Tahun lepas Amie paparkan entri : LOKAN PANGGANG & KELAPA BAKAR. Kali ini kami singgah sebentar di tempat lokan panggang @ bakar dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Belud.
Lokan Panggang @ Bakar |
Sebelum itu, perut masing-masing kekenyangan menyedut smoothie mangga yang sangatlah sedap! Masing-masing beli satu bekas. Sebenarnya, kelmarin Amie terpandang dua buah kedai ini, mangga dan kelapa sewaktu duduk dalam kereta menunggu Encik Suami dan Abang Farid mendobi. Jadi, kebetulan lalu di kawasan yang sama baiklah singgah memborong dulu... ahaks!
Apabila tiba di persimpangan menuju ke Jalan Sulaman, kami berhenti di barisan warung lokan dan kelapa bakar. Sebelum ini kami makan ketam rebus di sini, jadi kali ini makan lokan pula.
Seperti sebelumnya, masing-masing dengan sebiji kelapa puding yang sedap itu! Hai... manalah lagi tempat kita nak cari kelapa puding kalau bukan di sini.
Amie ajak Aseeyah belajar makan lokan panggang cecah kicap lada dan air asam.
Abang Farid dan Encik Suami tak mahu makan lokan bakar. Katanya, kenyang. Rezeki kamilah makan lokan bakar sepuas-puasnya.
Encik Suami memang hendak makan kelapa bakar.
Makan kelapa atau minum airnya?
Haaaa... minum air kelapa bakar. Lepas itu makan isinya pula.
Air kelapa bakar yang masih panas, memang sedap rasanya.
Oleh sebab kita sudah makan puding kelapa, jadi lain kali kalau ada rezeki singgah sini lagi bolehlah kita minum air kelapa bakar pula. Orang kata banyak khasiatnya. Orang katalah...hehehee.
best kan mkn sini. tambah2 minum air kelapa tu, lg lah sedap..
BalasPadamHehe masing-masing ada menu yang ingin dirasa.
BalasPadamuniknya air kelapa bakar. tak pernah jumpa lagi.
BalasPadamNanti nak cubalah beli lokan dan bakar sendiri. Kalau di JB ni, ada jugak jual kelapa bakar, cuma sy tak pernah ada peluang lagi nak singgah, mungkin satu hari nanti boleh cuba.
BalasPadamlokan bakar, air kelapa bakar dua dua tak pernah merasa lagi. Lokan macam susah je nak dapat kat sini. Kelapa bakar, belum sempat bakar dan habis dulu. hihi...
BalasPadamSedapnya lokan bakar...Air kelapa bakar lagi...berpeluh..
BalasPadamKita pun semalam minum air kelapa.Tapi tak bakar la...hihihi
Ayunya kakak Aseeyah
lokan bakar tu aduhai menggodanya kak... pastu layan pulak dengan air kelapa sejuk mesti layan
BalasPadamAir kelapa bakar pernah rasa, lokan bakar belum berpeluang lagi. Mesti sedap cecah dengan cili kicap dan air asam.
BalasPadamTak pernah makan lokan bakar. Balik kampung nanti nak cuba la. Selalu buat sambal je.
BalasPadamTerv=baca pasal kelapa n=bakar dan lokan ni la SA setia berkunjung ke rumah Kak Amie sampai sekarang..bila la nak merasa pi sana..
BalasPadamTak penah lagi makan kelapa bakar
BalasPadam