Pagi Isnin, 20 Disember 2021. Setelah cukup rehat, kami daftar keluar dari Uncle Ho Motel pada pukul 9:30 pagi. Pada sebelah malamnya sempat minta tolong Abang Farid tanya kawannya, orang Papar untuk minta cadangan kedai makan mana untuk kami kunjungi. Katanya salah sebuah restoran yang terkenal di Papar ialah Restoran Sri Pantai Manis.
Tidak sukar untuk mencari restoran ini kerana petang kelmarinnya sewaktu pusing-pusing pekan Papar kami sudah ternampak restoran ini. Sewaktu kami tiba, memang penuhlah dengan pelanggan.
Amie terbaca ulasan pelanggan tentang restoran ini. Katanya salah satu menu yang sedap di sini ialah rojak dan kalau hendak makan sate kena pastikan datang awal sebelum jam 11 pagi. Amie cadangkan untuk makan rojak tetapi kata Encik Suami waktu pagi elok elakkan makan kuah kacang, takut perut meragam. Maklumlah selepas ini kami akan sambung perjalanan ke Kota Kinabalu pula. Kebetulan tempat duduk Amie berhampiran tempat orang bakar sate. Apabila kami nak beli, tuan punya sate kata, sate sudah habis dan dia sedang bersiap-siap untuk mengemas dapur satenya. Hanya ada lima cucuk sate sahaja berada di atas pemanggang! Itu pun sudah ditempah orang. Ohoooo... belum pukul 10 pagi, sate sudah habis!
|
Nasi Goreng Ayam |
Nasi Goreng Ayam ini Firdaus yang minta. Hirisan ayam tersembunyi di dalam nasi goreng. Banyak sayurnya. Habis pula Firdaus makan nasi goreng sepinggan!
|
Mihun Goreng Seafood |
Mihun Goreng Seafood ini Encik Suami punya. Sama seperti Nasi Goreng Ayam, aksesorinya banyak bersembunyi di dalam mihun. Seperti biasa, sudah semestinya hidangan nasi goreng dan mihun goreng didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong.
|
Bakso Campur |
Ini Bakso Campur. Sudah tentulah kita punya. Di bawahnya itu ada mihun, dan mewah dengan pelbagai aksesori seperti hirisan daging, ayam, dan bebola daging.Pagi-pagi hirup sup, ditambah dengan rasa pedas lada (sambal) memang merecik peluh!
Sama juga seperti keadaan di Kak Kiah Coffee House, kami tidak menunggu lama untuk menikmati menu pesanan masing-masing.
Restoran Sri Pantai Manis terletak di:
Lot 2, Jalan Papar Spur,
Papar Commercial Centre,
89600 Papar, Sabah
meriah baksonya..
BalasPadamBetul tu... Mewah aksesorinya.
PadamSedap bakso tu..
BalasPadamSemua potion besar.. Memang kenyang macam ni..
Ye, mengenyangkan.
PadamTerlajak laris betul satenya. Belum pukul 10 dah habis. Sedap sangat tu nasi goreng ayamnya firdaus habis makan. Bagus dia makan sayur. Bakso tu penuh mangkuk accesoriesnya. Best pergi kedai makan yang servicenya cepat. Bila bercuti perut cepat lapar. hehehe...
BalasPadamMemang laris sungguh sate di situ.
PadamInilah ciri-ciri kedai makan yang semua orang suka. Service cepat, kedai bersih dan menu yang sedap.
Bagus la restoran ni..
BalasPadamTidak menunjuk-nunjuk isi hidangannya.Ibarat kebaikan yang disembunyikan...hihihi kira ada kaitan la kan..ðŸ¤
Hahaaaa... Lucu pulak Mama Cella. Tapi memang betullah tu, kebaikan yang tersembunyi.
Padamlaku keras sate dia..awal pagi dah selesai
BalasPadamItulah, belum pukul 10 pagi sudah tutup.
PadamNasib baik hari tu Kak Amie dah dapat makan sate kan...
BalasPadamBetul tu SK. Sate Sipitang. Sate Beaufort. Sate Papar pulak habis.
Padamsate = sarapan pagi. menarik, kak.
BalasPadamkat muar je aida jumpa tempat yg sarapannya is sate.
bakso tu, menjemput selera.
aida sgt suka makanan unsur sup sup ni.
hirup panas-panas = sedap!
Kat sana rata- rata banyak jual sate ye kak..teringin plak SA makan sate pagi- pagi macam kat Muar...bestnyaaaa
BalasPadamLaku juga ya sate waktu pagi. Jarang sarapan sate disediakan di kedai makan.
BalasPadamKalau saya suka sarapan berkuah.
aduh sedap nengok menu kak... macam style di johor makan sate waktu pagi...
BalasPadambagus lah Daus makan nasi goreng siap dengan sayur pun dia makan juga...
geramnya nengok bakso akak tu, penuh isi
menarik tgk bakso dia, penuh dgn lauk pauk. boleh cuba nanti..
BalasPadam