Pages

Isnin, 10 Januari 2022

Sarapan Sate Kerbau Sipitang

Sarapan pagi, makan tengahari, petang dan malam di Esplanade Sipitang dengan hidangan pelbagai jenis sate! Itulah keistimewaan Sipitang dengan deretan gerai sate di tepi laut.  Sudah 29 tahun bermastautin di Sabah tetapi baru kali ini berkesempatan menjejak kaki di Sipitang. Untuk datang kali kedua, belum dapat dipastikan lagi bilakah masanya. Jadi, di kesempatan keemasan ini sahajalah perlu rebut peluang merasa jenis-jenis sate yang ada.

Hari terakhir di Sipitang, kami singgah lagi di Esplanade Sipitang. Kami singgah di gerai paling hujung untuk menikmati sarapan pagi sambil merasai tiupan bayu laut. Kami memesan 10 cucuk sate ayam dan 10 cucuk sate kambing.


Sate ayam dan sate kambing.


Ketika pesanan sate kambing dan sate ayam tiba di meja, Encik Suami bertanya : Ada sate kerbaukah? Pekerja gerai makan menjawab : Sate daging itulah sate kerbau. 
Oh! Rupanya kami sudah makan sate kerbau sebelum ini. Sate daging bermaksud sate kerbau!
Amie meminta Encik Suami memesan lima cucuk sate kerbau. Bukan apa. Terlupa rasa sate kerbau yang kami makan pada hari sebelumnya. Alang-alang hendak tinggalkan Sipitang, eloklah makan lagi sate kerbau.


Patutlah Amie rasa sate 'daging' agak lain sedikit dari sate daging lembu yang biasa Amie makan. Sate 'daging kerbau' ini agak kasar (keras) sedikit dan bukannya liat. Inilah kali pertama seumur hidup dapat makan sate kerbau.
Kata Encik Suami, penduduk kampung di Sipitang banyak memiliki kerbau. Kalau kenduri-kendara mereka akan sembelih kerbau.

Kami sempat jamah kelupis dan ketupat. Nanti sudah sampai LD teringat-ingat pula kelupis di Sipitang. Baiklah makan di sini.



Firdaus dengan wajah ceria di pagi hari, bersarapan sambil menikmati hembusan bayu laut.





Setakat makan sate saja tentulah perut tidak kenyang. Encik Suami perlu tenaga untuk memandu semula ke Beaufort.  Kami sarapan:
  • Sate ayam, kambing & kerbau.
  • Ketupat & kelupis.
  • Soto campur (ayam & daging)
  • Mi goreng


Bismillahirrahmanirrahim.


Entah bila dapat makan ketupat dan kelupis di sini lagi.




Kuah kacang memang sangat sedap, dicecah dengan sate atau makan dengan kelupis & ketupat.


Kenangan hari terakhir di Sipitang, dapat berkenalan dengan sate kerbau walaupun sudah makan pada hari sebelumnya!
Ketika kereta bergerak meninggalkan daerah Sipitang, terpandang pula beberapa ekor kerbau sedang meragut rumput di tepi jalan!






25 ulasan:

  1. aduhh...sedapnya sate. kerbau pula tu.. saya suka daging kerbau berbanding lembu. tapi kat johor jarang jumpa kerbau. kalau masa tinggal di pahang, kenduri kendarta memang ramai yang tumbang kerbau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah makan kerbau juga sewaktu menghadiri kenduri di Raub Pahang. Arwah ayah ada kebun di sana. Di sana wajib tumbang seekor kerbau, masak kari dengan umbut kelapa. Sedapnya!

      Padam
  2. macam tak pernah makan daging kerbau. area Sabah mmg banyak daging kerbau ye sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya daerah tertentu sahaja banyak kerbau, terutamanya yang masih amlkan tanaman padi sawah.

      Padam
  3. Macam makanan hari raya, ada ketupat dan kelupis. Sy paling suka jika ada ketupat daun kelapa ni ketika makan sate.

    P/S : Pernah dengar, daging lembu yg diimport dari India sebenarnya daging kerbau, tak pastilah fakta atau auta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu SK. Memang ada daging kerbau diimport dari India.

      Padam
  4. Alaaaa...sedapnya...masuk sini nampak satay je ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entri akhir pasal sate di Sipitang ni SA. Puas dah merasa semua jenis sate siang dan malam. Cuma sate rusa saja tak ada.

      Padam
  5. Hari ni kita puasa..sedap pula tengok sate ketupat tu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berbuka puasa Aini.
      Nampak lebih tadisional kan bila sate dihidang dengan ketupat.

      Padam
  6. pertama kali tengok sate kerbau..burger kerbau pernah makan..

    BalasPadam
  7. wow satay kerbau...kalau mkn satay suka yg ada lemak2...paling suka satay kambing

    BalasPadam
  8. tak pernah dana jumpa sate kerbau kat sini kak... memang peminat tegar sate ye family akak. Geng lah kita kak...
    Dana pertama kali makan daging kerbau masa jadi menantu orang terengganu, di masak gulai kawah daging kerbaunya, aduh sedap betul. Sekarang tiap kali balik kampung kalau ada kenduri kahwin mesti mil atau fil bawa balik gulai kawah kerbau sebab menantunya suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupanya gulai kerbau sedapkan Dana. Kakak first time makan dalam majlis kenduri di Pahang. Gulai kawah kerbau dengan umbut kelapa.

      Padam
    2. ya kak, sebab daging dia macam tak berlemak tapi lebih kenyal... tapi bila di masak gulai kawah memang sedap la, family dana yang pertama kali rasa masa kenduri dana semua kata sedap... kat kampung mil pun banyak orang bela kerbau dan ada juga kerbau liar

      Padam
    3. sama-sama la kita suka kari / gulai daging kerbau ek.
      memang sedap.

      Padam
  9. tidak pernah makan sate kerbau. nak ke Sipitang jugaklah macam ni. hehe

    BalasPadam
  10. Alang-alang dah sampai sini, kenalah makan puas puas sate yang ada. saya lagilah kesian Kak Amie, tak pernah jejak Sabah lansung, apa lagi Sipitang ni. hehe...
    baru tahu sate daging adalah daging kerbau. Sedap tu! Saya peminat daging kerbau, kurang lemaknya dan tak liat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. fiza. aida pun x pernah jejak sabah.
      plan nyer thn 2021 dulu.
      apa kan daya, pandemik covid 19.
      so, now da berpindah program ke 2023.
      moga menjadik lah...

      Padam
  11. Lama tidak rasa daging kerbau tapi sate kerbau belum cuba. Tidak pernah jumpa di Melaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. melaka mcm takde sate kerbau.
      tak pernah jumpa jugak.
      kalau kat kampung aida, ada jugak mak-mak sedara buat kari kerbau.
      sedap!

      Padam
  12. biasanya daging = lembu, kan. sama pemahaman kita.
    kerbau ni akan sebut secara special.

    aida makan je, lembu / kerbau.
    kerbau bagi aida lebih sedap.
    da merasa kari kerbau, burger kerbau. memang lebih sedap.

    BalasPadam
  13. syu x sure pernah mkn sate kerbau ke x. rasanya mcm pernah order sate daging dkt situ dlu2, ntah ntah sate kerbau la kot.

    BalasPadam