Pages

Rabu, 19 Januari 2022

Makan Malam di Gabion Bistro

Seharian melalui perjalanan, dan singgah-singgah di beberapa tempat di Kota Belud dan Tuaran, sudah tentunya kami ingin berehat di sebelah malamnya. Encik Suami pula apabila kereta sudah terletak elok di tempat yang sepatutnya, memang agak beratlah untuk hidupkan enjin semula. Jadi kami pun ambil keputusan makan saja di Gabion Bistro, iaitu restoran kecil di Ibis Styles Hotel. Sebelum pukul 6:00 petang kami sudah selesai 'dinner'.

Dinner di Gabion Bistro


Budak Firdaus sudah mengantuk sebenarnya! Kami tunggu pesanan makanan:
  • Mac & Cheese
  • Pan Fried Fish with Herbs
  • Deep-Fried Chicken Burger
  • Nasi Lemak Sambal Sotong
  • Apple Juice
  • Sprite
  • Lemon Tea

Apple Juice

 Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba ke meja, tangkap gambar Firdaus dulu.



Rakam juga suasana di dalam bistro.



Ruangan bistro agak lapang dan selesa.





Mac (Macaroni) Cheese



Wah, seronoknya Firdaus makanannya sudah sampai!


Tak sabar dia nak jamah Chicken Burger.


Sudah tentulah suka sangat sebab ada kentang goreng.


Dia pun makan dengan penuh selera.



Encik Suami pula makan ikan saja. Kentang putar seco'et tu kira ganti nasi untuk makan malam.


Kalau di dapur sendiri, Encik Suami tambah tiga atau empat kali ganda saladnya tu... ahaks!

Nasi Lemak Sambal Sotong

Kita pula nak makan Nasi Lemak Sambal Sotong.
Orang sekarang dah tak kisah mencari waktu untuk makan nasi lemak. Asalkan ada nasi lemak, boleh makan ikut waktu yang kita mahu. Tak semestinya nasi lemak dimakan untuk sarapan di waktu pagi sahaja.

Sambal Sotong

Inilah Sambal Sotong yang kita teruja nak rasa. Cantik bentuk sotongan / hirisan sotongnya. Harap rasanya sedap sesedap mata memandang sambal sotong itu! 
Bismillah. 
Memang sedap sungguh Nasi Lemak Sambal Sotong. Sambal nasi lemak cukup rasa. Sambal Sotong pun sedap, dan sotongnya lembut!


Malam itu hilanglah cerita monster rekaan Firdaus yang katanya bersembunyi di bawah katil. Anak dan bapa tidur lena. Kita pula bergoogle meet dari pukul 8:45 sehingga 11:00 malam. Syukurlah, WIFI okay!

14 ulasan:

  1. mbul suka lihat mac cheese kak amie..dan jus applenya looks so fresh...yummy ^^

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..sedap nasi lemaknya, memenuhi citarasa..

    BalasPadam
  3. Nampaknya sungguh menyelerakan burger ayam Firdaus. Tapi antara burger dan nasi lemak, sy pilih nasi lemak.

    BalasPadam
  4. Sy pun kagum dgn hirisan sotong tu Kak Amie :D
    Firdaus suka western food ye...

    BalasPadam
  5. Nampak semua makanan menyelerakan...amboi Firdaus bukan main happy lagi kan...

    BalasPadam
  6. Selamat menjamu selera.
    macam mana Daus tak boolat makan sesedap

    BalasPadam
  7. Nasib baik bistronya tidak seram.
    Susah jumpa makanan di hotel sedap. Kalau dapat, alhamdulillah.

    BalasPadam
  8. sedap semua makanan yang di pesan kak... acik tengok set burger Daus pun dah tahu mesti sedap... fish n chip suami akak pesan pun nampak besar kak...

    cantik betul sotong dalam sambal sotong tuh, rajin betul chefnya ya

    BalasPadam
  9. keletihan Firdaus tu. lupa semua kisah monster. saya kalau makan nasi lemak kena lawan dengan kopi kalau tak ngantuknya kemain. kak Amie boleh GM lagi. huhu

    BalasPadam
  10. ok la Firdaus...dah ngantuk pun layan je.... Kalau anak saya... mengantuk mulalah buat muka dan makan tak habis. sayang punya pasal, mak dia la habiskan

    BalasPadam
  11. nampak sedap jgk nasi lemak dia, dimkn pula dgn sambal sotong..

    BalasPadam
  12. Dari muka mengantok terus segar dan happy Firdaus dapat makan makanan favourite. Yelah kan Kak Ami, kalau salad buat sendiri boleh bertambah tambah makan. Dulu dulu makan nasi lemak pagi je. Sekarang pagi tengahari petang malam pun orang jual nasi lemak. Boleh makan anytime je :)

    BalasPadam