Pages

Selasa, 11 Januari 2022

Kolo Mee Brunei di Restoran Satay Lembah Brunei

Apabila cuaca sekejap panas sekejap hujan, rasanya hendak duduk dalam bilik sahajalah sepanjang hari. Boleh menonton televisyen, membaca atau tidur. Tapi rugilah pulak datang jauh beratus kilometer tapi memerap dalam bilik hotel sepanjang hari. Ayuh! Kita redah sahajalah hujan dan panas itu. Nak duduk dalam bilik pun kalau perut sudah mula lapar akhirnya keluar juga untuk jalan-jalan cari makan.

Mari kita singgah di Restoran Satay Lembah Brunei Jalan Beaufort-Sipitang. Nampaknya ada 'satay' lagi di sini. Walaupun namanya Satay Lembah Brunei tetapi banyak menu lain boleh kita nikmati. Antaranya, Kolo Mee Brunei.

Kolo Mee Brunei.



Cerita sate yang tak berpenghujung!
Sipitang sate, Beaufort pun sate!

Tapi di sini sate Brunei pula.
Wokey! Kita lupakan sate dahulu, kita fokus makan mee kolok pula.


Firdaus dengan minuman green tea pilihannya.


Kali ini Firdaus nak makan kentang goreng dengan nugget ayam saja.


Encik Suami pula memilih chicken chop.


Sementara menunggu Kolo Mee Brunei sampai ke meja, kita hidrup jus tembikai, tapi mata asyik memandang ke arah 'satay Brunei' saja. Tiba-tiba teringin nak makan secucuk dua! Kata Encik Suami, kalau nak makan pesan sajalah.




Pada masa yang sama, sewaktu Kolo Mee Brunei sampai ke meja, 'satay Brunei' pun ikut serta.


10 cucuk jew kami minta, sate berubut dengan sate ayam.


Sebelum ini makan kelupis di Sipitang, kali ini makan kelupis di Beaufort pula.


Tak rugi beli sate berubut. Lembut sangat!


27 ulasan:

  1. Balasan
    1. Itulah Kak PI...Daus dengan kentang goreng berpisah tiada.

      Padam
  2. Tengok menu2 dia rasa macam nak terbang ke sana pulak, Kak Amie.

    Di JB ni ada dua kedai mee kolo yang paling sedap di tekak saya, tak dapat terbang ke sana, makan mee kolo JB dulu la nampaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kedai makan, ada beza sikit rasa mee koloknya.

      Padam
  3. Ada orang rasa nak terbang ke Sabah la...๐Ÿคญ
    Jom jom...kita terjah LD...
    Teringin nak makan kelupis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari jelajar merata ceruk, cari makanan tradisi.

      Padam
  4. Mee kolok....SA kalau mee kolok mesti nak makan yang kat Sarawak...yg famous tu...dulu sanggup terbang ke sana semata- mata nak makan mee kolok Hj Salleh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie pun belum merasa mee kolok ori Sarawak. Selalu berangan nak ke sana tapi belum sampai rezekinya.

      Padam
  5. kalau teringin beli sahaja buat merasa. nanti teringat-ingat. nak patah balik dah jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sal. Pengalaman lalu membuatkan Kak Amie tak mahu fikir dua kali untuk buat keputusan, takut dah balik rumah teringat-ingat pulak.

      Padam
  6. Tak pernah cuma mi kolo... Orang cakap sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Uncle, ada beza rasa mee kolok dengan mee biasa.

      Padam
  7. kalau ke sini mesti lapar kak, lagila bila tengok Daus makan berselera tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... layan selera budak kecik tu Dana.

      Padam
  8. Tak pernah cuba mi kolo. Nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Semua saya suka, mee kolok seafood, ayam atau daging.

      Padam
  9. I think this is among the most important info for me. And
    i'm glad reading your article. But want to remark on few general things, The
    website style is wonderful, the articles is really excellent : D.
    Good job, cheers

    ์˜จ๋ผ์ธ์นด์ง€๋…ธ์‚ฌ์ดํŠธ
    ์˜จ๋ผ์ธ์นด์ง€๋…ธ
    ์นด์ง€๋…ธ์‚ฌ์ดํŠธ

    BalasPadam
  10. I'm very happy to find this website. I wanted to thank you for your time due to this
    fantastic read!! I definitely liked every part of it and I have you
    saved to fav to look at new things in your site.




    ์นด์ง€๋…ธ์‚ฌ์ดํŠธ
    ์•ˆ์ „์นด์ง€๋…ธ์‚ฌ์ดํŠธ
    ์นด์ง€๋…ธ์‚ฌ์ดํŠธํ™ˆ

    BalasPadam
  11. Aw, this was a really good post. Spending some time and actual effort to produce a very good article… but what can I say… I put
    things off a whole lot and never manage to get anything done.
    plenty of fish natalielise


    ์Šคํฌ์ธ ํ† ํ† ํ‹ฐ๋น„
    ์Šคํฌ์ธ ์ค‘๊ณ„
    ํ† ํ† ์‚ฌ์ดํŠธ

    BalasPadam
  12. Kolo Mee Brunei, terus terbayang mi kolok sarawak. Lebih kurang rupanya. Dalam hati mahu tapi rasa segan pulak nak order sate ye Kak Amie. Encik suami dah faham sangat tu. Dapat green light dapat lah merasa sate dan kelupis bueufort pulak.

    BalasPadam
  13. Merah warna sate Brunei. Hehe Puan Amie peminat sate. Tidak lemang mencuba sate setiap tempat.

    BalasPadam