Pages

Rabu, 5 Januari 2022

Memburu Sate di Gerai Esplanade Sipitang

Hujan renyai-renyai sepanjang petang di Sipitang tidak menjanjikan cuaca yang terang untuk kami kembali semula ke Pantai Merintaman. Kami pujuk Firdaus untuk beralih arah ke tempat lain. Pusing sana dan pusing sini akhirnya kami kembali semula ke Gerai Esplanade Sipitang yang dipenuhi dengan deretan gerai sate.


Oleh kerana banyak barisan gerai sate, kami pun duduklah di meja yang terletak di tepi laut. Sekurang-kurangnya Firdaus dapat juga melihat deburan ombak memecah pantai sambil menikmati sate.


Kali ini kami dapat menikmati sate dengan ketupat pula.



Kali kedua dalam sehari makan sate di sini kami pesan:
  • sate ayam : 5 cucuk
  • sate berubut : 5 cucuk
  • sate daging : 5 cucuk
  • sate kambing :5 cucuk
Lain gerai, lain pula harganya walaupun jenis sate yang sama. Sebelah pagi, harga sate kambing RM1.50 secucuk. Sebelah petang pula, lain gerai harga secucuk sate kambing RM0.90 pula, tapi harga sate ayam RM1.00 berbanding RM.70 di di gerai makan sebelah pagi. Saiz? Lebih kurang sahaja dengan gerai lain.

Sate Kambing : RM0.90 secucuk.


Encik Suami makan mi rojak.


Seperti biasa, hidangan mi rojak disusuli dengan semangkuk kecil sup kosong.


Sarung ketupat nasi ini mungkin diperbuat daripada daun kelapa yang sudah tua. Apabila melihat sarung ketupat ini teringat sewaktu berkunjung ke Bukit Tinggi beberapa tahun lalu. Kalau di sana menurut tour guide kami, daun kelapa muda hanya digunakan untuk dibuat kelongsong ketupat pada hari raya. Peniaga sate akan menggunakan daun kelapa tua untuk dijadikan sarung ketupat! Maklumlah semakin hari jumlah pokok kelapa semakin berkurangan. Lainlah kalau sarung ketupat gunakan daun kelapa sawit!


Inilah rupa ketupat sate. Bentuknya ringkas sahaja dan tidak banyak bucu seperti ketupat bawang , ketupat jantung dan ketupat sintok.


Firdaus tak sabar nak makan sate.


Memang salah satu tujuan kami datang ke Sipitang ialah untuk merasai sendiri hidangan sate di sini. Jadi, walaupun hujan kami lebih selesa berkunjung ke sini sahaja.


Kononnya ketika senja hampir menjelma kami ingin berada di sini melihat matahari tenggelam. Sayangnya cuaca sepanjang hari sendu dan pilu...uhuk..uhukkk!


Bergambar di tepi laut ... terasa sejuk-sejuk manja!


40 ulasan:

  1. oo..lain2 harganya..di sini jarang ada ketupat mcm tu, selalu nasi impit je..

    bestnya..makan sate sambil menikmati view laut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best, cuma masa yang singkat itu tak berapa best heheheee.

      Padam
  2. hantu sate betul si Daus ni, kita gengla ye heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua anak-beranak hantu sate Dana ... ahaks!

      Padam
    2. bila tengok akak dok tayang sate je, dana pun balik lepas kerja suruh Edy belikan sate... makan lak panas-panas teringat jalan-jalan makan sate family akak... suka la tengok ketupatnya pakai daun kelapa macam tu, kat sini semua ketupat segera je yang di jual

      Padam
  3. Balasan
    1. Betul tu, sate ada dari pagi sampai malam setiap hari.

      Padam
  4. sama nama dengan anak saya no 2. cuma anak saya dah dewasa dan punya anak 3 ( cucu saya ).
    Terima kasih sudi ziarah blog saya...

    BalasPadam
  5. Hehe makan di gerai lain. Harga lain bolehlah pilih-pilih cari yang murah.

    BalasPadam
  6. Alaaaa..terus rasa nak makan sate plak ni...acaner ni...

    BalasPadam
  7. Teringin pula sate walaupun baru je makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sate tetap menjadi pilihan dari dulu, kini dan selamanya.

      Padam
  8. Terliur tengok ketupat tu, original hehe...
    Sate berubut tu apa Kak Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sate berubut tu sate perut lembu atau kerbau.

      Padam
  9. Mesti sedap tu kak amie, satay makan dengan ketupat original macam tu.Sekarang ni main plastik2 ajer haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang susah nak jumpa ketupat dengan sate. Terpaksalah makan ketupat dalam plastik @ nasi himpit ye Lina.

      Padam
  10. Murahnya sate kambing 90sen...
    Kerap betul Daus makan sate yer..kat sana memang banyak dijual ye..Sini nak puas makan kena juga cari sate Hj Samuri tu🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah tujuan utama ke Sipitang sebab dengar khabarnya daerah ini terkenal dengan sate siang dan malam, pagi dan petang.

      Padam
  11. pertama kali deengar sate berubut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahasa kita sate perut tu... sate berubut bahasa orang tempatan di sini.

      Padam
  12. Ooh..patutlah lain warna ketupat tu, rupanya gitu ya kalau guna daun kelapa tua.

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. Tradisinya begitulahkan uncle... di mana ada sate di situ ada ketupat.

      Padam
  14. Ada sebuah gerai di kampung saya jual sate besar-besar isinya.. Tapi takdelah mahal mana pun.. Makan 2,3 cucuk dah kenyang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kenyang makan dua tiga cucuk kalau sate saiz besar.

      Padam
  15. ehh tengok sate terus teringin. best kan tepi pantai. sini dulu ada tpt makan tepi pantai tp dah diswastakan, jadi tak best. dulu gerai ditiupi angin dari laut skrg dh dlm bangunan, org dah tak minat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain feelnya makan sate di empat tertutup dengan tempat terbuka ye Shirven.

      Padam
  16. Fuyoo siap ada ketupat tu mmg rare kak.. saya ni mmg hantu sate

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sate, ada ketupat memang terus jadi hantulah kita ye Mamapp kihkihkihhh!

      Padam
  17. Sejak hujung bulan lepas cuaca tak menentu dan kebanyakkan hari mendung je. Dan banjir merata tempat. Syukurlah Firdaus makan dipujuk. Duduk dekat meja yang berhampiran dengan laut memang best. Pekena pulak tu hidangan sedap sedap. Best ni dapat makan sate dan ketupat sate. Jarang ketupat dengan daun. Biasa ketupat plastik tu je lah. Melimpah betul kuah mi rojak tu.

    Cantik permandangan laut walaupun agak kelam. yang penting Firdaus senyum puas hati :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang susah nak jumpa sate dengan ketupatnya sekali. Jadi tak mahulah lepaskan peluang makan di Sipitang. Tempat lain memang hanya ada nasi himpit atau ketupat plastik saja.

      Padam
    2. Uniknya kat Sipitang ni. Kalau sampai memang rugi kalau tak merasa sate ketupat daunnya kan.

      Padam
    3. Betul tu Fizah. Itu sebabnya nak rasa semua jenis sate, kelupis dan ketupat. Bukan boleh datang selalu.

      Padam
  18. kalau cuaca cntik, dah boleh tgk sunset dkt situ dah. sambil mkn sate. nikmatnya!

    BalasPadam