah manis dan air muka peramah, ditegurnya kami.
"Kak, beli sate. Ada sate ayam. Ada sate daging. Panas-panas kak,"katanya. Kita anggukkan kepala sambil senyum di sebalik facemask. Ketika itu hujan gerimis.
Kami terus masuk ke dalam restoran. Ketika sedang menanti hidangan tiba di meja, Amie minta izin Encik Suami untuk ke gerai sate tadi. Firdaus ikut sekali. Entah kenapa walaupun hendak makan malam tapi kaki melangkah untuk beli sate pula.
Si suami mengambil anak yang masih lagi menangis dari pangkuan isterinya, dan meminta isterinya membungkus sate yang Amie minta.
Kemudian kami kembali masuk restoran dan makan seafood shell out bertiga sehingga licin.
|
Seafood Shell Out |
Setiap satu set berharga RM20.
Budak kecil ini pun licinkan bahagiannya juga!
Amie beli 5 cucuk tongkeng ayam, 10 cucuk sate ayam dan 5 cucuk sate daging.
Tongkeng ayam berharga RM1.00 secucuk.
Sate daging berharga RM1.20 secucuk.
Sate ayam berharga RM1.00 secucuk.
Sebenarnya Amie beli sate dan tongkeng ayam itu untuk dimakan keesokan hari. Boleh panaskan semula. Tiba-tiba Encik Suami dan Firdaus nak makan pula. Eh, tak kenyang rupanya makan di restoran tadi.... ahaks!
Murah juga hidangannya tu cuma RM20 dengan portion yg besar. Kalau habis licin maknanya sedap sangat atau mungkin lapar. Tapi ada yg tak kenyang rupanya ya, hihi.
BalasPadamEncik Suami kata sedap. Tapi tak puas makan. Nasib baik kita beli sate. Tu pasal sampai rumah melantak lagi hihihiii.
PadamSy pun kdg dh kenyang mkn nasi..klu nmpk sate nk jugak beli..hihi
BalasPadamSate memang kuat menggoda kan Zila.
PadamSATEY BESAR DAGINGNYA HARGANYA PUN BERPATUTAN
BalasPadamBetuk Kak PI. Puas hati beli. Moga peniaga sate tambah rezekinya.
PadamMurahnya shell out...tapi x lambak terus ye kak..siap ada plate...nampak sedap
BalasPadamKami sangka lambak macam selalu, rupanya sepinggan seorang.
PadamSuka lagi makan shell out dalam pinggan satu satu macam ni. Mudah dan selesa lagi nak menjamu selera berbanding lambak satu meja. Untung jugak beli sate boleh tambah tambah ruang dalam perut yang masih kosong. hehe..
BalasPadamBila hidang sepinggan seorang semua seafood banyaknya sama. Dapat merasa tanpa perlu berebut anak-beranak hahahaa.
PadamSedapnya sate daging...
BalasPadamSaya suka sate daging berbanding ayam..
Ceria wajah Daus dapat makan sedap-sedap
Macam-maam jenis sate kegemaran kan Mama Cella. Zaman sekolah rendah dulu, selalu beli sate kerang di kantin. Sedapnya.
PadamSaya fokus ke cerita pedagang satenya. Ngasuh anak sambil jualan sate. Sebagian orang engaan belanja di tempat2 seperti itu. Kesannya dia melayani kurang serius. Selamat malam temanku Amie.
BalasPadamaduh sedapnya menu shellout tu kak... boleh tahan Daus pun boleh habis 1 hidangan tu.
BalasPadamSatenya nampak besar-besar jugak ye kak
aduhaiiiii sedapnya shell out tu. Tapi bagus lah pulak dalam pinggan seorang. Sate my peberet. Dah kenyang nampak sate emm memang terus ngap ler....apa lagi baru masak...panas-panas lagi
BalasPadamMaybe tak kenyang sebab takde nasi kot. Taulah kita perut Melayu
BalasPadamTAWARAN PINJAMAN SEGERA DALAM 1 JAM PEMINDAHAN PERBANKAN DALAM TALIAN TERMOHON DENGAN KAMI
BalasPadamAdakah anda memerlukan Pinjaman?
Adakah anda sedang mencari Kewangan?
Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
Saya rasa anda telah datang ke tempat yang betul.
Kami menawarkan Pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
Orang yang berminat sila hubungi kami di
Untuk maklum balas segera kepada permohonan anda, Sila
balas e-mel di bawah ini sahaja.
Whats-app +918256953815
mrwilliam751@gmail.com
Sila berikan kami maklumat berikut jika berminat.
1) Nama Penuh:………
2) Jantina: ………
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:………
4) Tempoh Pinjaman:………
5) Negara:………
6) Alamat Rumah:………
7) Nombor Telefon Bimbit:………
8)Pendapatan Bulanan: ………………………
9) Pekerjaan:………………………………
)Tapak manakah yang anda lakukan di sini tentang kami…………………
Terima kasih dan salam mesra.
mrwilliam751@gmail.com
+918256953815
tetiba nyesal baca post ni. lapar la pula
BalasPadamMakan sate pula lepas makan makanan laut.
BalasPadamsedapnya tgk tongkeng ayam tu..
BalasPadam