Kami mencari tempat penginapan di pekan Beaufort. Kalau disebut pekan bermakna kawasan tersebut kecil sahaja. Alhamdulillah ada beberapa pilihan hotel untuk dijadikan tempat penginapan. Kami daftar masuk ke River Park Hotel untuk menginap selama satu malam. Ketika itu hanya ada pilihan bilik berkatil king saja. Kedudukan hotel ini bersebelahan dengan sungai, dan ada jambatan untuk menyeberanginya. Oleh kerana keletihan akibat berjaga malam untuk mengikuti google meet, akhirnya terlupa untuk rakam suasana sekitarnya. Banyak kedai dan restoran di sekitar hotel.
Kami berkesempatan meronda sekitar One Beaufort di Majukota Commercial Centre dan makan-makan di situ.
Bilik berkatil king. |
Dipendekkan cerita, kami berpuas hatilah dapat bermalam di sini dengan harga mampu bayar sebanyak RM139.00 sahaja walaupun berkongsi 3 orang sekatil. Dapatlah meluruskan pinggang dan merehatkan badan serta mengurangkan rasa lenguh betis.
River Park Hotel terletak di:
AH150, Pekan Beaufort, 89800 Beaufort, Sabah.
Dua tiga hari ni saya asyik dok ulang baca tentang cerita tak elok segelintir housekeeping yang mengelap gelas dan cawan kat hotel guna wap mulut dan cadar kotor.Tuala mandi yang kita dah guna pula diguna untuk lap tandas..
BalasPadamGeli + geram dengan sikap tak bertanggung jawab berkenaan.Dah tu bangga pula bercerita mereka selalu buat macam tu..Eiii...geram...
Firdaus nampak happy menginap di situ. oklah harga tu asalkan dapat merehatkan badan dan menyiapkan tugasan. macam work from hotel pula
BalasPadamdana rasa yang tudung pink tu akak...
BalasPadamnampak selesa hotelnya kak, harga pun kira berpatutan sangat...
Berpatutan dengan harganya tu Kak Amie. Dapat pulak katil King kan. Siap ada model lagi kat situ. Rasa macam tudung hitam tu. Ke?
BalasPadamHehe Firdaus tidur sekali di katil raja. Takpelah sekejap sahaja menginap.
BalasPadamhappy je firdaus dpt baring di bilik hotel. msti penat berjalan sana sini tu..
BalasPadam