Ketika kami tiba di Pulau Pasir (guide kami sebut Pulau Pasir Berdengung), air laut sudah mula pasang. Sayang sekali kerana ketika air surut akan kelihatan dengan jelas Pulau Pasir yang timbul memutih! Sekarang air laut dari sebelah kiri dan kanan sedang menerjah Pulau Pasir!
Pulau Pasir nampak sejalur di permukaan laut.
Untuk jejakkan kami ke Pulau Pasir perlu berhati-hati kerana di sekitarnya sedang menunggu landak laut atau bulu babi dengan bulunya yang tajam berbisa.
Landak laut (bulu babi) atau dalam bahasa tempatan disebut tayyum.
Apabila tercucuk duri landak laut, durinya yeng berbisa seakan meninggalkan racun di tempat tusukan. Ikut tradisinya, kononnya untuk kurangkan bisa harus disiram dengan air kencing. Air kencing orang ya, bukannya air kencing landak laut. Itu menurut pengalaman penduduk tempatanlah, bukannya Amie saja suka-suka cerita.
Nak pegang landak laut pun kena ada caranya. Amie tak pernah pegang. Takut tercucuk durinya. Isi landak laut ini boleh dimakan, tapi Amie belum pernah cuba.
Gambar dari entri lama sewaktu Amie ke Pulau Sakar. |
Sementara Pulau Pasir ditenggelami air laut beberapa minit lagi, sempatlah kami jalan-jalan di situ sambil bergambar.
Memang seronok duduk santai diterjah air laut dari kiri dan kanan!
Sekarang air pasang sudah mula menutupi Pulau Pasir!
Terpaksalah kami cepat-cepat ambil gambar dan bergegas masuk ke dalam bot.
Tiba-tiba Maidah terjun berenang diikuti dengan Misa!
Nampak seperti tidak puas mandi-manda dan bermain air d atas pasir yang putih bersih!
Dengan rasa berat hati kami terpaksa tinggalkan Pulau Pasir dan beredar dari situ.
Bot membawa kami menuju ke sangkar ikan milik Encik Sherhan.
Di rumah sangkar ikan, kami dihidangkan nasi kuning dan minuman. Rasa sangat nyaman menikmati hidangan tengahari sambil melihat pemandangan laut yang luas terbentang.
Antara ikan dalam sangkar di sini ialah ikan kerapu.
Amie terlihat Encik Serhan membalik-balikkan ikan kering yang sedang dijemur. Amie tanya berapa harganya sebab berasa ingin membelinya. Menurut Encik Serhan, beliau tidak jual ikan kering tersebut.
Sewaktu kami berangkat untuk pulang, Encik Serhan bertanya:
"Mahukah ikan kering itu? Sebenarnya belum berapa kering sebab baru dijemur pagi tadi. Biasanya akan kering kalau dijemur cukup sehari."
"Sudah tentu saya mahu," kita jawab sungguh-sungguh.
"Ambil sajalah, saya bagi. Tak perlu bayar sebab saya tak jual. Ikan kering ini hanya untuk makan sendiri," katanya.
Amie hanya ingin ambil seekor, tetapi Encik Sherhan masukkan seekor ikan kerapu bersaiz besar, dan 8 ekor ikan sulig (ikan Jepun) ke dalam plastik hitam. Terima kasih banyak Encik Serhan! Moga tambah rezeki dan dapat ramai pelanggan datang untuk melawat pulau-pulau di sekitar Kunak.
Baru tau yang nama lain landak laut adalah bulu babi
BalasPadamtapi ada tempat landak laut tu bulu dia tak panjang sangat kan kak... sebab pernah nampak di rancangan law of the jungle...
BalasPadambisanya kaki kalau terkena si landak yang berduri panjang tu kan kak...
cantik semua pemandangan dan gambar yang ada, seronok tengok kawan akak main air, ngape akak tak join seklai heheheh...
Masyaa Allah cantiknya pasir dan pantai nya amie, pasir berdengung tu dalam filem p ramlee hehe :)
BalasPadamMa syaa Allah indah sungguh ciptaan Ilahi..Rasa nak terbang ke sana..
BalasPadamPasir Bedengung tu tanah jajahan Sultan Fa So La kan...Yang Laksamana Do Re dan Mi naik tikar terbang tu🤭
Menarik pulau pasir kunak ni. Cantik bersih tapi bahayalah pulak kena berhati hati ad landak laut. Dapat jugak jejak pasir walaupun air semakin naik. Alhamdulillah rezeki dapat merasa ikan kering pemberian orang.
BalasPadamJernih betul air laut nye… landak laut tu boleh di makan kan…
BalasPadamMay I just say what a comfort to discover someone who actually knows what they are talking about online. You definitely realize how to bring an issue to light and make it important. More people should look at this and understand this side of your story. I was surprised you’re not more popular because you certainly possess the gift.|
BalasPadam카지노사이트
온라인카지노
카지노사이트추천
BalasPadamAw, this was a very nice post. Taking a few minutes and actual effort to make
a very good article… but what can I say… I put things off a whole lot and don’t
manage to get nearly anything done.
카지노사이트
바카라사이트
카지노사이트홈
I really liked your article post.Really looking forward to read more. Great.
BalasPadam토토사이트
토토사이트추천
토토 대표 사이트
Cantiknya kat sini...untung kak amie...murah rezeki yang memberi...kalau SA kat sini...rasanya penuh memory SD camera atau hp..confirm beribu amik gambar...hehehehehe
BalasPadamSemoga murah rezeki encik sherhan tu
BalasPadamThank you very much for your post, it makes us have more and more discs in our life, So kind for you, I also hope you will make more and more excellent post and let’s more and more talk,
BalasPadamthank you very much, dear.
홀덤사이트