Pages

Ahad, 9 Januari 2022

Jalan-Jalan Cari Makan di Sipitang

Masih lagi cerita-cerita sekitar Sipitang. Hujan renyai-renyai entah bila akan berhenti. Kami meneruskan perjalanan ronda-ronda Sipitang. Masuk kampung keluar kampung, meihat gerai-gerai yang ada tulisan ikan bakar dan kerang bakar. Apabila kami dekati, rupanya bukan kerang tetapi lokan bakar.

Kami mencari sebuah restoran yang terkenal dengan makanan laut di tepi pantai. Hampir satu jam Encik Suami memandu ke tempat tersebut. Apabia sampai, kami lihat tempatnya sangat jauh berbeza dengan paparan di dalam FB. Untuk memastikannya, kami bertanya kepada penduduk di situ, dan jawapannya itulah tempat yang kami cari. Lain pula keadaannya, seperti sudah lama ditinggalkan dan tiada orang di situ. Kami hanya melihat kerusi meja dan payung yang bertaburan tidak terurus. Kami tinggalkan tempat makan yang nampak terbiar itu.

Rasa kecewa juga sebab perut mula keroncong tapi tempat yang dituju tidak seperti yang diharapkan. Kami cari tempat lain yang sudah tersenarai sebagai tempat yang akan dikunjungi dan keadaannya sama sahaja, terbiar! Sebuah lagi tempat yang ingin kami singgah iaitu tempat makan cendol. Apabila kami hampirinya tiada apa-apa di situ. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Hujan semakin lebat dan hari menjelang senja. Perut semakin rancak bernyanyi-nyanyi!

Kami kembali semula ke Esplanade Sipitang dan meletakkan kereta di situ. Kemudian berjalan-jalan di tepi laut. Akhirnya berhenti di sebuah gerai. Kami putuskan untuk makan malam di situ sebelum pulang ke motel. Ketika menanti makanan yang dipesan, hujan turun tiba-tiba. Kelam-kabutlah empunya gerai memasang payung dan lampu. Suasana jadi gelap dan kami makan dalam samar-samar lampu yang dipasang.

Keropok Lekor


Nasi Goreng Ikan Masin


Nasi Goreng Ayam Penyet


Kentang Goreng Cheese pilihan Firdaus.

Firdaus minta burger tetapi setelah burger sampai ke meja, Firdaus tidak mahu makan kerana sudah kekenyangan makan keropok lekor dan kentang goreng. Kami minta bungkus burger, dan bawa pulang ke motel. Titis-titis hujan terus menimpa bumi Sipitang sepanjang malam!

14 ulasan:

  1. Alahai...tempat tu mungkin dh x beroperasi sebab PKP kot Kak Amie..sygnya....apapun burger Firdaus tu nampak sedap sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal... Banyak sangat tempat terjejas PKP.

      Padam
  2. Balasan
    1. Memang nampak sedap, tapi tak sempat dia makan.

      Padam
  3. Kalau Pak Inche, mesti dah merajuk tu. Nanti semua hilang mood nak makan.

    Jadinya, Daus.. makan tak burgernya di motel??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kta pun merajuk juga SK...tapi perutlah wakil merajuknya sampai bunyi keroncong.
      Balik motel Daus terus tidur. Kita bergoogle meet sampai 11 malam. Terpasalah kita tolong makan burgernya tu.

      Padam
  4. hehe..romatik tu kak amie... makan bawah payuh dalam hujan dengan cahaya samar samar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... betul tu. Romantiklah sangat ye.

      Padam
  5. sedapnya menu semua tu kak oi... mungkin disebabkan musim hujan dan pkp yang berpanjangan banyak kedai makan yang terkenal tutup kak. Tapi kecewanya hati kan bila kedai yang di cari dah tutup atau dah terbiar...

    BalasPadam
  6. Allahuakbar. Dugaan betul mencari makanan masa bercuti ni. Agaknya semua gerai gerai tu lenyap masa covid melanda. Syukur dapat menikmati rezeki yang ada walaupun hujan menyapa tiba tiba.

    BalasPadam
  7. Aduh kempunan merasa makanan laut. Mungkin PKP itu yang terbiar.

    BalasPadam
  8. mesti kecewa sbb tmpt yg dicari dah terbiar. sbb pkp kot, jadi byk tmpt dah x buka dan terbiar mcm tu je..

    BalasPadam